Thursday, May 22, 2008

SURAT PROJEK CINTAI ILMU

SURAT AKAN DIEDARKAN KEPADA MURID-MURID HARI INI 22 MEI 2008
RUJUK SURAT INI JIKA ANAK TUAN/PUAN TIDAK MENDAPAT SURAT

Ibu bapa / Penjaga Murid,
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau

Melalui:
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Tuan/Puan

PROJEK CINTAI ILMU: SATU PELAJAR SATU BUKU
ANJURAN PIBG UNTUK PUSAT SUMBER SEK. KEB. BUKIT RIMAU

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG yang lepas, telah bersetuju untuk mengadakan satu projek bagi membantu pihak Pusat Sumber SKBR dalam memperbanyakkan koleksi buku mereka. Bilangan buku yang terdapat di pusat sumber mengikut data Disember 2007 ialah sebanyak 2535 buah sahaja berbanding jumlah pelajar sebanyak 977 orang. Dengan ini pihak PIBG berharap dengan Projek Cintai Ilmu: Satu Pelajar Satu Buku, kita akan sama-sama dapat membantu menambah bilangan buku.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan agar setiap pelajar dapat menyumbangkan sebuah buku yang baru yang bersesuaian di peringkat sekolah rendah.

4. Tuan/puan boleh memilih sama ada untuk menyumbang buku:
i. Fiksyen Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris

atau

ii. Bukan Fiksyen dari bidang:
a. Kesenian/kraf tangan/permainan/muzik
b. Sains seperti: Alam Haiwan, Alam Tumbuhan, Alam Angkasa(amat diperlukan)



5. Tuan/puan diminta dapat menuliskan nama pelajar, kelas dan tarikh di kulit belakang( belah dalam) buku tersebut.

6. Pelajar dikehendaki menyerahkan buku tersebut kepada guru kelas masing-masing mulai 9 Jun 2008 hingga 9 Jun 2008.

Kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan diharapkan usaha murni ini akan menyemarakkan minat membaca dalam kalangan anak-anak kita.

Sekian, terima kasih.




Saya yang menjalankan tugas,



JAZLAN BIN ABDUL JALIL
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau

No comments: