Monday, January 30, 2012

Pelancaran Program NILAM & Penganugerahan Lencana NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca atau NILAM merupakan adunan penggabungan aktiviti membaca bagi mewujudkan tabiat membaca dalam kalangan murid. Setiap tahun Pusat Sumber SK Bukit Rimau telah mengambil inisiatif melancarkan program ini sebagai bermulanya titik tolak menyemarakkan NILAM di sekolah. 
Dalam ucapan Tn Hj Abd Aziz Hj Saidin, Guru Besar SK Bukit Rimau, beliau menekan peri pentingnya membaca sebagai santapan minda serta mengamalkan budaya membaca sebagai salah satu cara melahirkan perpaduan dan membentuk negara bangsa yang berkualiti.
Oleh sebab penerima lencana gangsa terlalu ramai, maka hanya wakil menerima bagi pihak semua penerima gangsa. Penerima-penerima gangsa lainnya boleh mendapatkan lencana tersebut di pusat sumber pada waktu rehat dalam minggu ini.

No comments: