Thursday, April 21, 2011

KEM INTERVENSI LITERASI AL-QURAN




21 APRIL 2011 - Oanitia Pendidikan Islam bersama Unit j-QAF SK Bukit Rimau melaksanakan Kem Intervensi Literasi Al-Quran yang merupakan aktiviti pemulihan bacaan al-Quran melalui pendekatan kaedah Iqra’ kepada murid-murid yang mengikuti program j-QAF di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih belum menguasai Iqra’ 1 hingga 3. Aktiviti pemulihan ini dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan dengan berpandukan modul yang dicadangkan oleh KPM.

Matlamat Kem Intervensi Literasi Al-Quran dijalankan ialah untuk memulihkan murid-murid program j-QAF yang masih di tahap kemahiran Iqra’ 1 hingga 3 supaya dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap bacaan Iqra’ 4 seterusnya meneruskan bacaan selanjutnya. Murid-murid yang lambat menguasai Iqra’ dikhuatiri gagal mengikuti Kelas Khatam Al-Quran dan mencapai matlamat khatam sekiranya tidak dilaksanakan kem ini melalui pendekatan pemulihan. Melalui kem ini juga akan meningkatkan tahap dan kualiti bacaan murid melalui kaedah talaqqi dan musyafahah.

Kem Intervensi Literasi Al-Quran dicadangkan dilaksanaakan 16 jam iaitu setiap 1 jam sebelum/selepas waktu Tasmik. 10 Jam dicadangkan untuk Buku Iqra’ 1 dan 2 manakala 6 jam untuk Buku Iqra’ 3. Kem ini dicadangkan dilaksanakan sebanyak 3 siri seperti jadual di bawah:


BIL TAHUN KEM 1 KEM 2 KEM 3 CATATAN
1 Tahun 1 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
2 Tahun 2 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
3 Tahun 3 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
4 Tahun 4 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt

No comments: