Monday, May 19, 2008

NILAM KIAN BERSINAR

'NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

MATLAMAT

Membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar sepanjang hayat.

OBJEKTIF

  • Dapat menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar
  • Dapat memperbanyak bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan pelajar
  • Dapat memupuk persaingan dalam konteks membaca bagi mencapai kecemerlangan
  • Dapat mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM SKBR

Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:

  • Jauhari
  • Rakan Pembaca

TAHAP JAUHARI

Program membaca ini dijalankan pada dua peringkat persekolahan.

Bagi sekolah rendah:

Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (pertengahan tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:

Jumlah buku dibaca

90-179 GANGSA
180-269 PERAK
270-359 EMAS
360 dan ke atas NILAM

TAHAP RAKAN PEMBACA

A.Ciri-ciri Rakan Pembaca:

  • Pelajar yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan layak di pilih ke tahap ini.
  • Pelajar pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti
  • Pelajar juga dilatih untuk menjalankan pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti: aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.

Jadual Sistem Ganjaran RP
MARKAH PENGIKTIRAFAN
100-299 GANGSA
200-299 PERAK
300-399 EMAS
400 ke atas NILAM

PELAKSANAAN KERJA PSS SKBR

KE ARAH KECEMERLANGAN NILAM

  • Mesyuarat Jawatankuasa Nilam sekolah
  • Taklimat Pelaksanaan Projek Nilam Kian Bersinar kepada Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Taklimat kepada para pelajar mengenai Pelaksanaan Projek Nilam Kian Bersinar.
  • Bengkel RP
  • Projek Nilam peringkat sekolah
  • Program NILAM Bersama Keluarga sebagai penyokong Projek Nilam Kian Bersinar
  • Menganjurkan aktiviti ke arah menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar
  • Bancian pada bulan Mei dan Oktober
  • Penganugerahan

PELANCARAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2008

ANJURAN PSS SKBR

  • Dirasmikan oleh: Tn Hj Nor Azmi Rahmat, Guru Besar SKBR pada 28 Januari seterusnya menganugerahkan lencana Tahap Jauhari Gangsa, Perak, Emas dan Nilam kepada murid yang layak berdasarkan data kumulatif sehingga Disember 2007.
Dapatkan info NILAM emel kepada: pusatsumber07@yahoo.com

2 comments:

SKSD said...

tahniah.....tkpelh puan...taknaklah lagi menyibuk2...puan buat untuk kurikulum je...saya pun sedang buat untk kokurikulum...malu plak rasenya nk cbuk2 kat blog PSS.

Buletin Pusat Sumber said...

Bukan bermaksud begitu. Saya boleh buat tapi info tak dapat drp unit kokurikulum.Jadi rajin-rajin emel saya hantar info. ok....ok la tu!