Wednesday, August 29, 2007

PERTANDINGAN ‘ACTION SONG’ SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KLANG TAHUN 2007




Pertandingan ‘Action Song’ Sekolah Rendah Peringkat Daerah Klang telah diadakan di SK Bukit Rimau pada hari Khamis, 22 Mac 2007. Pasukan sekolah telah dilatih oleh Pn Nor Salwa Mohd Yusof, Pn Zuraina Othman, Pn Nurul Afina Raiduan, dan Pn Janaki Nallianne . Dalam kekangan masa, pasukan sekolah berjaya juga menyertai pertandingan ini walau tidak mendapat sebarang tempat. Moga pada tahun hadapan pasukan sekolah berjaya meraih kejayaan.

MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL BAHASA


12 April 2007-Majlis ini diadakan untuk meraikan para pemenang dalam pelbagai pertandingan anjuran PPD Klang. Antara pertandingan yang dijalankan ialah bercerita, pantun, syair, ‚action song, bahas dan banyak lagi. Pada hari ini juga berlangsungnya Pertandingan Bahas Peringkat Akhir. GPK Kokurikulum, Encik Kamarul Asnan Adan terlibat sebagai AJK Dokumentasi manakala Adik Ikmal Hadi Mohd Nidzam (5 Rahmat) berjaya meraih tempat Kedua (Story Telling). Majlis berlangsung di Dewan Merak, SMK Meru.

KURSUS KEPIMPINAN








7 Mac 2007 – Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau telah mengadakan Kursus Kepimpinan . Kursus ini diadakan pada sebelah petang iaitu pada hari Rabu dari pukul 2 petang hingga 5 petang . Kursus ini diadakan bertujuan untuk menerapkan nilai kepimpinan kepada para pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber.Dengan adanya kursus ini diharapkan mereka akan lebih bertanggungjawab dan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan berdisplin. Kursus ini telah dilaksanakan oleh Encik Kamarul Asnan bin Adan iaitu GPK Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau serta dibantu oleh beberapa orang guru sebagai fasilitator. Kursus merupakan anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penceramah dan guru-guru yang terlibat menjayakan program ini.

BADMINTON MSSM PERINGKAT NEGERI

26 Feb-1 March 2007-SK Bukit Rimau telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah Kejohanan Badminton(Rendah)Peringkat Negeri dan pengurus pasukan Daerah Klang. Pasukan Daerah Klang telah mendapat tempat ketiga.Tahniah!

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR



















14 Feb 2007 – Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau telah mengadakan Program Teknik Menjawab Soalan UPSR anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling.Program ini mendapat kerjasama daripada Pusat Tuisyen Kancil.Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan menjawab soalan UPSR kepada murid-murid Tahun 6. Dengan adanya kursus ini diharapkan mereka akan mendapat gambaran sejak awal lagi.

Tuesday, August 28, 2007

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2007


13 Feb- Pertandingan merentas desa telah diadakan bermula di SK Bukit Rimau sejauh 6 kilometer.Acara ini dikendalikan di bawah unit kokurikulum.
Pertandingan merentas desa ini melibatkan murid-murid tahun 3,4,5 dan 6. Kira-kira 200 orang murid menyertai pertandingan ini. Pertandingan merentas desa ini telah mendapat kerjasama daripada anggota Rela bagi memastikan perjalanan aktiviti merentas desa ini berjalan dengan lancar.Ucapan tahniah kepada En Kamarul Asnan Adan selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum(GPK Koku) & En Bahar Sapire selaku setiausaha Kokurikulum.

Ucapan terima kasih kepada:

-anggota Rela yang terlibat

-anggota polis Berjaya Park

-En Surendran

Program Mentor Mentee-Unit Bimbingan & Kaunseling


31 JAN- Program Motivasi Tahun 6 diadakan bersama dengan Program Mentor Mentee Tahun 6. Ceramah Program Motivasi Tahun 6 telah disampaikan oleh Tn.Haji Ghazali Hamzah. Program motivasi ini diadakan bagi menaikkan semangat murid-murid Tahun 6 sebagai persediaan UPSR nanti.Persediaan bukan sahaja dari segi ilmu tetapi murid-murid perlu menjaga kesihatan diri dengan baik. Sepanjang ceramah beliau, banyak tips diberikan kepada murid-murid. Antara tipsnya ialah bangun awal bagi mendapat kesegaran badan,senaman-senaman yang menyegarkan badan, ayat-ayat Al-Quran sebagai penguat semangat dan banyak lagi.Harapan pihak sekolah semoga murid-murid tahun 6 akan lebih bersemangat dan bersedia untuk menghadapi UPSR. Pihak sekolah juga berharap agar murid-murid belajar bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan yang cemerlang dan dapat mengharumkan nama sekolah.


KEJOHANAN TENPIN BOLING 2007 MAJLIS SUKAN DAERAH-DAERAH KLANG


22-26 JAN – Pertandingan Tenpin Boling telah diadakan di Ampang Super Bowl,Klang Parade,Klang. SKBR telah mendapat tempat kedua dalam acara berpasangan.Adik Ikhwan Nur Salam bin Suhaimi dan Muhammad Zul Aftar bin Muhd Ruzi ,kedua-duanya daripada kelas Tahun Enam Rahmat telah mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut. Pihak sekolah mengucapkan tahniah di atas kejayaan dan mengharumkan nama sekolah.

PROGRAM MAJU DIRI 2007



Program ini telah dijalankan pada 8 Januari hingga 12 Januari 2007. Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKBR Tn Hj.Nor Azmi bin Rahmat. Program ini bertujuan untuk memupuk keyakinan diri pelajar serta memberi pendedahan kepada pelajar dalam mempersiapkan diri menghadapi sesi persekolahan 2007. Di samping itu juga dapat merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru. Program ini berjalan dengan lancarnya atas kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dan juga murid-murid. Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan daripada murid-murid SKBR.Majlis Penutupan Program Maju Diri telah disempurnakan oleh Tuan Hj.Ismari bin Darun PJK.,PPC.

Kempen Derma Buku 2007



11 Feb- Majlis pelancaran Kempen Derma Buku telah diadakan pada hari yang sama dengan mesyuarat PIBG tahun 2007. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Haji Muhammad bin Haji Muhammad Taib, DSM., SPMS.,DGSM.,SSA.,AMN.,PJK., Ahli Dewan Negara, Mantan MB Selangor. Majlis ini mendapat sambutan yang baik.Majlis ini bertujuan untuk menambah bilangan buku di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau . Harapan semoga dapat menarik dan memupuk sikap murid-murid untuk membaca dengan bertambahnya bilangan buku di pusat sumber sekolah.

INFO
· Sumbangan yang diharapkan adalah dalam bentuk buku atau bahan bacaan lain seperti ensiklopedia, majalah atau CD berunsurkan pendidikan.
· Penderma juga boleh menyumbang dalam bentuk wang atau cek atas nama PIBG SK Bukit Rimau bagi pembelian buku-buku.
· Penderma yang menyumbang juga akan diabadikan nama mereka atau nama anak pada buku yang didermakan sebagai tanda ingatan.

PIBG 2006/2007







PENASIHAT
Tn.Hj.Nor Azmi bin Rahmat
(Guru Besar SKBR)
(013-6355030)

YANG DIPERTUA
En.Jazlan bin Abdul Jalil
(019-2605954)

NAIB YANG DIPERTUA
En.Mat Radzi bin Said
(013-2342455)

SETIAUSAHA
En.Hasmizar bin Sahaili

BENDAHARI
Pn.Nor Salwa bin Mohamad Yusof

JURU AUDIT
Megat Mohammad Farish bin Abdul Mutalib

AHLI JAWATAN KUASA IBU BAPA

En.Jafri Nordin
En.Hisham Hassan
En.Noor Paizal bin Mohamed Zainuri
Pn.Ruzita Mahmud
Pn.Janice Hervinder Kaur
Pn.Rasidah Abdul Jalil

11 Feb- Mesyuarat Agung PIBG kali pertama bagi tahun 2007 telah berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau.Mesyuarat ini diadakan untuk membuat perlantikan AJK bagi tahun 2007. Mesyuarat PIBG 2007 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’Haji Muhammad bin Haji Muhammad Taib, Ahli Dewan Negara, Mantan MB Selangor. Sekali lagi Encik Jazlan bin Haji Abdul Jalil telah dipilih sebagai Yang DiPertua PIBG bagi sesi 2006/2007.Harapan sekolah agar PIBG akan dapat memberi kerjasama untuk menaikkan nama sekolah selaras dengan slogan “Sentiasa Yang Terbaik".