Tuesday, December 29, 2009

Thursday, December 24, 2009

Kadar bayaran tambahan sesi persekolahan 2010 diseragam

Khamis, 24 Disember 2009
KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.

Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).



Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50).

“Secara keseluruhan, kadar bayaran tambahan untuk persekolahan tahun depan lebih rendah berbanding tahun ini. Bayaran tambahan ini pada kadar minimum supaya tidak bebankan ibu bapa.

“Ia adalah untuk pelaksanaan aktiviti pembangunan pelajar dan dikutip pada awal sesi persekolahan dibuka nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, Alimuddin berkata, sebarang bayaran tambahan lain bergantung kepada persetujuan pihak sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) berdasarkan keperluan aktiviti murid di sekolah masing-masing dengan mengambil kira latar belakang ekonomi ibu bapa mereka.

“Apabila kadarnya dipersetujui bersama pihak sekolah dan PIBG, ia perlu dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip sumbangan PIBG berdasarkan satu keluarga satu bayaran tanpa mengambil kira bilangan anak di sekolah yang sama.

Sebelum ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan tiga pakej bayaran tambahan iaitu Pakej A RM38.50, B (RM30.50) dan C (RM23.50) untuk sekolah rendah, sekolah menengah Pakej A (RM55.50), B (RM44.50) dan C (RM33.50).

Pakej A bagi ibu bapa yang bekerja dalam bidang profesional seperti usahawan dan pegawai tinggi kerajaan, Pakej B untuk pegawai kerajaan kumpulan sokongan dan profesional serta Pakej C untuk petani, peladang, kakitangan kerajaan dan pekerja bawahan.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pihaknya dihubungi ramai ibu bapa yang menyuarakan kegelisahan kerana belum mendapat maklumat berhubung bayaran tambahan yang akan dikenakan pada sesi persekolahan tahun depan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20091224012845/Article/index_html

Wednesday, December 23, 2009

SENARAI MURID YANG DITERIMA MASUK KE SBP

1. FARAH SABRINA AMRUL HALIM GAN
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau lebih dikenali sebagai Semashur merupakan sekolah berasrama penuh ke-40 dan terletak di Batang Kali, Selangor. Salah satu sekolah berasrama penuh yang bertaraf KLUSTER dan kini pihak sekolah ini sedang berusaha untuk mendapatkan pangkat "High Performing School".

1. FARAH REDZA
Konsep pembangunan Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menerap ciri-ciri yang boleh menjana pembelajaran sains dan teknologi berteraskan penggunaan ICT serta dapat menggalakkan murid-muridnya berinteraksi dan berinovasi.

3.SITI SAHIRAH
Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA) telah dibuka secara rasmi pada 12 Mei 2009dengan menerima kehadiran pelajar daripada tingkatan 1 dan tingkatan 4. Jumlah pelajar sekolah ini kini hampir mencecah 300 orang. Sekolah ini terletak di Bagan Datoh, Perak.

4. AFIQ SHARI
Sekolah Agama Menengah Bestari yang dirancang oleh Bahagian Pendidikan dan Pembelajaran JAIS merupakan Program bagi memantapkan lagi sistem pendidikan yang menawarkan pelajar Tingkatan Empat dan Lima dalam Jurusan Sains dan Teknik disamping Amal Islami dijadikan sebagai kurikulumnya. Kewujudan sekolah ini diharapkan dapat memenuhi Falsafah dan Matlamat Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia.

TAHNIAH DANIAL HANIFA

Seorang lagi murid SKBR iaitu DANIAL HANIFA RAZIRI diterima masuk ke Kolej Melayu Kuala Kangsar.


Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Sempena Perayaan 2010

KLIK PADA SURAT UNTUK BESARKAN


Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia

Penawaran Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dibuka bermula 23 Disember 2009.

HANYA 6000 TERPILIH KE ASRAMA PENUH BAGI TAHUN 2010

KUALA LUMPUR, 22 Dis - Hanya 6,600 pelajar daripada 95,286 permohonan terpilih untuk meneruskan pengajian mereka ke Tingkatan Satu sekolah berasrama penuh (SBP) bagi tahun 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pengumuman mengenai mereka yang berjaya itu akan dibuat esok.

"Semakan dan keterangan lanjut mengenai kemasukan ini boleh dibuat secara online dengan melayari laman web www.moe.gov.my, manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online di e-rayuan," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Beliau berkata tempoh rayuan adalah 20 hari, bermula esok hingga 12 Jan, namun keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran dibuat pada 11 Jan.

Seramai 517,908 murid darjah enam menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, dan daripada jumlah itu seramai 48,171 berjaya memperoleh A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

- BERNAMA

Friday, December 11, 2009

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010

Y.BHG. TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM,

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Selasa, 8 September 2009, bersamaan 18 Ramadan 1430H



Setelah mendapat persetujuan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa Penggal Persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2010 akan bermula pada 3 Januari 2010 dan tamat pada 18 November 2010 bagi sekolah-sekolah Kumpulan A, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B akan bermula pada 4 Januari 2010 dan tamat pada 19 November 2010.

Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah sebanyak 210 hari manakala jumlah cuti penggal adalah 78 hari. Jumlah hari persekolahan sebanyak 210 hari itu memberi ruang kepada semua sekolah untuk menikmati 4 hari Cuti Peristiwa dengan sepenuhnya.

SILA KLIK DI SINI

PERSEKOLAHAN 2010

Bayaran tambahan persekolahan
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.

Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.

Katanya, jumlah bayaran tambahan itu akan diumumkan kelak dan ia boleh dibayar ketika sesi persekolahan bermula.

"Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka.

"Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas hasil perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Dalam pada itu, Alimuddin berkata, mesyuarat itu kebiasaannya akan diadakan setiap hujung tahun bagi meneliti persiapan persekolahan serta menangani pelbagai isu yang timbul sebelum bermulanya sesi persekolahan baru.

"Dalam mesyuarat tersebut, apa jua perkara berbangkit seperti infrastruktur, perabot, peralatan dan jumlah guru akan diperbincangkan.

"Ini bertujuan agar para pelajar dapat mengikuti sesi persekolahan dalam keadaan selesa serta memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan baik," jelasnya.

Sesi persekolahan baru bermula pada 3 dan 4 Januari ini.

Wednesday, December 2, 2009

Monday, November 23, 2009

JASAMU DIKENANG



Pn Janaki Nallianne berpindah mulai 1 Disember 2009
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Convent, Seremban,Negeri Sembilan

En Abdul Rahman Darus
Sekolah Kebangsaan Seri Nasib Baik, Batu Pahat Johor.

MAKLUMAT KELAS RANCANGAN KHAS TINGKATAN 1

Ibu bapa yang berminat untuk memohon Kelas Rancangan Khas (KRK) diminta mengambil borang di pejabat sekolah. Tarikh tutup 2 minggu selepas keputusan UPSR diumumkan.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

UPSR 2009

Tuesday, November 17, 2009

MAJALAH NUR KELUARAN DISEMBER 2009




Tiga beranak bergelar graduan serentak!
Wow... seronoknya. Itulah kata-kata yang terluah sebaik membaca kisah mereka yang menerima ijazah serentak dalam majlis konvokesyen UiTM baru-baru ini. Jelas tergambar ikatan kekeluargaan yang kuat dan semangat untuk berjaya menjadi aspirasi buat mereka sekeluarga. Itulah memori indah Nor Azmi Rahmat, 47, isterinya, Abidah Yahya, 48 yang menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Penguru¬san Pendidikan) sementara anak sulung mereka, Nurul Syazwani, 23 tahun dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan). Sudah pasti kejayaan ini memberi inspirasi buat lima lagi anak mereka.
“Alhamdulillah, sebenarnya saya dan isteri tidak menyangka dengan keadaan ini, malah ia tidak kami rancang dan hanyalah secara kebetulan,” Jelas Nor Azmi. Bagi Abidah pula, belajar adalah satu bidang yang amat diminatinya. Malah semangat untuk belajar mengalir kuat dalam jiwanya. Dan usia bukan penghalang untuk mencipta kejayaan. Walaupun sudah 21 tahun meninggalkan kehidupan sebagai pelajar universiti selepas tamat Diploma Sains dengan Pendidikan di Universiti Pertanian Malaysia dulu tetapi semangat untuk melanjutkan pelajaran tidak pernah padam.

Namun, disebabkan masa dan tanggungjawab yang perlu dipikul bagi membesarkan enam anak selain tugas sebagai pegawai teknologi pendidikan membuatkan hasrat itu terpaksa ditangguhkan seketika. Katanya lagi, kejayaan yang diperoleh bersama anak perempuannya itu disifatkan sebagai rezeki. Bukan mudah, namun semangat yang ada, diiringi doa dan usaha akhirnya ia mencipta sejarah bagi keluarga itu tersendiri. “Saya dan suami saling memberi dorongan untuk menghabiskan pelajaran sehingga dapat menggenggam segulung ijazah. Bukan mudah sebenarnya, tambahan pula kami sudah lama meninggalkan alam pelajaran. Jadi kami perlu usaha kuat untuk mencapai kejayaan ini,” ujar bekas pendidik ini.

‘‘Apabila suami pelawa saya untuk bersama-sama dengannya meneruskan pelajaran, saya tidak berfikir panjang terus bersetuju. Kebetulan pula anak-anak sudah besar dan majikan juga memberi galakan,” katanya yang mengucap¬kan terima kasih kepada majikan dan semua pihak yang banyak membantu. Bagi anak perempuan mereka, Nurul Syazwani, kejayaan yang dimiliki adalah hasil dorongan ibu bapanya. “Ketika belajar memang saya tertekan, ada kalanya kesihatan sering terganggu, namun umi dan abah banyak membantu. Mereka sentiasa memberi kata-kata semangat dan perangsang. Tambahan pula jika mereka boleh kenapa saya tidak boleh, itulah yang menjadi motivasi bagi saya,” luah anak pertama daripada enam bersaudara ini.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6

MOTIVASI PRA UPSR

Saturday, October 31, 2009

SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 1


SOALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 1

Arahan
1.Pilih dan jawab satu soalan sahaja
2.Setiap murid perlu membawa peralatan sendiri mengikut keperluan tajuk yang dipilih
3.Murid perlu menggunakan kertas lukisan yang disediakan

Soalan-soalan

1. Bidang:Menggambar
Tajuk:Buah Nenas
Teknik:Kolaj-mengoyakkan kertas warna kecil-kecil dan menampal pada gambar yang dilukis.
Bahan :-Kertas warna hijau dan kuning
-Gam

2. Bidang :Membuat rekaan dan corak
Tajuk : Corak garisan Bebas
Teknik : Membuat garisan secara spontan di atas kertas lukisan.
Bahan : Pensel warna

3. Bidang :Membentuk dan membuat binaan
Tajuk : Membuat kad harijadi
: - Murid murid boleh menggunting bentuk kad di rumah dan
Menghiasnya di sekolah.
Bahan : -Kad Manila
-warna krayon atau pensel warna

4. Bidang : Mengenal Kraf Tradisional
Tajuk : Anyaman Tikar
- Anda dikehendaki membuat satu anyaman berbentuk tikar.
- Potongan kertas warna boleh disediakan di rumah.
Bahan : - Kertas warna (2 warna)

Tuesday, October 27, 2009

PERKHEMAHAN TAHUNAN 2009


KEPERLUAN PERALATAN

A. Pakaian.

Seluar Trek Hitam /biru
Kasut Sukan, Selipar, Stokin
Pakaian peribadi secukupnya
Lain-lain di anggap perlu.

B. Peralatan Mandi

Berus Gigi/ Ubat gigi/ sabun ,tuala, kain basahan
Lain-lain dianggap perlu.

C. Ubatan peribadi.

Peserta dinasihatkan supaya membawa ubatan peribadi yang dibenarkan oleh pegawai perubatan/doktor . Sebarang ubatan untuk dimakan, pihak penganjur tidak akan dibekalkan. Hanya ubatan luaran sahaja akan disediakan jika perlu.

D. Pakaian solat

Kain sarong B. Melayu/ sejadah / kain telekung

E. Lain-lain keperluan

Alas tidur/ lampu picit / Baju hujan / Baju Sejuk / Skarf / Sapu tangan / Alat tulis / Buku nota /Makanan ringan/ air mineral/ makanan tambahan Sudu / garfu dan lain-lain yang dianggap perlu.
Pinggan dan cawan





JK PERKHEMAHAN PERINGKAT SK BUKIT RIMAU 2009

PENASIHAT : TN. HJ NOR AZMI BIN RAHMAT (GURU BESAR)
PENGERUSI : EN. ABD KHALIB B. ABD HAMID (GPK KOKURIKULUM)
NAIB PENGERUSI : EN. MD LATIF BIN MD BAJURI (GPK KURIKULUM)
PN. JAMALIAH BINTI ABD HAMID (GPK HAL EHWAL MURID)
PN. CHE NORLIA BINTI ISMAIL (GPK PETANG)
SETIAUSAHA DAN : EN. HISHAM BIN MOHAMMED
PENYELARAS EN. HASMIZAR BIN SAHAILI
BENDAHARI : PN. NORSALWA BT. MOHD YUSOF
KEM KOMANDAN : EN. AZHARISMAN BIN AMINUDIN
PEN.KEM KOMANDAN: EN. AHMAD TAJUDDIN BIN SALLEH

Khemah
Pengerusi : En. Mohd Fahmi b. Husin


AJK :
1.En. Abd Rahman b. Darus
2.En. Wan Ahmad Rapani b. Wan Hasan
3.Pn.Fiszura bt. Zainol
4.Pn.Faridah bt. Abd Hadi

Persiapan Tempat Aktiviti / Alatan Pertandingan
Pengerusi : En. Asrulnizan b. Mohamed

AJK :
1.En. M.Abd Basset b. Abd Majid
2.En. Shahrishal b. Idris
3.Pn. Sukinah bt. Idris
4.Pn. Marina bt. Mohd Tahir
5.Pn. Roszaida bt Zainal Abidin

Hadiah / Cenderamata
Pengerusi : Pn. Azalina bt. Awal

AJK :
1.Pn. Rayleena bt. Rolan
2.Pn. Shabarina bt. Tukiman
3.Cik Norhaslinda bt. Nazri

Sijil Penyertaan & Buku Program
Pengerusi : Pn. Salina bt. Selamat


AJK :
1.Pn. Norzihayati bt. Noordin
2.Pn. Maizatul Faizah bt. M. Tamin

Kerohanian / Moral
Pengerusi : En. Mohd Hafiz b. Hussain

AJK :
1.En. Ruhimi b. Hamzah
2.Tn. Hj Khairuddin b. Hamzah
3.Pn. Siti Asmah bt. Omar
4.Cik Mariamah bt. Mat
5.En. Sivadeepan a/l Sivapatham
6.Pn. Janaki a/p Nallianne
7.Pn. Chitara a/p Palanisamy
8.Pn. Lee Wei Pin

Elektrik & Siaraya
Pengerusi : En. Hisham b. Mohammed

AJK :
1.En. Mior Mohamed Salleh b. Shaari
2.En. Sivadeepan a/l Sivapatham

Senaman Pagi
Pengerusi : Pn. Siti Suhaila bt. Abd Latiff

AJK :
1.Pn. Musni Malisa bt. Mustafa
2.Pn. Rusnita bt. Kaldin
3.Cik Roszakiah bt. Ismail
4.Cik Nurul Syazwani bt. Nor Azmi
5.Cik Maslia Azura bt. Ramli

Makan / Minum
Pengerusi : Pn. Norlaila bt. Hj Alias

AJK :
1.Pn. Zalila bt. Muslim
2.Pn. Roslina bt. Mat Junoh
3.Pn. Zanifah bt. Jumari
4.Pn. Mariani bt. Abdul Hamid
5.Pn. Chitara a/p Palanisamy
6.Pn. Surraya Hani bt. Sulaiman
7.Pn. Zuraina bt. Othman
8.Pn. Zuraini bt. Abdul Razak
9.Pn. Janaki a/p Nallianne
10.Pn. Norul Hashimah bt. Hashim
11.Pn. Sarimah bt. Ab.Rahman
12.Pn. Shahariza bt. Hashim

Keselamatan / Kecemasan
Pengerusi : En. Hasmizar b. Sahaili

AJK :
1.En. Rahim b. Haron
2.Cik Siti Halawati bt. Mat Shahri
3.Pn. Suhaila bt. Mat Isa
4.Pn. Nur Huda bt. Ahmad
5.Pn. Ruzaini bt. Mohd Nor
6.Pn. Nor Asiah bt. Mohd Noor

Apresiasi Seni
Pengerusi : Pn. Lee Wei Pin

AJK :
1.Pn. Sharifah Rohana bt. Syed Ahmad
2.Pn. Rosnah bt. Mohammed
3.Pn Kuzunaidah Ku Ahmad
4.Pn. Roslina bt. Abd Razak
5.Pn. Nor Hashimah bt. Ab. Rahman
6.Pn. Noor Fazeah bt. Deris
7.Pn. Nor As’hikin bt. Idrus

Urusetia
Pengerusi : En. Mohd Reduan b. Amat Juraini


AJK :
1.Pn. Aszilin Hapiza bt. Mohd nor
2.Pn. Hjh Laila bt. Mohd Salleh
3.Pn. Fitra Dilla Bt. Abd Halim
4.Pn. Rosedah bt. Abdullah
5.Pn. Siti Rusilawati bt. Yusuf
6.Pn. Soraya Nita bt. Othman
7.Cik Siti Azida bt. Ahmad



Saturday, October 24, 2009

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TEKNOPEN NEGERI SELANGOR


Majlis ini telah diadakan pada 22 Oktober 2009 di Hotel Crystal Crown, Klang. Majlis ini merupakan anjuran BTPN Selangor.

Anugerah NILAM
SM Bandar
1 Afiq Fakhri b. Mohd Salimi* SMAP Kajang, Hulu Langat
2 Nuradila bt. Mohd. Shukri* KISAS, Klang
3 Hairina Izah bt. Khairol Anuar* Sepang

SM Luar Bandar
1 Syed Akmal Safiq bin Syed Haris* SMK Taman Jasmin 2, Hulu Langat
2 Mohd. Azman bin Kholid* SBPI Gombak
3 Mahfuzah bt. Atan *SMK Bkt. Sentosa, Hulu Selangor

SR Bandar
1 Yootha Tiki Yong* SK Seri Petaling, Petaling Utama
2 Faizah Mohd. Affandi* SK Taman Nirwana, Hulu Langat
3 Lee Zhu Ling* SK La Salle, Klang

SR Luar Bandar
1 Nurliyana bt. Faiz *SK Bandar Baru Bangi, Hulu Langat
2 Nur Nabila Aula bt. Suhaimi *SK Tok Khalifah, Sabak Bernam
3 Umar Muslim bin Ahmad Kamal *SK Bkt. Rimau, Klang

Tokoh NILAM SM -
Syed Akmal Safiq bin Syed Haris *SMK Taman Jasmin 2, Hulu Langat

Tokoh NILAM SR -
Yootha Tiki Yong *SK Sri Petaling, Petaling Utama

PROGRAM ANTIDADAH & PERSEDIAAN KE SEKOLAH MENENGAH

Monday, October 19, 2009

KONVOKESYEN GURU BESAR SK BUKIT RIMAU



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20091019002913/Article/index_html
SHAH ALAM: Tiga beranak mencatat sejarah tersendiri apabila masing-masing menerima ijazah pada Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-71 di Dewan Sri Budiman, di kampus induk universiti itu di sini, semalam.

Nor Azmi Rahmat, 47 dan isteri, Abidah Yahya, 48, menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) semalam manakala puteri sulung mereka, Nurul Syazwani, 23, dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan).

Abidah ketika ditemui menyifatkan kejayaan itu hasil sokongan suami dan ibunya, Habibah Awang, 65, yang banyak menguruskan rumah dan membantu menjaga enam anaknya selama tiga tahun mengikuti pengajian di UiTM.

"Emak yang tinggal bersama saya di Taman Sri Andalas, Klang, banyak memberi sokongan sehingga saya mencapai kejayaan ini, " katanya yang juga Pegawai Teknologi Pendidikan, Jabatan Pelajaran Selangor.

Beliau yang mengumpul nilai gred purata kumulatif (CGPA) 3.68 melayakkannya mendapat ijazah kelas pertama.

Nor Azmi yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rimau pula berkata belajar bersama isteri menyuntik semangat untuk menamatkan pengajian tiga tahun di UiTM walaupun perlu menghadapi banyak cabaran.

Selepas terpilih mengikuti Program Intensif Sepenuh Masa melalui program Ijazah di UiTM, katanya, beliau nekad untuk berusaha mencapai kejayaan tanpa memikirkan masalah pembahagian masa.

“Saya perlu bijak membahagikan masa mengikuti kuliah, sekolah dan keluarga. Jika tidak, ia pasti menimbulkan masalah,” katanya yang memperoleh CGPA 3.43.

Nor Azmi yang berpengalaman 15 tahun sebagai guru berkata, kejayaan itu tidak dicapai dengan mudah kerana beliau biasanya bangun seawal jam 4 pagi untuk belajar sebelum ke kuliah.

"Isteri dan ibu mentua banyak membantu sehingga saya berjaya menggenggam segulung ijazah. Saya amat berterima kasih kepada mereka," katanya sambil menasihatkan remaja atau mereka yang sudah lanjut usia supaya tidak mudah berputus asa dalam menuntut ilmu.

Beliau berkata, pembelajaran tidak harus berhenti begitu saja sebaliknya mereka harus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

Friday, September 25, 2009

MESYUARAT GURU

29 September 2009 - Mesyuarat Guru akan diadakan. Semua guru wajib hadir.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

Adalah dimaklumkan semua guru wajib menghadiri LADAP pada 3 Oktober (SABTU)dan 10 Oktober(SABTU) 2009.
Maklumat lanjut,
sila hubungi setiausaha LADAP.