Wednesday, June 15, 2011

MESYUARAT 1 SUKAN 1 MURID

Mesyuarat akan diadakan pada 15 JUN 2011 di Dewan Mesyuarat SKBR.

PUTRAJAYA — Seramai tiga juta murid dan pendidik dijangka menyertai Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di seluruh negara pada 2 Julai ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, larian itu yang bukan berbentuk pertandingan itu diadakan sempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan yang mula dilaksana tahun ini.

Larian peringkat kebangsaan akan diadakan di Taiping dan akan turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

Abdul Ghafar berkata, larian itu juga bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan. — Bernama

No comments: