Wednesday, June 15, 2011

INFO:Bagaimana mencetak nombor peserta larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Di sini akan dipaparkan maklumat ringkas penjanaan nombor peserta larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia dan kaedah slip no peserta pada baju murid.

1. Setiap sekolah sudah ada Sistem Maklumat Murid (SMM). Gunakan C:\HEM\SMMDATA.MDB untuk proses nama murid dan no kad pengenalan/surat beranak.

2. Buat Query baru untuk memanggil 2 medan Nama dan NoKP dalam Tmurid (table).

3. Jana Query tersebut (simpan dalam bentuk table).

4. Eksport query tersebut ke Microsoft Excel (untuk menjana no peserta). Pastikan column tersebut diwujudkan.

|Nama | NoKP | NoPeserta |

5. Jana no peserta dari murid pertama (letak 1). Ulang proses untuk murid ke-2 dan ke-3. Kemudian, drag atau tekan sekali medan NoPeserta yang ke-3 untuk menjana semua no peserta.

6. Highlight column NoPeserta. Klik kanan untuk set format nombor peserta sebagai zipcode (default 5-digit). Tukarkan kepada 4 digit. No peserta semua akan dijana mengikut format 0001, 0002, 0003.

7. Buat merge Excel ke Word. Atau langkah mudah, copy paste column Excel ke Word (Borang Penyertaan).

8. Bagaimana membuat dan menampal nombor peserta di baju murid?

Anda boleh menggunakan imej di bawah sebagai nombor kosong (template). Print atas A4, perbanyakkan copy (fotostat), arahkan murid mewarnakan nombor mereka (telah ditetapkan).



KLIK SINI untuk memperbesarkan imej.

-- SELAMAT MENCUBA DARI UNIT ICT SK PARIT HAJI AMAN --
www.skparithajiaman.edu.my

No comments: