Tuesday, January 17, 2012

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH

Unit HEM SK Bukit Rimau telah mengadakan Majlis Pelantikan Pengawas dengan jayanya serta membawa dimensi baru dengan menjemput Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyampaikan watikah pelantikan. Majlis ini diadakan bagi menyempurnakan pelantikan rasmi pengawas sekolah bagi sesi 2012.
Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas juga telah dilaksanakan semasa majlis ini. Ucapan tahniah kepada Aziq Jafni bin Jazlan (6 Maju) yang telah dilantik sebagai Ketua Pengawas dan Nur Qayyum Sofea (6 Intelek) sebagai Penolong Ketua Pengawas. Semoga gandingan ini dapat bekerjasama dengan baik bagi membantu unit disiplin melaksanakan peraturan sekolah dengan jayanya.
Memetik ucapan, pihak sekolah berharap semua pengawas sekolah dapat menjadi role model dan berdidiplin.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pengawas-pengawas Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau lantikan sesi 2012. Semoga dapat berkhidmat dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.
 Penyampaian Watikah Pelantikan
 Ketua Pengawas
Penolong Ketua
Cenderamata
Penyampaian Cenderamata
Barisan Pengawas Bersama Ketua Guru Disiplin

No comments: