Sunday, August 21, 2011

PROSIDAR (PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH)

PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH
PROSIDAR

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH:

Pada 28 Februari 1983 , Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan 'Dadah Musuh Utama Negara'. Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah . Sasaran utama program ialah kepada murid , guru , kakitangan sekolah dan ibu bapa .

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan , kurikulum , kokurikulum dan pembentukan sahsiah .

12 Ogos 2011- SK Bukit Rimau menjalankan Program PROSIDAR kepada Tahun 4 dan Tahun 5 mulai jam 8.00 pagi sehingga jam 10.00 pagi.


No comments: