Sunday, January 28, 2018


TAHNIAH, AJK PIBG 2018/2019


UJIAN SARINGAN PERTAMA DALAM TALIAN UKM1 TAHUN 2018

Assalamualaikum wbrt dan selamat sejahtera..

UJIAN SARINGAN PERTAMA DALAM TALIAN UKM1 TAHUN 2018

Dimaklumkan bahawa Ujian Saringan UKM1 bagi tahun 2018 akan bermula dari 01 Februari dan akan berakhir pada 31 Mei 2018. Ujian ini merupakan saringan pertama untuk mencari murid pintar dan berbakat bagi menyertai program-program berikut:

1. Murid beragama Islam berusia 8 tahun - 11 tahun (Tahun 2 - Tahun 5 pada tahun 2018) untuk Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM, Universiti Sains Islam Malaysia (PPCS@USIM Disember 2018).

2. Murid beragama Islam berusia 11-12 tahun (Tahun 5 & 6 pada tahun 2018) untuk Program Muhayyam Al Abrar Kolej PERMATA Insan bagi pemilihan ke Kolej PERMATA Insan Ambilan Tahun 2019.

3. Murid pelbagai agama berusia 9-15 tahun Tahun 3 hingga Tingkatan 3 pada tahun 2018 untuk program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM Universiti Kebangsaan Malaysia (PPCS@UKM Disember 2018).

4. Murid berusia 11-15 tahun (Tahun 5 hingga Tingkatan 3 pada tahun 2018) untuk kemasukan ke Kolej PERMATApintar UKM ambilan tahun 2019.

Ujian tersebut terbuka kepada semua murid berusia 8 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman sesawang http://ukm1.permatapintar.edu.my. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi daripada laman sesawang tersebut.
Sekian, terima kasih.

Mesyuarat Agung PIBG

Monday, January 22, 2018

UJIAN SARINGAN UKM1 SUDAH BERMULA!

UJIAN SARINGAN UKM1 SUDAH BERMULA!

Makluman kepada Pelajar/ Ibu Bapa dan Penjaga, Ujian Saringan pertama UKM1 dibuka mulai hari ini 10 Januari sehingga 31 Mei 2018. Sebarkan berita ini kepada rakan-rakan anda.

Pelajar boleh mendaftar dan mengambil ujian di link: http://ukm1.permatapintar.edu.my.

Sebarang pertanyaan sila kemukakan dan boleh e-mel di permatapintar@ukm.edu.my.

UKSBP FASA 2


Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Fasa 2 Tahun 2018

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Fasa 2 Tahun 2018

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Fasa 2 Tahun 2018 untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) (Rayuan) Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM akan dilaksanakan pada 23 dan 24 Januari 2018 bagi calon yang belum menduduki ujian tersebut. Semakan dalam talian Pusat Ujian akan dibuka mulai 20 Januari 2018 hingga 24 Januari 2018. Sila layari laman sesawang KPM di http://www.moe.gov.my untuk keterangan Ianjut.