Monday, November 29, 2010

PETIKAN MESYUARAT REDEPLOYMENT~Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Tiga orang guru SKBR terlibat:
1, Pn Roslina Abd Razak - KH-ke SK Bukit Kemuning
2. En Che Saipullah - Pemulihan-SK Sg Kapar Indah
3. Pn Sarimah Abd Rahman - Matematik-Sk Bukit Kemuning 2

Redeployment (penempatan semula) sangat perlu dilaksanakan terutama bagi guru-guru yang berada di sesebuah sekolah melebihi lima belas tahun agar mereka memperolehi suasana,budaya dan iklim kerja yang baru dengan harap supaya potensi guru berkenaan dapat terus dipertingkatkan lagi.Selain dari itu redeployment perlu dilaksanakan segera jika berlaku kekurangan opsyen di sesebuah sekolah apalagi jika sesebuah sekolah dalam daerah atau antara daerah mempunyai kelebihan opsyen.
Dasarnya ketetapan pelaksanaan redeployment dalam daerah akan dilaksanakan pada 16 November 2010 dan antara daerah selepas tarikh berkenaan.Keutamaan dari segi opsyen bagi proses redeployment ialah guru-guru yang mempunyai opsyen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Agama Islam.
Unit Penyeliaan Sekolah Rendah berharap proses redeployment ini tidak akan menjadi isu atau tidak perlu diisukan kerana konsep ini telah lama diperkenalkan KPM,pekeliling serta peruntukan kewangan telah ditetapkan oleh KPM.Oleh yang demikian,mana-mana guru yang terlibat dengan redeployment perlu terbuka dan bersedia menerima arahan perkhidmatan demi kepentingan peningkatan kerjaya guru itu sendiri dan impak perkhidmatan mereka bagi memajukan pendidikan anak bangsa.

No comments: