Tuesday, June 28, 2011

LAWATAN RASMI SK SERI DUYUNG, MELAKA










28 Jun 2011- Seramai 40 orang murid yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya(PRS)menyertai lawatan ini. Empat orang guru turut hadir sebagai guru pengiring.Pn Rosedah Abdullah(GPK Pendidikan Khas) menyambut ketibaan rombongan dari SK Sri Duyung ini pada jam 10.20pagi.
Kehadiran mereka disambut oleh pengawas-pengawas sekolah, pengawas-pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya.Ucapan "Selamat Datang" daripada murid-murid prasekolah dan paluan kompang di bawah pimpinan Ustazah Nurul Asyikin Abd Wahab.Seterusnya mereka dipersembahkan dengan persembahan muzik oleh tiga orang murid pendidikan khas.Sesi bergambar diadakan di hadapan mural 1Malaysia.
10.45 pagi rombongan dijamu dengan kudapan.Pada pukul 11.05 persembahan slaid tentang SK Bukit Rimau dan penerangan dibuat oleh GPK Kokurikulum. Seterusnya rombongan melawat Bilik Kaunseling, Laluan PPDa,Bilik Pengurusan Pengawas dan Pusat Sumber.Majlis Penutupan diadakan pada pukul 12.50 tengah hari oleh GPK Kokurikulum di Pentas Bercerita seterusnya sesi bergambar bersama pemenang kuiz dan mencari maklumat.

No comments: