Monday, June 20, 2011

MINGGU PROGRAM PENDIDIDKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 20-24 JUN 2011

Pelancaran Minggu PPKI dilancarkan meriah dan cemerlang sekali.Pelbagai jualan akan diadakan sepanjang minggu ini. Tn Hj Nor Azmi Rahmat telah melancarkan Minggu PPKI dengan simbolik melepaskan ikan emas. Tahniah kepada PPKI.
Objektif PPKI:
Membolehkan murid murid PPKI mendapat tempat yang sama dengan murid normal dalam pendidikan.
· Melatih murid menyesuaikan diri dalam semua aspek pendidikan dan persekitaran.
· Membantu murid hidup berdikari mengikut kemampuan masing-masing.
· Mendapatkan perhatian sewajarnya daripada semua pihak.
· Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak dan berupaya mencapai kesejahteraan diri.
· Menghapuskan jurang perbezaan di antara murid PPKI dengan murid normal dalam semua aspek kehidupan

No comments: