Thursday, April 7, 2011

JUALAN PAKAIAN SUKAN PIBG



*. Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak sekolah bersetuju bahawa pakaian sukan PIBG boleh dipakai oleh murid ketika sesi pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani, aktiviti kokurikulum, latihan sukan dan lain-lain lagi.
*. Justeru, ibu bapa/ penjaga murid yang ingin menempah atau membeli pakaian sukan tersebut, bolehlah berbuat demikian dengan mengisi borang tempahan dan menyerahkannya bersama-sama bayaran kepada guru kelas anak/ anak jagaan tuan/puan masing-masing selewat-lewatnya pada 15 April 2011. Walau bagaimanapun, tempahan yang dibuat selepas tarikh ini masih diterima.
*. Sila catatkan pada borang tempahan saiz t-shirt atau seluar track suit seperti saiz yang biasa dipakai. Namun begitu, bagi mengelakkan kesilapan saiz, murid-murid yang menempah akan diukur kembali saiznya oleh AJK Jualan menggunakan sampel saiz yang disediakan untuk saiz kanak-kanak sahaja. Bagi orang dewasa contohnya ibu bapa/ penjaga yang turut menempah, tiada sesi mengukur akan diadakan. Sila nyatakan saiz yang biasa dipakai. Sekiranya t-shirt yang diterima tidak sepadan, bolehlah menukarnya kembali megikut saiz diingini dengan merujuk kepada AJK Jualan.
*. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah, sila rujuk AJK Jualan iaitu En. Hasmizar Sahaili (sesi pagi) dan En. Azaharisman bin Amirudin (sesi petang)

No comments: