Monday, April 26, 2010

INFO PANITIA BM SEMPENA MINGGU PSS/PANITIA


JADUAL NILAM MINGGU 4 (BI)

MINGGU 4 ~ 26 APRIL - 30 APRIL 2010

pelancaran kitar semula peringkat sekolah

MESYUARAT MALAM AMAL SKBR


24 April 2010- Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat antara AJK PIBG dan guru-guru SKBR. Mesyuarat memutuskan pada 31 Julai 2010 ini, sebuah Majlis Makan Malam Amal akan diadakan bertempat di ‘Grand Blue Wave Hotel,Shah Alam anjuran PIBG SKBR yang dilaksanakan sebagai salah satu usaha mengumpul derma bagi menyokong kewangan sekolah. Oleh yang demikian, tuan-tuan, puan-puan sekalian adalah dijemput hadir untuk bersama-sama menjayakan majlis Makan Malam Amal ini nanti.

Untuk penempahan tiket, sila hubungi
En Anil Nair
En Megat Mohd Farish
En Mohd Zul Azree bin Painan
@
wakil-wakil PIBG/Guru

…Apa pun harta yang kamu infakkan, maka (kebaikannya) untuk dirimu sendiri. Dan janganlah kamu berinfak melainkan kerana mencari redha Allah. Dan apapun harta yang kamu infakkan, nescaya kamu akan diberi (pahala) secara penuh dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan).

( Al-Baqarah, 272)

BENGKEL & CERAMAH TEKNIK JAWAB SOALAN MATEMATIK

BENGKEL & CERAMAH TEKNIK JAWAB SOALAN BAHASA INGGERIS

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 2 & 3 (SESI PETANG)



16 April 2010 - Jumaat - Unit jQAF telah melaksanakan Kem Bestari Solat untuk murid-murid Tahun 2 dan 3. Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang ustaz atau ustazah.
Pada hari ini murid-muid ditekankan mengenai niat dan bacaan dalam solat. Semua murid begitu bersungguh-sungguh menghafaz niat solat fardhu dan bacaan-bacaan dalam solat. Antara bacaan yang ditumpukan ialah bacaan doa iftitah. Semua murid juga melakukan aktiviti amali solat secara berjamaah. Semoga semua murid dapat mengamalkan ibadah solat walau dalam apa keadaan sekalipun dengan sempurna dan diterima Allah hendaknya.

Thursday, April 15, 2010

BENGKEL TEKNIK JAWAB SOALAN 2010

LADAP NILAM & BACAAN YASIN

15 APRIL 2010~Sesi pembentangan telah dijalankan untuk LADAP NILAM mulai jam 1.15 hingga 2.30 petang.
2.30 petang ~Majlis Bacaan Yasin telah diadakan di Bilik Mesyuarat yang dipimpin oleh En Md Latif Md Bajuri khusus untuk kesihatan Cikgu Musni Malisa yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) kerana komplikasi ketika bersalin.

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6

13 April 2010 ~ Perjumpaan dengan ibu bapa murid Tahun 6 telah dijalankan di Bilik Peperiksaan pada jam 8.30 pagi hingga 11.00pagi. Perjumpaan ini dibuat bagi meningkatkan tumpuan dan pencapaian murid-murid tahun 6 yang dipilih. Sesi perjumpaan dengan guru-guru juga dibuat bagi mengatasi sebarang permasalahan yang dihadapi di sekolah antara guru dan murid. Kerjasama ibu bapa amat diharapkan bagi membantu pihak sekolah ke arah pencapaian akademik dan sahsiah 'sentiasa yang terbaik'.Dalam ucapan Guru Penolong Kanan Akademik juga ditekankan pentingnya perjumpaan seumpama ini.GPK Akademik mewakili warga SKBR mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para ibu bapa yang telah meluangkan masa hadir dalam perjumpaan ini

Friday, April 9, 2010

BADMINTON & BOLA SEPAK



SKBR BAKAL MENGUASAI PADANG BOLA SEPAK....SELAMAT BERTANDING DENGAN PENUH SEMANGAT KESUKANAN.

JADUAL NILAM 12 ~ 16 APRIL 2010 (MINGGU 2)


SESI PAGI

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR





7 April 2010 - PSS dan Unit Bimbingan & Kaunseling telah ke SK Seri Duyung menjalankan Program Perkongsian Pintar.

PENYAMPAIAN HADIAH PIDATO, BERCERITA DAN NILAM JAUHARI


5 April 2010 ~ Penyampaian hadiah serta sijil kepada peserta pidato peringkat Zon iaitu Nur Fatin Nabilah Mahadzir yang dapat mara ke peringkat Daerah Klang. Turut disampaikan ialah sijil serta piala kepada peserta bercerita iaitu Raja Amirah Raja Shahfaizal dan Soleil Qairunisa Raziri yang mendapat antara lima kedudukan terbaik peringkat zon.Juga akan mara ke peringkat Daerah Klang.
Hadiah NILAM Jauhari bagi bulan Januari hingga Mac pula dimenangi oleh Nurul Miezatul Elyana Moda Pazil(Johan), Siti Maisarah Hamzani(Naib Johan) dan Farikha Athirah M.Sofyan(Ketiga). Bagi bulan April Pertandingan Rakan Pembaca sedang berlangsung dan akan tamat pada 30 April 2010. Sila dapatkan info di Pusat Sumber Sekolah.