Sunday, August 21, 2011

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2011

Pada 15 Ogos 2011, SK Bukit Rimau telah menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan kemerdekaan yang ke-54. Majlis pelancaran tersebut bermula pada pukul 7.20 pagi. Majlis tersebut diadakan di tapak perhimpunan sekolah dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Tn Hj Nor Azmi Rahmat.

Mior Danial Hakeem & Nadhrah Shamsuddin telah mendeklamasikan sajak yang bertema Kemerdekaan, Majlis diteruskan dengan kior "Si Baju Hijau".

Kemudian semua warga SKBR menyanyikan lagu patriotik sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.




No comments: