Thursday, April 28, 2011

MESYUARAT KURIKULUM & MESYUARAT GURU KE 2 & MESYUARAT NILAM

INTIPATI MESYUARAT
28 APRIL 2011
7 MEI 2011 - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI JUMAAT
7 MEI 2011 - KEM BESTARI SOLAT UNTUK MURID ISLAM
-MURID MORAL AKAN MENGADAKAN AKTIVITI PENDIDIKAN MORAL

9 - 13 MEI 2011 - MINGGU PUSAT SUMBER & PANITIA MATAPELAJARAN
9 - 13 MEI 2011 - SKBR PENGELOLA KEJOHANAN CATUR PERINGKAT NEGERI

14 MEI 2011 - LADAP PPS
SEMUA GURU DIKEHENDAKI HADIR
PENCERAMAH
EN HJ NOR AZMI
EN ASRULNIZAN

16 MEI 2011- SAMBUTAN HARI GURU

19 MEI 2011 - PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

DATA NILAM HANTAR AKHIR MEI 2011

9 - 10 JULAI 2011 - PROGRAM RANGSANG INTERAKSI SOSIAL MESRA DI KEM SEMUNGKIS

PERTANDINGAN BROSUR
TARIKH HANTAR 30 JUN 2011

PERTANDINGAN ANUGERAH HEM
OGOS 2011 PERINGKAT NEGERI

19 OGOS 2011
MAJLIS ANUGERAH NILAM
PELANCARAN LALUAN KE SURAU DAN PRASEKOLAH
LAWATAN KE PPDa

LALUAN KE SURAU DISERAHKAN KPD
UNIT UNIFORM
PENGAKAP
PBSM -EN HASMIZAR
TKRS - TN HJ KHAIRUDDIN
TUNAS PUTERI
PUTERI ISLAM
TAE KWAN DO

HADIAH DISEDIAKAN OLEH UNIT KOKURIKULUM - EN ABD KHALIB ABD HAMID

Wednesday, April 27, 2011

MESYUARAT GURU

28 APRIL 2011- Semua guru dijemput hadir di Bilik Mesyuarat SKBR.
SELAMAT BERMESYUARAT

Tuesday, April 26, 2011

BERITA HARIAN-15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah

KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.
Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu.

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti.
Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah.

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.

“Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu adalah permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik diteruskan,” katanya.

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

Thursday, April 21, 2011

KEM INTERVENSI LITERASI AL-QURAN




21 APRIL 2011 - Oanitia Pendidikan Islam bersama Unit j-QAF SK Bukit Rimau melaksanakan Kem Intervensi Literasi Al-Quran yang merupakan aktiviti pemulihan bacaan al-Quran melalui pendekatan kaedah Iqra’ kepada murid-murid yang mengikuti program j-QAF di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih belum menguasai Iqra’ 1 hingga 3. Aktiviti pemulihan ini dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan dengan berpandukan modul yang dicadangkan oleh KPM.

Matlamat Kem Intervensi Literasi Al-Quran dijalankan ialah untuk memulihkan murid-murid program j-QAF yang masih di tahap kemahiran Iqra’ 1 hingga 3 supaya dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap bacaan Iqra’ 4 seterusnya meneruskan bacaan selanjutnya. Murid-murid yang lambat menguasai Iqra’ dikhuatiri gagal mengikuti Kelas Khatam Al-Quran dan mencapai matlamat khatam sekiranya tidak dilaksanakan kem ini melalui pendekatan pemulihan. Melalui kem ini juga akan meningkatkan tahap dan kualiti bacaan murid melalui kaedah talaqqi dan musyafahah.

Kem Intervensi Literasi Al-Quran dicadangkan dilaksanaakan 16 jam iaitu setiap 1 jam sebelum/selepas waktu Tasmik. 10 Jam dicadangkan untuk Buku Iqra’ 1 dan 2 manakala 6 jam untuk Buku Iqra’ 3. Kem ini dicadangkan dilaksanakan sebanyak 3 siri seperti jadual di bawah:


BIL TAHUN KEM 1 KEM 2 KEM 3 CATATAN
1 Tahun 1 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
2 Tahun 2 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
3 Tahun 3 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
4 Tahun 4 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt

Thursday, April 7, 2011

JUALAN PAKAIAN SUKAN PIBG



*. Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak sekolah bersetuju bahawa pakaian sukan PIBG boleh dipakai oleh murid ketika sesi pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani, aktiviti kokurikulum, latihan sukan dan lain-lain lagi.
*. Justeru, ibu bapa/ penjaga murid yang ingin menempah atau membeli pakaian sukan tersebut, bolehlah berbuat demikian dengan mengisi borang tempahan dan menyerahkannya bersama-sama bayaran kepada guru kelas anak/ anak jagaan tuan/puan masing-masing selewat-lewatnya pada 15 April 2011. Walau bagaimanapun, tempahan yang dibuat selepas tarikh ini masih diterima.
*. Sila catatkan pada borang tempahan saiz t-shirt atau seluar track suit seperti saiz yang biasa dipakai. Namun begitu, bagi mengelakkan kesilapan saiz, murid-murid yang menempah akan diukur kembali saiznya oleh AJK Jualan menggunakan sampel saiz yang disediakan untuk saiz kanak-kanak sahaja. Bagi orang dewasa contohnya ibu bapa/ penjaga yang turut menempah, tiada sesi mengukur akan diadakan. Sila nyatakan saiz yang biasa dipakai. Sekiranya t-shirt yang diterima tidak sepadan, bolehlah menukarnya kembali megikut saiz diingini dengan merujuk kepada AJK Jualan.
*. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah, sila rujuk AJK Jualan iaitu En. Hasmizar Sahaili (sesi pagi) dan En. Azaharisman bin Amirudin (sesi petang)

LATIHAN KEBAKARAN


Saturday, April 2, 2011

LITERASI MENULIS


STANDARD PRESTASI





PENTAKSIRAN Penambahbaikan Dalam UPSR


Penambahbaikan Dalam UPSR

DASAR PENDIDIKAN
Peranan Penjawat Awam
Tanggungjawab besar
Kepentingan generasi akan datang

TRANSFORMASI PENDIDIKAN
SPPK Sejarah dan Perjalanan
Pelbagai mesyuarat di KPM
2006 – Jubli Emas LPM
Seminar / Kolokium Pendidikan
Satu sistem peperiksaan yang ‘Friendly’
4 Ogos 2008 – Draf SPPK diluluskan
Projek Rintis
24 Nov 2009 - Penangguhan

ISU PPSMi
Bersiapsiaga
Provokasi - Stakeholder
Media Massa
LPM/KPM – maklumbalas
Rundingan meja bulat
9 Oktober 2010 – Pengumuman YAB MP

UPSR 60 : 40
PMR :100%

2011
Kohort Pertama (Murid Tahun 1)

PENGOPERASIAN
Lembaga Peperiksaan
JPN
PPD
Sekolah
Murid
Ibu bapa dan masyarakat
Penataran
Personal Key - Ejen
Jurulatih Utama Negeri
Jurulatih Utama Daerah
Guru Besar
Ibu Bapa dan Masyarakat

2011
KSSR + PBS ( Jalan Seiring )

FAKTOR KEJAYAAN
Prasarana
Kurikulum
Anjakan Paradigma
Pelan Operasi

PENTAKSIRAN Berasaskan Sekolah(PBS)
PBS
Penurunan kuasa kepada Guru
Laksanakan Pentaksiran
Semasa P&P
JERI
Kemenjadian murid

GURU BINCANG DENGAN MURID TENTANG STANDARD PRESTASI MEREKA
MURID : APA YANG MEREKA TAHU? APA YANG MEREKA FAHAM?
APA YANG MEREKA MAHUKAN?

KAEDAH: Pentaksiran Bilik Darjah hendaklah....
holistik
sepadu
seimbang
fleksibel dan
merujuk standard










PERUNTUKAN WAKTU KSSR


KSSR- GRED PURATA


MAKLUMAN KSSR - PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )



PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )

INSTRUMEN PEMANTAUAN
ELEMEN-ELEMEN PEMANTAUAN
Buku rekod P & P guru
Perancangan Tahunan, Sukatan dan perancangan harian
ABM
Prasarana kelas
Penyampai guru & penerimaan murid
Folio peribadi murid
Graf perkembangan individu murid