Thursday, September 13, 2018

PERMOHONAN KE MRSM


Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Buat pengetahuan ibubapa yang mempunyai anak-anak tahun 6..

Laman sesawang (Website) untuk permohonan ke *Sekolah Berasrama Penuh (SBP)* akan dibuka pada *27 Ogos sehingga 30 September 2018*...

*Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)* akan diadakan pada *15 sehingga 18 Oktober* di pusat2 ujian yang dipilih.

Keputusan utk lokasi untuk Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan diumumkan pada *5 Oktober 2018.*

Boleh buat pendaftaran di laman sesawang berikut:

https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm

Maklumat ini dikemaskini pada jam 11:36pg / 25 Ogos 2018

Sekian, Terima Kasih

#makluman awal tentang permohonan ke SBP 2019

JADUAL PERSEKOLAHAN SEPANJANG UPSR


Friday, August 17, 2018

Info Kelas Tambahan

*Info Kelas Tambahan*

Dilaksanakan pada:
Tarikh: 31 Ogos 2018 (Jumaat)
Masa: 8.00 pg- 12.30 thari
Tempat: Sk Bukit Rimau
Sasaran: murid tahun 4,5,6 yang mengikuti kelas tambahan

Terima kasih.

Teknik Menjawab Soalan Sains Tahun 6

8.30-10pagi
10-10.20(rehat)
10.20-12.05tghari



Friday, July 27, 2018

INFO GURU





MAKLUMAN KEPADA GURU

Assalam & Selamat sejahtera semua
Untuk makluman dan tindakan semua guru.
Minggu hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau akan menjadi tuan rumah program Out Reach LINUS 2.0 Daerah spt ketetapan berikut:

Tarikh : 30 & 31 Julai 2018
1/2/3 Ogos 2018

( Isnin hingga Jumaat)

Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Kehadiran : 140 murid bersama penjaga.
68 orang guru pemulihan.
Pasukan JKM,
Doktor,
PK3 & PPD.

Tempat : Bilik Wawasan,
Bilik kesihatan,
Bilik Seminar
Bilik Pemulihan.

Pdpc berjalan seperti biasa.
Terima kasih.

GURU BESAR
Pn Fauzanah Sharif

SEKOLAH GANTI SEMPENA PILIHANRAYA


Monday, July 16, 2018

Gerak Gempur 2

Info Program Tahun 6


Gerak Gempur 2


Isnin, 16 Julai 2018Matematik(K2) :8:20-9:20 Bahasa Melayu (Penulisan)10:00- 11:15


Selasa, 17 Julai 2018Sains(K2) : (8:00-9:00)Bahasa Inggeris (Penulisan)10:00-11:15

Wednesday, July 11, 2018

Gerak Gempur 1

:
*Perkongsian Info Program T6*

Gerak Gempur 1

*Selasa, 10 julai*
BM kertas 1 (8:00-9:15)
Matematik kertas 1(10:00- 11:00)

*Rabu, 11 julai*
BI kertas 1(8:00-9:15)
SN kertas 1(10:00-11:00)
Ujian Psikometrik (11.15- 12.00)

*Ujian Psikometrik*

-Salah satu komponen dlm KSSR untuk menilai minat, kecenderungan, potensi dan sikap.
- Instrumen untuk pemilihan murid ke SBP, sekolah sukan, sekolah seni, sekolah aliran agama.
- Slip akan diberi bersama slip PPSR dan PAJSK semasa hari pengumuman PPSR.

PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU-GURU-HARI INTERAKSI


CONTOH MINIT CURAI


Tuesday, July 3, 2018

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH


TARIKH: 6 JULAI 2018 (JUMAAT)
MASA: Mengikut masa persekolahan
SASARAN: Semua murid Sk Bukit Rimau
PAKAIAN:
- Sopan
- Bertemakan Hari Raya/ Kebangsaan
- Berkasut sekolah
- Jeans tidak dibenarkan

Terima kasih.


*Surat makluman dilampirkan



Friday, February 9, 2018

IBU BAPA DISARAN MENGHANTAR ANAK LEBIH AWAL UNTUK MENGELAKKAN KESESAKAN LALU LINTAS DI LALUAN MENGHALA KE SEKOLAH.

BENGKEL DAN TAKLIMAT PENYELARASAN UNIT BAHASA INGGERIS DAN PENGURUSAN PERTANDINGAN KO AKADEMIK BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH DAERAH KLANG 2018.

TARIKH : 13 FEBRUARI 2018
MASA : 8.00-4.00
TEMPAT: BILIK MESYUARAT SK BUKIT RIMAU

NOTA:
93 BUAH SEKOLAH AKAN HADIR KE SK BUKIT RIMAU.

IBU BAPA DISARAN MENGHANTAR ANAK LEBIH AWAL UNTUK MENGELAKKAN KESESAKAN LALU LINTAS DI LALUAN MENGHALA KE SEKOLAH.

SELURUH KAWASAN TAMAN SAKU DAN SEPANJANG JALAN DI LUAR SEKOLAH MERUPAKAN KAWASAN PARKIR TETAMU.

Sunday, January 28, 2018


TAHNIAH, AJK PIBG 2018/2019


UJIAN SARINGAN PERTAMA DALAM TALIAN UKM1 TAHUN 2018

Assalamualaikum wbrt dan selamat sejahtera..

UJIAN SARINGAN PERTAMA DALAM TALIAN UKM1 TAHUN 2018

Dimaklumkan bahawa Ujian Saringan UKM1 bagi tahun 2018 akan bermula dari 01 Februari dan akan berakhir pada 31 Mei 2018. Ujian ini merupakan saringan pertama untuk mencari murid pintar dan berbakat bagi menyertai program-program berikut:

1. Murid beragama Islam berusia 8 tahun - 11 tahun (Tahun 2 - Tahun 5 pada tahun 2018) untuk Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM, Universiti Sains Islam Malaysia (PPCS@USIM Disember 2018).

2. Murid beragama Islam berusia 11-12 tahun (Tahun 5 & 6 pada tahun 2018) untuk Program Muhayyam Al Abrar Kolej PERMATA Insan bagi pemilihan ke Kolej PERMATA Insan Ambilan Tahun 2019.

3. Murid pelbagai agama berusia 9-15 tahun Tahun 3 hingga Tingkatan 3 pada tahun 2018 untuk program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM Universiti Kebangsaan Malaysia (PPCS@UKM Disember 2018).

4. Murid berusia 11-15 tahun (Tahun 5 hingga Tingkatan 3 pada tahun 2018) untuk kemasukan ke Kolej PERMATApintar UKM ambilan tahun 2019.

Ujian tersebut terbuka kepada semua murid berusia 8 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman sesawang http://ukm1.permatapintar.edu.my. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi daripada laman sesawang tersebut.
Sekian, terima kasih.

Mesyuarat Agung PIBG

Monday, January 22, 2018

UJIAN SARINGAN UKM1 SUDAH BERMULA!

UJIAN SARINGAN UKM1 SUDAH BERMULA!

Makluman kepada Pelajar/ Ibu Bapa dan Penjaga, Ujian Saringan pertama UKM1 dibuka mulai hari ini 10 Januari sehingga 31 Mei 2018. Sebarkan berita ini kepada rakan-rakan anda.

Pelajar boleh mendaftar dan mengambil ujian di link: http://ukm1.permatapintar.edu.my.

Sebarang pertanyaan sila kemukakan dan boleh e-mel di permatapintar@ukm.edu.my.

UKSBP FASA 2


Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Fasa 2 Tahun 2018

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Fasa 2 Tahun 2018

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Fasa 2 Tahun 2018 untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) (Rayuan) Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM akan dilaksanakan pada 23 dan 24 Januari 2018 bagi calon yang belum menduduki ujian tersebut. Semakan dalam talian Pusat Ujian akan dibuka mulai 20 Januari 2018 hingga 24 Januari 2018. Sila layari laman sesawang KPM di http://www.moe.gov.my untuk keterangan Ianjut.