Thursday, March 27, 2008

MOTIVASI PENGAWAS & PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH






























2 April 2008 - Unit Bimbingan & Kaunseling bersama Badan Pengawas & Pengawas Pusat Sumber sekolah. Program ini dikendalikan oleh tiga orang fasilatator dari Bukit Tinggi Management.
Program ini banyak memberi pendedahan tentang tugas dan tanggungjawab kepada para peserta.

PERTANDINGAN TADARUS PERINGKAT ZON

26 Mac 2008 - SKBR menjadi tuan rumah bagi Zon B.Danial Hanifa Raziri memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Tilawah.

Tuesday, March 18, 2008

PROGRAM LET'S SPEAK ENGLISH TODAY


24 Mac 2008 - Panitia Bahasa Inggeris melancarkan program yang pertama bagi tahun 2008. Murid-murid dikehendaki bertutur dalam bahasa Inggeris pada setiap hari Khamis. Pelancaran program ini disempurnakan oleh Guru Besar SKBR.

MAJLIS PELANCARAN SEKOLAH SELAMAT


24 Mac 2008 - Majlis Pelancaran Sekolah Selamat dirasmikan oleh Tn Hj Nor Azmi Rahmat di Dataran Perhimpunan. Fokus kepada perjalanan pergi dan balik sekolah. Murid-murid diingatkan supaya menjaga keselamatan semasa pergi dan balik sekolah. Ibu bapa diharap sentiasa mengingatkan anak-anak agar menjaga keselamatan diri.
INFO
Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung masalah disiplin para pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya.
Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik.
PERANAN IBU BAPA
Ibu bapa dan penjaga menunjukkan rasa sifat kepunyaan dan bangga terhadap sekolah melalui sokongan, penglibatan dan penyertaan sebagai rakan kongsi dalam aktiviti sekolah selamat.
Contoh perkongsian adalah merupakan program keibubapaan secara sukarela contonya rondaan keselamatan, bantuan, pemantauan dan program pendidikan keibubapaan dimana ibu bapa belajar kemahiran menolong, menerima khidmat kaunseling, belajar berkenaan akibat tingkah laku keganasan di sekolah.

1. Ibu bapa sentiasa diberitahu tentang program sekolah selamat, pelan, dan prosedur tindakan dan juga peranan dan tangungjawab mereka
2. Membuat tinjauan dan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa bagi menentukan tanggapan mereka berhubung dengan keselamatan sekolah dan hubungan dengan jenayah pelajar
3. Melibatkan ibu bapa dalam pembangunan polisi sekolah selamat dan menjadi ahli dalam jawatankuasa sekolah selamat
4. Melibatkan ibu bapa sebagai tenaga pengiring (chaperones) dan membantu dalam menjalankan rondaan keselamatan dan program pengawasan jenayah
5. Mengiktiraf ibu bapa sebagai rakan dalam memastikian sekolah selamat melalui pendidikan keibubapaan dan kaunseling
6. Menggalakan ibu bapa bertanggungjawab dalam memantau tingkah laku dan permasalahan pelajar
7. Memberi khidmat kaunseling kepada ibu bapa yang anak mereka mempunyai potensi ke arah kegaganasan

LAWATAN PENANDA ARAS


19 Mac 2008 - Satu Lawatan penanda aras telah dijalankan.Lokasi yang telah dipilih ialah SK Seksyen 9, Shah Alam.

SKBR PUSAT MENGUNDI PRU 12

8 Mac 2008 - SKBR menjadi pusat mengundi PRU12.

Thursday, March 6, 2008

ACTION SONG PERINGKAT ZON

5 Mac 2008 - SKBR menjadi johan peringkat Zon.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR















5 Mac 2008-Lembaga Pengawas Pusat Sumber bersama Kelab Perpustakaan Sekolah telah menganjurkan lawatan ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya dan MISA. Di Taman Warisan murid-murid diperkenalkan dengan jenis-jenis tanaman. Demonstrasi penorehan dan pemprosesan getah juga dibuat mengikut kumpulan. MISA memberi pendedahan kepada murid-murid tentang aeroangkasa.



MSSD/KEJOHANAN GOLF

MESYUARAT AGUNG PIBG 2008/2009














16 Feb.2008 -

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH


13 Februari 2008 - Acara Merentas Desa Peringkat Sekolah telah dilangsungkan dengan jayanya.

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA MURID KIA


13 Feb. 2008

MAJLIS AKUJANJI UPSR TAHUN 6

31 Januari 2008 - Majlis Akujanji telah dijalankan di Bilik Peperiksaan SKBR. Majlis mengundang En Ibrahim, Guru Cemerlang Negeri Selangor. Ramai ibu bapa yang hadir memberikan sokongan kepada program ini.


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM



28 Januari 2008 - Majlis Pelancaran telah dijalankan di Tapak Perhimpunan SKBR. Majlis disempurnakan oleh Tn Hj Nor Azmi Rahmat, Guru Besar SKBR. Lebih kurang 100 orang murid menerima anugerah pencapaian Tahap Jauhari. Ibu bapa diminta memberikan sokongan kepada program ini.