Wednesday, August 20, 2008

PROGRAM GERAKAN TABIAT MEMBACA DAERAH KLANG




27 & 28 Ogos 2008- SK Bukit Rimau menjadi Johan Kategori Luar Bandar & Tokoh Nilam Sekolah Rendah Daerah Klang mengalahkan Johan Kategori Bandar. Pertandingan peringkat negeri akan diadakan di Kem Permatang Pasir, Jugra pada 13 hingga 16 Oktober 2008.

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

15 Ogos 2008 - Majlis pelancaran dibuat di tapak perhimpunan.

PROGRAM KARNIVAL KEBUDAYAAN & PATRIOTISME RIMUP

28 Ogos 2008 - Gabungan 4 buah sekolah iaitu SK Bukit Rimau, SK Bukit Kemuniang, SJKC Khee Beng dan SJKT Ladang Emerald di SK Bukit Rimau. Program ini dikendalikan oleh JK RIMUP yang diketuai oleh En Hasmizar Sahaili.

UJIAN SETARA UPSR 2

12 -14 Ogos 2008 - Soalan-soalan disediakan oleh Majls Guru Besar Negeri Selangor.

PROGRAM MOTIVASI & MAJLIS MOHON RESTU SERTA QIAMULLAIL DAN SOLAT HAJAT























8 Ogos 2008- Tn Hj Hurshim Salleh telah diundang untuk menyampaikan ceramah motivasi untuk murid-murid dan ibu bapa. Kehadiran ibu bapa agak kurang menggalakkan. Harapan pihak sekolah pada masa akan datang agar majlis seumpama ini mendapat penyertaaan yang lebih baik lagi.

PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN










26 Julai 2008- Program ini khusus untuk guru-guru SKBR. Pengisiannya ialah Senamrobik oleh En Kamarul Asnan & En Hisyam. Kemudian pendedahan berkaitan Pendidikan Khas, Pengisian Data NILAM dan Pemulihan.

MAJLIS ANUGERAH NILAM, PELANCARAN DUNIA INFORMASI SKBR, PERASMIAN SEKOLAH SELAMAT & PELANCARAN JUMBLETHON PIBG













25 Julai 2008- Tn Hj Mahmud b Karim telah sudi meluangkan waktu untuk bersama-sama dalam majlis ini. Dalam ucapannya beliau memuji pihak pentadbir dan guru-guru SKBR kerana telah berjaya menjadikan SKBR bermaklumat. Beliau juga turut menyatakan bahawa SKBR dapat menjadi 'benchmark' kepada sekolah-sekolah lain. Tn Hj Mahmud juga akan menyarankan kepada guru-guru besar daerah Klang mengadakan lawatan ke SKBR. Tahniah warga SKBR!!!