Thursday, February 16, 2012

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA - GURU KALI KE-7 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RIMAU.

1. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 7 SK. Bukit Rimau.
2. Bilangan/ Tahun : 7 / 2011.
3. Tarikh : 5 MAC 2011 (SABTU)
4. Masa : 8.30 PAGI
5. Tempat : Dewan Sri Rimau, SK. Bukit Rimau.
6. Kehadiran : 229 ibu bapa dan guru


MINIT MESYUARAT

7. CATATAN MESYUARAT.
7.1 Ucapan Yang DiPertua PIBG.
7.1.1 YDP mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa.
7.1.2 YDP mengingatkan semua yang hadir pada mesyuarat ini sebagai tanggungjawab bersama.
7.1.3 Semua hadirin dimaklumkan bahawa wang dana PIBG digunakan dengan sebaik mungkin untuk membantu sekolah bagi meningkatkan pencapaian murid dalam pelbagai bidang dan peningkatan fasiliti.
7.1.4 YDP turut menjelaskan beberapa program yang telah dilaksanakan dan turut dimaklumkan jumlah kutipan bagi program Rimauriaton sebanyak RM44, 747.26.
7.1.5 AJK juga telah mengedarkan panduan keselamatan pergi dan balik murid untuk panduan bersama dan mengalu- alukan cadangan ibu bapa yang boleh disalurkan melalui peti aduan di pondok pengawal.
7.2 Ucapan Guru Besar selaku Penasihat / Ex-Officio.
7.2.1 Guru Besar megucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa yang menunjukkan satu komitmen terhadap program sekolah.
7.2.2 Sekolah merupakan tempat untuk melahirkan murid yang akan menjadi aset negara.
7.2.3 Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa PIBG amat aktif dalam membantu sekolah dan telah bermesyuarat sebanyak 21 kali bagi sesi 2010/11.
7.2.4 Para ibu bapa diingatkan agar perhubungan sekolah dan ibu bapa dijaga dengan baik. Segala masalah harap dapat dirujuk dan diselesaikan dengan berhemah.
7.2.5 Keprihatinan ibu bapa akan membantu meningkatkan pencapaian prestasi pelajar.
7.2.7 Segala info dan perkembangan sekolah boleh dirujuk melalui blog yang disediakan.
7.2.8 Guru Besar mengucapkan sekalung tahniah atas sokongan dan komitmen PIBG kepada sekolah. Beliau turut memaklumkan terdapat cadangan agar barisan AJK dikekalkan untuk tempoh 2 tahun namun pihak PPD memaklumkan bahawa cadangan ini perlu kelulusan Mesyuarat Agung semasa dan mohon pandangan ibu bapa yang hadir pada sesi pemilihan nanti.
7.3 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 6

7.3.1 Setiausaha Kehormat membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

Cadangan pengesahan : En Md Latif b Md Bajuri
Sokongan pengesahan : Pn Mastura bt Jamin

7.4 Pembentangan Laporan Aktiviti
7.4.1 Setiausaha membentangkan laporan dan sumbangan PIBG sesi 2010/11.
7.5 Pembentangan Dan Pengesahan Penyata Kewangan
7.5.1 Bendahari Kehormat membentangkan penyata kewangan sehingga 31 Disember 2010.
7.5.2 Terdapat beberapa pertanyaan untuk penjelasan mesyuarat:
- Mohd Fairus: pendawaian elektrik pada 10 April. YDP menjelaskan bahawa projek ini adalah pemasangan lampu dilaluan masuk pelajar dan ‘spot light’ di hadapan sekolah. Dilaksana atas cadangan ibu bapa pada mesyuarat Agung ke 5.
- Pn Norehan: mohon penjelasan jumlah bayaran saguhati pengawal yang tidak tetap pada setiap bulan. YDP menjelaskan bayaran dibuat sebanyak RM10 sehari mengikut bilangan hari berkerja menyusun kon oleh pengawal tersebut.
- Pn Amnah: mencadangkan agar bayaran jamuan mesyuarat AJK dinomborkan. YDP mengucapkan terima kasih atas cadangan dan akan dilaksanakan.
Cadangan pengesahan : Pn Jamaliah bt Ab Hamid
Sokongan pengesahan : Pn Norihan bt Muhamed

7.6 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2010/2011.

7.6.1 YDP mengisytiharkan pembubaran jawatankuasa PIBG sesi 2010/2011 secara rasmi.

7.7 Pelantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat.

7.7.1 Mesyuarat bersetuju melantik Pn Rasidah sebagai pengerusi mesyuarat.
Pencadang : Pn Azhar
Sokongan : Sebulat suara

7.8 Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2011 / 2012.

7.8.1 Yang Di Pertua

7.8.1.1 Mesyuarat bersetuju mengekalkan barisan AJK sesi 2010/11 dan menerima peletakan jawatan En Megat Mohd Farish selaku juruaudit dan Pn Yusniza selaku AJK. En Noor Paizal kekal sebagai YDP PIBG.
Cadangan : Pn Mastura Jamin
Disokong : Sebulat suara

7.8.2 Naib Yang Dipertua

7.8.2.1 Mesyuarat bersetuju mengekalkan Pn Rasidah binti Abdull Mutalip sebagai NYDP.
Cadangan : Pn Mastura Jamin
Disokong : Sebulat suara

7.8.3 Setiausaha Kehormat ( Dilantik oleh pihak sekolah )

7.8.3.1 En Hasmizar Bin Sahaili dilantik sebagai Setiausaha Kehormat

7.8.4 Bendahari Kehormat (Dilantik oleh pihak sekolah )

7.8.4.1 En Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Bendahari Kehormat

7.8.5 Ahli Jawatankuasa (6 orang wakil Ibubapa, 5 orang wakil guru )

7.8.5.1 Mesyuarat bersetuju mengekalkan barisan AJK PIBG sesi 2010/11 dan pelantikan hanya dibuat bagi menggantikan Pn Yusniza yang meletak jawatan atas faktor kesihatan.
Nama AJK yang dikekalkan:
1. Tn Hj Abdul Aziz
2. En Mior Md Salleh
3. En Anil Nair
4. En Jafri
5. En Zul Azree
Pelantikan baru:
Pn Enne bt Othman
Dicadang : Pn Yusniza
Disokong : Pn Zulita
7.8.5.2 Guru Besar mengumumkan barisan AJK PIBG dari wakil guru. Pihak sekolah telah memilih 5 orang wakil guru
1. Pn Rusnita - Wakil Kurikulum
2. En Mohd Reduan – Wakil HEM
3. En Mohd Ibrahim - Wakil Kokurikulum
4. En Azaharisman - Pengerusi BKGK
5. Pn Azalina - Wakil P. Khas

7.8.6 Juruaudit (1 wakil ibu bapa, 1 wakil sekolah)
7.8.6.1 Mesyuarat bersetuju melantik juruaudit wakil ibu bapa
1. Pn Amnah bt Mohammed Salleh
Dicadang : En Megat Mohamad Farish
Disokong : Pn Norihan
2. Pn Siti Suhaila Abd Latif
(Dilantik oleh pihak sekolah)

7.9 Pembentangan Usul/ Cadangan.

7.9.1 En Rahim mohon agar pihak guru menentukan buku yang perlu dibawa setiap hari bagi mengatasi masalah beg berat. Guru Besar memaklumkan akan diberi makluman kepada guru.
7.9.2 En Isma mencadangkan agar guru memberikan info bertulis terutama kepada pelajar tahun 1 untuk mengelakkan info yang diterima tidak tepat. Guru Besar memaklumkan akan diambil perhatian.
7.9.3 En Aziz mencadangkan agar bilangan buku tulis yang perlu dibawa oleh murid dimaklumkan oleh guru. Guru Besar memaklumkan akan diambil perhatian.
7.9.4 En Shahril mengucapkan terima kasih atas jawapan cadangan yang disertakan dalam buku mesyuarat. Beliau mohon penjelasan tentang tugasan Pend. Seni yang perlu dirujuk melalui blog dan minta pemantauan edaran senarai buku cerita yang diragui kualiti. Guru Besar menjelaskan bahawa tugasan Pend Seni akan dirujuk pada guru m. pelajaran dan edaran senarai buku oleh pihak sekolah akan disertakan surat iringan.
7.9.5 Pn Norihan mencadangkan agar waktu balik sesi petang pada pukul 6.30 petang. Guru Besar menjelaskan bahawa jumlah masa pengajaran ditetapkan oleh kementerian.
7.9.6 En Saravanan mencadangkan agar masa pengajaran Sains tahun 1 ditambah. Tempat perhimpunan dipastikan bersih dan ditandakan kedudukan kelas semasa perhimpunan untuk elak kekeliruan. Guru Besar menjelaskan masa pengajaran ditetapkan oleh kementerian, dewan di mop setiap hari dan cadangan akan diambil perhatian.
7.9.7 En Isma mencadangkan agar pemadam api diletakkan di dalam kotak untuk mengelakkan kemalangan. YDP memaklumkan cadangan akan dibawa ke mesyuarat AJK.
7.9.8 En Suhaimi mencadangkan agar dipasang telefon awam di pondok pengawal dan PIBG memperbanyakkan program motivasi dan sahsiah murid. YDP memaklumkan cadangan akan dibawa ke mesyuarat AJK.
7.9.9 Pn Jamaliah mencadangkan agar Setiausaha dan Bendahari diberi saguhati sebanyak RM50 sebulan.
Sokongan: Sebulat suara
7.9.10 Pn Mastura mohon makluman program yang akan dilaksanakan bagi menampung dana PIBG memandangkan perbelanjaan yang mencecah RM50,000 setahun. YDP menjelaskan antara yang dilakukan ialah jualan tshirt.
7.9.11 En Saravanan mohon tindakan pihak sekolah untuk baik pulih tandas pelajar yang rosak dan pantau kebersihan kantin terutama makanan yang terdedah dan boleh dihinggapi lalat. Guru Besar menjelaskan tindakan akan dilakukan.
7.9.12 En Aziz mencadangkan agar diwujudkan jawatan Naib Setiausaha dan Naib Bendahari. Guru Besar menjelaskan bahawa jumlah Ajk hanya 15 orang berpandukan perlembagaan.
7.10 Ucapan Penangguhan.
7.10.1 YDP mengucapkan terima kasih pada semua dan mengharapkan sokongan dari ibu bapa kepada Jawatankuasa yang dilantik.
7.10.2 YDP mengalu- alukan cadangan dari semua pihak dan disalurkan mengikut cara yang betul. Cadangan terus boleh dibuat melalui talian 0122778922.
7.10.3 YDP menangguhkan mesyuarat pada pukul 11.50 pagi.

8. Minit disediakan oleh:

Hasmizar Bin Sahaili,
Setiausaha Kehormat,
PIBG SK Bukit Rimau.

9. Tarikh minit mesyuarat disediakan : 15 Mac 2011


No comments: