Wednesday, May 28, 2008
SELAMAT DATANG GURU PEN KANAN KOKURIKULUM
Sunday, May 25, 2008
GOTONG-ROYONG ANJURAN PIBG
24 Mei 2008 - Gotong-royong anjuran PIBG kurang mendapat sambutan daripada pihak ibu bapa penjaga. Bagaimanapun En Paizal (Ketua Biro 3K) mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama memberikan sumbangan tenaga menjayakan gotong-royong ini.
Gambar sumbangan En Noor Paizal(PIBG)
Thursday, May 22, 2008
SELAMAT BERCUTI
Pengawas Pusat Sumber yang dapat hadir pada cuti sekolah ini, sila maklumkan terlebih dahulu.
Perpustakaan akan dibuka pada 26 Mei hingga 30 Mei 2008. Waktu operasi mulai 8.30pagi hingga 1.30 tengah hari./12.30 (Jumaat)
SURAT PROJEK CINTAI ILMU
RUJUK SURAT INI JIKA ANAK TUAN/PUAN TIDAK MENDAPAT SURAT
Ibu bapa / Penjaga Murid,
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau
Melalui:
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Tuan/Puan
PROJEK CINTAI ILMU: SATU PELAJAR SATU BUKU
ANJURAN PIBG UNTUK PUSAT SUMBER SEK. KEB. BUKIT RIMAU
Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.
2. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG yang lepas, telah bersetuju untuk mengadakan satu projek bagi membantu pihak Pusat Sumber SKBR dalam memperbanyakkan koleksi buku mereka. Bilangan buku yang terdapat di pusat sumber mengikut data Disember 2007 ialah sebanyak 2535 buah sahaja berbanding jumlah pelajar sebanyak 977 orang. Dengan ini pihak PIBG berharap dengan Projek Cintai Ilmu: Satu Pelajar Satu Buku, kita akan sama-sama dapat membantu menambah bilangan buku.
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan agar setiap pelajar dapat menyumbangkan sebuah buku yang baru yang bersesuaian di peringkat sekolah rendah.
4. Tuan/puan boleh memilih sama ada untuk menyumbang buku:
i. Fiksyen Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris
atau
ii. Bukan Fiksyen dari bidang:
a. Kesenian/kraf tangan/permainan/muzik
b. Sains seperti: Alam Haiwan, Alam Tumbuhan, Alam Angkasa(amat diperlukan)
5. Tuan/puan diminta dapat menuliskan nama pelajar, kelas dan tarikh di kulit belakang( belah dalam) buku tersebut.
6. Pelajar dikehendaki menyerahkan buku tersebut kepada guru kelas masing-masing mulai 9 Jun 2008 hingga 9 Jun 2008.
Kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan diharapkan usaha murni ini akan menyemarakkan minat membaca dalam kalangan anak-anak kita.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
JAZLAN BIN ABDUL JALIL
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau
Monday, May 19, 2008
NILAM KIAN BERSINAR
'NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.
Membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar sepanjang hayat.
- Dapat menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar
- Dapat memperbanyak bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan pelajar
- Dapat memupuk persaingan dalam konteks membaca bagi mencapai kecemerlangan
- Dapat mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela
TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM SKBR
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
- Jauhari
- Rakan Pembaca
TAHAP JAUHARI
Program membaca ini dijalankan pada dua peringkat persekolahan.
Bagi sekolah rendah:
Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (pertengahan tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:
Jumlah buku dibaca | ||||||||
|
TAHAP RAKAN PEMBACA
A.Ciri-ciri Rakan Pembaca:
- Pelajar yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan layak di pilih ke tahap ini.
- Pelajar pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru untuk turut serta di tempat-tempat aktiviti
- Pelajar juga dilatih untuk menjalankan pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti: aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut ramai pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.
Jadual Sistem Ganjaran RP | ||||||||||
|
PELAKSANAAN KERJA PSS SKBR
KE ARAH KECEMERLANGAN NILAM
- Mesyuarat Jawatankuasa Nilam sekolah
- Taklimat Pelaksanaan Projek Nilam Kian Bersinar kepada Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Taklimat kepada para pelajar mengenai Pelaksanaan Projek Nilam Kian Bersinar.
- Bengkel RP
- Projek Nilam peringkat sekolah
- Program NILAM Bersama Keluarga sebagai penyokong Projek Nilam Kian Bersinar
- Menganjurkan aktiviti ke arah menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar
- Bancian pada bulan Mei dan Oktober
- Penganugerahan
PELANCARAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2008
ANJURAN PSS SKBR
- Dirasmikan oleh: Tn Hj Nor Azmi Rahmat, Guru Besar SKBR pada 28 Januari seterusnya menganugerahkan lencana Tahap Jauhari Gangsa, Perak, Emas dan Nilam kepada murid yang layak berdasarkan data kumulatif sehingga Disember 2007.
PERANAN JAWATANKUASA NILAM/RAKAN PEMBACA
• Memahami Program.
• Memberi taklimat kepada guru
• Seliaan, perjumpaan dengan guru dan temu bual dengan waris atau murid.
• Penggerak kejayaan program
• Mengatasi masaalah dan kelemahan program.
Ibu Bapa
• Menggalakkan anak-anak membaca di rumah
• Membaca bersama-sama anak-anak
• Menyediakan bahan bacaan di rumah
• Membuat pinjaman buku di mana-mana sumber.
• Mengesah dan menandatangani rekod bacaan.
Wakil PIBG
• Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa NILAM.
• Menjadi pengantara untuk menyampaikan idea melalui aktiviti-aktiviti berikut :
• Ibu bapa membimbing dan menggalak anak-anak membaca di rumah.
• Menyediakan bahan bacaan bersesuaian di rumah.
• Menggalakkan anak-anak membuat pinjaman bahan bacaan dari sumber lain (Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa, Perpustakaan Bergerak dan sebagainya).
• Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan merekodkan bacaan.
• Berusaha membantu pihak sekolah menjayakan program ini melalui sumbangan kewangan.
• Agen kepada penglibatan institusi-institusi lain dalam menjayakan program ini.
BENGKEL PENULISAN KREATIF
Pn Norlaila Hj Alias
Pn Hjh Laila Mohamed Salleh
Pn Azalina Awal
En Asrulnizan Mohamad(membantu)
POLISI 1- PROGRAM SEKOLAH SELAMAT
Definasi :-
Pelajar-pelajar sentiasa berada di dalam keadaan selamat di dalam
Objektif :-
1. Menghindari pelajar yang melibatkan murid semasa pergi dan balik sekolah.
2. Mendisiplinkan pelajar-pelajar melalui peraturan jalan raya.
3. Mengambil tindakan yang wajar terhadap sebarang kemalangan yang berlaku berdasarkan undang-undang yang sedia ada.
4. Menghindari ganguan daripada orang-orang yang tidak bertanggungjawab di dalam perjalanan.
Peranan Pelajar :-
1. Sentiasa berhemah semasa menggunakan jalan raya.
2. Sentiasa membawa lesen memandu semasa memandu kenderaan ke sekolah.
3. Memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik dan sempurna.
4. Hendaklah menuju terus ke sekolah tanpa mengyinggah di tempat lain.
Peranan Ibu Bapa :-
1. Sentiasa mengingatkan anak-anak tentang pentingnya menjaga keselamatan diri ketika pergi dan balik sekolah.
2. Mengingatkan anak-anak sentiasa berhemah semasa menggunakan jalan raya.
3. Mengingatkan anak-anak supaya menggunakan jalan raya.
4. Mengingatkan anak-anak supaya menggunakan laluan selamat.
5. Menasihati anak-anak supaya tidak berinteraksi atau mengikut orang yang tidak dikenali.
6. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan program
7. Hanya ibu bapa / penjaga yang sah sahaja dibenarkan membawa keluar
Peranan Guru :-
1. Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas.
2. Memasukkan unsur-unsur keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Memastikan pelajar-pelajar yang memandu kenderaan sendiri mempunyai lesen memandu.
4. Menyediakan tempat letak kereta yang selamat.
5. Menggalakkan pelajar-pelajar melaporkan kes-kes yang berkaitan dengan keselamatan dan merekodkan semua kes keselamatan.
Program Pemantapan Keselamatan Pergi-Balik Sekolah :-
A. Kempen keselamatan jalan raya.
B. Sudut ‘Panduan Keselamatan’.
C. Pemeriksaan lesen dan kenderaan.
D. Program Pencegahan ‘Gangsterism’.
Peranan komuniti dan tatacara apabila berlaku kemalangan di luar kawasan sekolah :-
1. Memberi teguran kepada pelajar-pelajar jika mereka berinteraksi dengan orang yang mencurigakan.
2. Memberi rawatan kecemasan jika berlaku kemalangan.
3. Sekiranya serius minta bantuan orang yang berdekatan atau ambulan untuk menghantar ke hospital.
4. Dapatkan maklumat ibu bapa.
5. Dapatkan laporan hospital dan polis untuk diserahkan kepada pihak sekolah bagi urusan tuntutan insuran.
Friday, May 2, 2008
BENGKEL NILAM RAKAN PEMBACA PERINGKAT SEKOLAH
19 April 2008 - Program Nilam Tahap Rakan Pembaca peringkat sekolah telah dilaksanakan buat kali pertama di SKBR. Penceramah yang diundang ialah Pn Semaryati Kiman, Pegawai Teknologi Pendidikan Kuala Kubu Bharu. Seramai 95 orang murid telah terpilih menyertai bengkel ini. Semua guru SKBR terlibat sebagai fasilitator.