Friday, February 17, 2012

USUL BERTULIS & JAWAPAN USUL


USUL DAN JAWAPAN

PENTADBIRAN


Mesyuarat Agung / Perjumpaan ibu bapa
- diadakan pada hari Ahad kerana ada pekerja swasta bekerja pada hari Sabtu
Jawapan
Mesy Agung PIBG ke 6 telah diadakan pada hari Ahad namun kehadiran ibu bapa tidak menggalakkan

- perjumpaan ibu bapa diadakan semasa cuti/ kelepasan Am
- perlukan salinan minit mesyuarat Agung tahun lepas kerana tidak dapat hadir
- edaran minit mesyuarat Agung kepada ibu bapa
- Harapkan mesyuarat lancar dan mengharapkan tidak lama semasa penelitian minit dan sesi pelantikan Ajk. Lebih ditumpukan untuk cadangan dan komen tentang persekolahan anak- anak.
- mohon edaran surat program yang memerlukan kehadiran ibu bapa diberi awal untuk memudahkan permohonan cuti
Jawapan
- akan dipertimbangkan
- sila muat turun di http://pusatsumberskbr.blogspot.com/
- insyaAllah dengan kerjasama semua yang hadir
- akan diusahakan untuk kemudahan semua

Kedai Buku
- baiki perkhidmatan kerana sering kehabisan stok
Jawapan

- telah diambil tindakan oleh Guru Besar.

KURIKULUM

Jadual Waktu
- rehat sesi petang singkat dan perlu lebih masa untuk solat Zohor dan dicadangkan agar solat pada masa Pend. Islam
- Kelas Tasmik dimasukkan dalam jadual persekolahan
- diseragamkan dan dicepatkan waktu balik
-kelas tasmik bagi pelajar sesi petang dianjakkan kerana pelajar pulang dari sekolah agama pada 11 pagi
Jawapan
- jumlah jam waktu pembelajaran adalah tertakluk kepada arahan Kementerian Pelajaran Malaysia

Buku Teks
- diikat semasa edaran kepada pelajar
- sering dapat buku yang rosak
Jawapan
- akan dipertimbangkan
- buku terhad dan buku digunakan secara bergilir.
-inisiatif sekolah untuk membaikpulih buku.

Majalah Sekolah
- penerbitan majalah sekolah
Jawapan
- memerlukan sumber kewangan untuk pelaksanaan dan berisiko.
- tidak sesuai di sekolah rendah.


Akademik
- Sekolah & PIBG adakan program intensif untuk peningkatan akademik
- Kelas tambahan kepada pelajar tahun 2,3,4,5
- Adakan kelas Kesenian dan Kebudayaan bagi meningkatkan rasa hormat dan mengenali adat pelbagai kaum
- pertingkatkan bilangan pemberian kerja rumah
- adakan kelas Fardu Ain
- pengajaran Sains & Matematik tahun 4 diajar dalam B. Inggeris kerana anak kurang faham B. Melayu
- kelas tambahan tahun 6 diadakan lebih awal
- Ibu bapa pelajar bukan Islam tidak perlu menandatangani surat rasmi untuk tidak membenarkan anak mempelajari B. Arab

Jawapan

- kelas tahun 6 telah bermula pada bulan Februari. Sambutan sangat menggalakkan.
- akan dipertimbangkan. Pelaksanaan perlu kelulusan Mesyuarat Agung PIBG dan kelulusan PPD
- telah dilaksanakan Kelab Seni dan Kebudayaan dibawah kendalian unit Kokurikulum
- diberikan mengikut keperluan dan kemampuan murid
- pembelajaran dilaksanakan dalam mata pelajaran Pend.Islam dan j-QAF
- dilaksanakan berdasarkan MBMMBI
-murid diberi pilihan untuk belajar dalam BM/BI
- dilaksana bermula 4 Februari
- sebagai prosedur rasmi sekolah

HAL EHWAL MURID
Kantin
- Kualiti dan tahap kebersihan kantin tidak mencapai tahap piawaian
- Pemantauan berkala status halal dan kebersihan
- Menu berkhasiat
- harga makanan mahal
Jawapan
- Telah berbincang dan menegur dalam mesyuarat jawatankuasa kantin sekolah.
- Laporan dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) pada setiap bulan.


Kebajikan Murid
- giliran kedudukan murid di barisan hadapan semasa di kelas
- Dataran perhimpunan belum berbumbung
- Keluarga berpendapatan rendah tidak mampu sediakan buku kerja pada awal tahun
- Mengadakan bumbung di laluan kerusi roda ke kantin
- pemasangan penghawa dingin di dewan Sri Rimau
Jawapan
- akan diambil perhatian oleh guru kelas
- kos tinggi dan dana tidak mencukupi
- dicadangkan untuk membuat permohonan rasmi kepada Biro Kebajikan& Kewangan PIBG
- akan dipertimbangkan
- idea yang baik, sumbangan amat dialu- alukan

Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan
- penyelenggaraan tandas murid agar bersih
- wujudkan klinik pergigian
- kebersihan di hentian bas kurang memuaskan
- kawalan keselamatan diluar pintu masuk semasa kenderaan ambil dan hantar pelajar
- Tambahkan kawasan letak kereta
- pemantauan penjaja di hadapan sekolah semasa datang dan balik
Jawapan
- tandas dicuci 3 kali sehari
- telah ada dalam Program Sek Sihat, pemeriksaan oleh Pej. Kesihatan Daerah pada setiap Julai
- mohon kerjasama ibu bapa untuk pastikan anak tidak membeli makanan ringan dan pemandu van tidak menjual di luar premis sekolah
- mohon kerjasama ibu bapa untuk lebih bertimbang rasa
- Taman Saku tidak digunakan sepenuhnya
- di bawah bidang kuasa MBSA dan laporan telah pun dibuat ke unit penguatkuasaan.
- pentadbir telah mengarahkan seorang pekerja untuk membersihkan kawasan menunggu murid.

KOKURIKULUM

Waktu
- diadakan pada hari Sabtu kerana pelajar bersekolah agama pada hari Rabu
- masa balik terlalu lewat dicadangkan 2.30 – 5.00 petang
Jawapan

- MOU telah dilaksanakan antara KPM/JPS dan JAIS sejak 1995
- arahan pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan oleh KPM

Pakaian
- Tingkatkan kualiti baju PIBG
Jawapan
- terima kasih atas sokongan, kualiti telah dipertingkatkan

No comments: