Monday, May 19, 2008

POLISI 1- PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

KESELAMATAN PERGI-BALIK SEKOLAH Justify Full
Definasi :-
Pelajar-pelajar sentiasa berada di dalam keadaan selamat di dalam
perjalanan pergi dan balik sekolah.
Objektif :-
1. Menghindari pelajar yang melibatkan murid semasa pergi dan balik sekolah.
2. Mendisiplinkan pelajar-pelajar melalui peraturan jalan raya.
3. Mengambil tindakan yang wajar terhadap sebarang kemalangan yang berlaku berdasarkan undang-undang yang sedia ada.
4. Menghindari ganguan daripada orang-orang yang tidak bertanggungjawab di dalam perjalanan.

Peranan Pelajar :-
1. Sentiasa berhemah semasa menggunakan jalan raya.
2. Sentiasa membawa lesen memandu semasa memandu kenderaan ke
sekolah.
3. Memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik dan sempurna.
4. Hendaklah menuju terus ke sekolah tanpa mengyinggah di tempat lain.

Peranan Ibu Bapa :-
1. Sentiasa mengingatkan anak-anak tentang pentingnya menjaga keselamatan diri ketika pergi dan balik sekolah.
2. Mengingatkan anak-anak sentiasa berhemah semasa menggunakan jalan raya.
3. Mengingatkan anak-anak supaya menggunakan jalan raya.
4. Mengingatkan anak-anak supaya menggunakan laluan selamat.
5. Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak dikenali.
6. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan program
keselamatan jalan raya.
7. Hanya ibu bapa / penjaga yang sah sahaja dibenarkan membawa keluar
pelajar waktu persekolahan.

Peranan Guru :-
1. Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas.
2. Memasukkan unsur-unsur keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Memastikan pelajar-pelajar yang memandu kenderaan sendiri mempunyai lesen memandu.
4. Menyediakan tempat letak kereta yang selamat.
5. Menggalakkan pelajar-pelajar melaporkan kes-kes yang berkaitan dengan keselamatan dan merekodkan semua kes keselamatan.

Program Pemantapan Keselamatan Pergi-Balik Sekolah :-
A. Kempen keselamatan jalan raya.
B. Sudut ‘Panduan Keselamatan’.
C. Pemeriksaan lesen dan kenderaan.
D. Program Pencegahan ‘Gangsterism’.


Peranan komuniti dan tatacara apabila berlaku kemalangan di luar kawasan sekolah :-
1. Memberi teguran kepada pelajar-pelajar jika mereka berinteraksi dengan orang yang mencurigakan.
2. Memberi rawatan kecemasan jika berlaku kemalangan.
3. Sekiranya serius minta bantuan orang yang berdekatan atau ambulan untuk menghantar ke hospital.
4. Dapatkan maklumat ibu bapa.
5. Dapatkan laporan hospital dan polis untuk diserahkan kepada pihak sekolah bagi urusan tuntutan insuran.

No comments: