Wednesday, May 28, 2008

SELAMAT DATANG GURU PEN KANAN KOKURIKULUM

28 Mei 2008 - En Abdul Khalib bin Abd Hamid melapor diri di SKBR sebagai Guru Penolong Kanan KoKurikulum berkuatkuasa 16 Mei 2008.. Sebelum ini beliau berkhidmat di SMK La Salle, Klang sebelum dipinjamkan ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor Unit KoKurikulum.
SELAMAT DATANG.....

Sunday, May 25, 2008

INFO GURU



24 Mei 2008 - Cik Lailinda Reduan Perpinder melangsungkan Majlis Pertunangan. Majlis Pernikahan akan diadakan pada 23 Ogos 2008 di Kampung Tahang Rimau, Segamat, Johor.

29 Mei 2008 - Cik Fiszura Zainol melangsungkan Majis Akad Nikah/Perkahwinan di Kampung Jelempuk,Arau, Perlis.
Tahniah!

GOTONG-ROYONG ANJURAN PIBG








24 Mei 2008 - Gotong-royong anjuran PIBG kurang mendapat sambutan daripada pihak ibu bapa penjaga. Bagaimanapun En Paizal (Ketua Biro 3K) mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama memberikan sumbangan tenaga menjayakan gotong-royong ini.
TERIMA KASIH
Data kehadiran- 15 orang ibu/bapa termasuk AJK PIBG
AJK YANG HADIR
Pn Rasyidah (NYDP)
En Noor Paizal(KETUA BIRO 3K)
En Anil Nair
Pn Janice
En Megat
En Jafri
En Mior
Nota: En Jazlan berada di Johor -perjumpaan ibu bapa dgn pihak sekolah anak beliau.
Gambar sumbangan En Noor Paizal(PIBG)


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2007











22 Mei 2008 - Tiga orang guru SKBR menerima APC di Hotel Goldcourse, Klang. Tahniah kepada guru-guru ini.

Thursday, May 22, 2008

SELAMAT BERCUTI

Teruskan dengan aktiviti NILAM Bersama Keluarga 2008 (Tahun Keempat)

Pengawas Pusat Sumber yang dapat hadir pada cuti sekolah ini, sila maklumkan terlebih dahulu.

Perpustakaan akan dibuka pada 26 Mei hingga 30 Mei 2008. Waktu operasi mulai 8.30pagi hingga 1.30 tengah hari./12.30 (Jumaat)

SURAT PROJEK CINTAI ILMU

SURAT AKAN DIEDARKAN KEPADA MURID-MURID HARI INI 22 MEI 2008
RUJUK SURAT INI JIKA ANAK TUAN/PUAN TIDAK MENDAPAT SURAT

Ibu bapa / Penjaga Murid,
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau

Melalui:
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Tuan/Puan

PROJEK CINTAI ILMU: SATU PELAJAR SATU BUKU
ANJURAN PIBG UNTUK PUSAT SUMBER SEK. KEB. BUKIT RIMAU

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG yang lepas, telah bersetuju untuk mengadakan satu projek bagi membantu pihak Pusat Sumber SKBR dalam memperbanyakkan koleksi buku mereka. Bilangan buku yang terdapat di pusat sumber mengikut data Disember 2007 ialah sebanyak 2535 buah sahaja berbanding jumlah pelajar sebanyak 977 orang. Dengan ini pihak PIBG berharap dengan Projek Cintai Ilmu: Satu Pelajar Satu Buku, kita akan sama-sama dapat membantu menambah bilangan buku.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan agar setiap pelajar dapat menyumbangkan sebuah buku yang baru yang bersesuaian di peringkat sekolah rendah.

4. Tuan/puan boleh memilih sama ada untuk menyumbang buku:
i. Fiksyen Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris

atau

ii. Bukan Fiksyen dari bidang:
a. Kesenian/kraf tangan/permainan/muzik
b. Sains seperti: Alam Haiwan, Alam Tumbuhan, Alam Angkasa(amat diperlukan)



5. Tuan/puan diminta dapat menuliskan nama pelajar, kelas dan tarikh di kulit belakang( belah dalam) buku tersebut.

6. Pelajar dikehendaki menyerahkan buku tersebut kepada guru kelas masing-masing mulai 9 Jun 2008 hingga 9 Jun 2008.

Kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan diharapkan usaha murni ini akan menyemarakkan minat membaca dalam kalangan anak-anak kita.

Sekian, terima kasih.




Saya yang menjalankan tugas,



JAZLAN BIN ABDUL JALIL
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau

Monday, May 19, 2008

NILAM KIAN BERSINAR

'NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

MATLAMAT

Membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar sepanjang hayat.

OBJEKTIF

  • Dapat menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar
  • Dapat memperbanyak bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan pelajar
  • Dapat memupuk persaingan dalam konteks membaca bagi mencapai kecemerlangan
  • Dapat mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM SKBR

Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:

  • Jauhari
  • Rakan Pembaca

TAHAP JAUHARI

Program membaca ini dijalankan pada dua peringkat persekolahan.

Bagi sekolah rendah:

Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (pertengahan tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:

Jumlah buku dibaca

90-179 GANGSA
180-269 PERAK
270-359 EMAS
360 dan ke atas NILAM

TAHAP RAKAN PEMBACA

A.Ciri-ciri Rakan Pembaca:

  • Pelajar yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan layak di pilih ke tahap ini.
  • Pelajar pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti
  • Pelajar juga dilatih untuk menjalankan pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti: aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.

Jadual Sistem Ganjaran RP
MARKAH PENGIKTIRAFAN
100-299 GANGSA
200-299 PERAK
300-399 EMAS
400 ke atas NILAM

PELAKSANAAN KERJA PSS SKBR

KE ARAH KECEMERLANGAN NILAM

  • Mesyuarat Jawatankuasa Nilam sekolah
  • Taklimat Pelaksanaan Projek Nilam Kian Bersinar kepada Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Taklimat kepada para pelajar mengenai Pelaksanaan Projek Nilam Kian Bersinar.
  • Bengkel RP
  • Projek Nilam peringkat sekolah
  • Program NILAM Bersama Keluarga sebagai penyokong Projek Nilam Kian Bersinar
  • Menganjurkan aktiviti ke arah menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar
  • Bancian pada bulan Mei dan Oktober
  • Penganugerahan

PELANCARAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2008

ANJURAN PSS SKBR

  • Dirasmikan oleh: Tn Hj Nor Azmi Rahmat, Guru Besar SKBR pada 28 Januari seterusnya menganugerahkan lencana Tahap Jauhari Gangsa, Perak, Emas dan Nilam kepada murid yang layak berdasarkan data kumulatif sehingga Disember 2007.
Dapatkan info NILAM emel kepada: pusatsumber07@yahoo.com

PERANAN JAWATANKUASA NILAM/RAKAN PEMBACA

Guru Besar
• Memahami Program.
• Memberi taklimat kepada guru
• Seliaan, perjumpaan dengan guru dan temu bual dengan waris atau murid.
• Penggerak kejayaan program
• Mengatasi masaalah dan kelemahan program.

Ibu Bapa
• Menggalakkan anak-anak membaca di rumah
• Membaca bersama-sama anak-anak
• Menyediakan bahan bacaan di rumah
• Membuat pinjaman buku di mana-mana sumber.
• Mengesah dan menandatangani rekod bacaan.


Wakil PIBG

Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa NILAM.

Menjadi pengantara untuk menyampaikan idea melalui aktiviti-aktiviti berikut :

Ibu bapa membimbing dan menggalak anak-anak membaca di rumah.

Menyediakan bahan bacaan bersesuaian di rumah.

Menggalakkan anak-anak membuat pinjaman bahan bacaan dari sumber lain (Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa, Perpustakaan Bergerak dan sebagainya).

Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan merekodkan bacaan.

Berusaha membantu pihak sekolah menjayakan program ini melalui sumbangan kewangan.

Agen kepada penglibatan institusi-institusi lain dalam menjayakan program ini.

BENGKEL PENULISAN KREATIF









7 MEI 2008 - Bengkel Penulisan Kreatif (Puisi) anjuran Pusat Sumber bersama Kelab Perpustakaan Sekolah telah diadakan di Pusat Sumber. En Ahmad Sarju telah diundang untuk mengendalikan bengkel ini. Ucapan terima kasih kepada beliau serta AJK Kelab Perpustakaan yang menjadi urus setia.
Pn Norlaila Hj Alias
Pn Hjh Laila Mohamed Salleh
Pn Azalina Awal
En Asrulnizan Mohamad(membantu)
Turut hadir
Pn Siti Rusilawati Yusof

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-4







4 MEI 2008 - Kejohanan Sukan Tahunan SKBR telah diadakan buat kali kedua di Stadium Matsushita, Shah Alam. Johan bagi kali ini disandang oleh Rumah Kuning. Olahragawan pula dianugerahkan kepada Azri Imran Hj Hussin. Olahragawati pula, Farah Sabrina Amrul Halim Gan. Tahniah diucapkan.



SUKANEKA & ACARA PADANG







30 APR 2008- Acara Sukaneka dan Padang telah berlangsung di padang SKBR.



POLISI 1- PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

KESELAMATAN PERGI-BALIK SEKOLAH Justify Full
Definasi :-
Pelajar-pelajar sentiasa berada di dalam keadaan selamat di dalam
perjalanan pergi dan balik sekolah.
Objektif :-
1. Menghindari pelajar yang melibatkan murid semasa pergi dan balik sekolah.
2. Mendisiplinkan pelajar-pelajar melalui peraturan jalan raya.
3. Mengambil tindakan yang wajar terhadap sebarang kemalangan yang berlaku berdasarkan undang-undang yang sedia ada.
4. Menghindari ganguan daripada orang-orang yang tidak bertanggungjawab di dalam perjalanan.

Peranan Pelajar :-
1. Sentiasa berhemah semasa menggunakan jalan raya.
2. Sentiasa membawa lesen memandu semasa memandu kenderaan ke
sekolah.
3. Memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik dan sempurna.
4. Hendaklah menuju terus ke sekolah tanpa mengyinggah di tempat lain.

Peranan Ibu Bapa :-
1. Sentiasa mengingatkan anak-anak tentang pentingnya menjaga keselamatan diri ketika pergi dan balik sekolah.
2. Mengingatkan anak-anak sentiasa berhemah semasa menggunakan jalan raya.
3. Mengingatkan anak-anak supaya menggunakan jalan raya.
4. Mengingatkan anak-anak supaya menggunakan laluan selamat.
5. Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak dikenali.
6. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan program
keselamatan jalan raya.
7. Hanya ibu bapa / penjaga yang sah sahaja dibenarkan membawa keluar
pelajar waktu persekolahan.

Peranan Guru :-
1. Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas.
2. Memasukkan unsur-unsur keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Memastikan pelajar-pelajar yang memandu kenderaan sendiri mempunyai lesen memandu.
4. Menyediakan tempat letak kereta yang selamat.
5. Menggalakkan pelajar-pelajar melaporkan kes-kes yang berkaitan dengan keselamatan dan merekodkan semua kes keselamatan.

Program Pemantapan Keselamatan Pergi-Balik Sekolah :-
A. Kempen keselamatan jalan raya.
B. Sudut ‘Panduan Keselamatan’.
C. Pemeriksaan lesen dan kenderaan.
D. Program Pencegahan ‘Gangsterism’.


Peranan komuniti dan tatacara apabila berlaku kemalangan di luar kawasan sekolah :-
1. Memberi teguran kepada pelajar-pelajar jika mereka berinteraksi dengan orang yang mencurigakan.
2. Memberi rawatan kecemasan jika berlaku kemalangan.
3. Sekiranya serius minta bantuan orang yang berdekatan atau ambulan untuk menghantar ke hospital.
4. Dapatkan maklumat ibu bapa.
5. Dapatkan laporan hospital dan polis untuk diserahkan kepada pihak sekolah bagi urusan tuntutan insuran.

Friday, May 2, 2008

BENGKEL NILAM RAKAN PEMBACA PERINGKAT SEKOLAH




19 April 2008 - Program Nilam Tahap Rakan Pembaca peringkat sekolah telah dilaksanakan buat kali pertama di SKBR. Penceramah yang diundang ialah Pn Semaryati Kiman, Pegawai Teknologi Pendidikan Kuala Kubu Bharu. Seramai 95 orang murid telah terpilih menyertai bengkel ini. Semua guru SKBR terlibat sebagai fasilitator.