BULETIN SK BUKIT RIMAU
Pages
HOME
BORANG LAWATAN KE PPAS 8 OGOS
Friday, February 27, 2009
USUL PIBG 2009
USUL IBU BAPA
Perhebatkan pembelajaran seperti beri kelas tambahan kepada semua pelajar yang lemah dan memberikan motivasi kepada pelajar yang menduduki UPSR setiap bulan
( MOHD NOR AZAM)
Jawapan
Kelas tambahan tahun 6 akan dijalankan, tunggu kelulusan PPD. Motivasi 1 dan akujanji tahun 6 serta perjumpaan tahun 6 telah dijalankan pada 16 Januari 2009. Beberapa program dalam perancangan.
Pada hari terdapat Pend. Jasmani, pelajar tahun 1-3 tidak perlu tukar pakaian rasmi dan kekal memakai pakaian sukan.
(MOHD KHAIRUL NAZLEE)
Jawapan
Pakaian sukan dibenarkan sehingga waktu rehat (sesi pagi) dan dari waktu rehat hingga balik (sesi petang) bagi murid-murid yang terlibat.
Kerja rumah yang diberikan dalam buku latihan hendaklah dibulatkan pada nombor muka surat. (MOHD KHAIRUL NAZLEE)
Jawapan
Hendaklah dibuat oleh murid sendiri dengan bantuan guru.
Perjumpaan ibu bapa dan guru kelas diadakan setiap bulan (Sabtu) untuk membincangkan prestasi/ masalah murid.
(NORISAH MOHAMED SUHAIMI)
Jawapan
Akan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan dan mesyuarat guru. Ibubapa juga boleh berjumpa guru waktu sekolah.
B. Melayu dan B. Inggeris diadakan spelling 5-10 perkataan setiap minggu.
(NORISAH MOHAMED SUHAIMI)
Jawapan
Akan dimaklumkan dengan guru. Ujian lisan memang diadakan.
Perkenalkan kaedah pembacaan setiap hari sama ada menggunakan buku NILAM dan buku cerita sendiri supaya dapat tingkatkan semangat pelajar untuk membaca dan mahir mengeja.
(NORISAH MOHAMED SUHAIMI)
Jawapan
Setiap minggu (1 jam) murid akan masuk ke perpustakaan untuk program bacaan NILAM waktu B. Melayu dan B. Inggeris. Selain itu murid digalakkan membuat pinjaman buku dan catatkan rekod bacaan dalam Buku Rekod Bacaan Nilam .
Semakan buku B.Melayu, B. Inggeris dilakukan dan penandaan pada kesalahan ejaan,tanda baca.(ZAKARIA AHMAD)
Jawapan
Akan diambil perhatian dan tindakan.
Yuran PIBG dikurangkan kerana krisis ekonomi global tambahan pula pekerja sektor swasta banyak yang hilang pekerjaan.
(ROSLAN ENCHE KOB)
Jawapan
Akan dibincangkan dalam mesyurat Agung PIBG.
Pelajar tahun 1-3 ditempatkan pada sesi pagi kerana mereka telah penat hingga lewat petang 6.30 pm.
(ZALIZA ALIAS) (MOHAMED HAFIZ SHAH)
Jawapan
Jika semua sesi pagi, tidak cukup bilik darjah.
Kelas tambahan percuma
(AZIZUL SHAMSUDDIN)
Jawapan
Akan dibincangkan. Jika kewangan PIBG kukuh, boleh dicadangkan.
Kelas tambahan lambat dilaksanakan untuk UPSR (ROSLAN OTHMAN@ OSMAN)
Jawapan
Belum dapat kelulusan / kebenaran PPD.
Pelajaran yang diajar di PRA Sekolah lambat(perlahan)
(ROSLAN OTHMAN@ OSMAN)
Jawapan
Harap dapat berbincang dengan guru prasekolah berkaitan perkembangan anak dan hal berkenaan.
Mencabut pokok renek di hadapan sekolah dan diganti dengan pavement supaya pelajar senang melintas.
(MASTURA JAMIN/AHMAD KAMAL)
Jawapan
Telah dipohon pada MBSA pada 22 Feb 2008 yang lalu. Pihak MBSA tidak bersetuju untuk mencabut pokok renek atas alasan merbahayakan murid jika melintas tidak mengikut lintasan murid. Pihak MBSA telah merendahkan pokok tersebut dengan mencantas. Lintasan murid yang disediakan hendaklah digunakan sepenuhnya.
Memasang lampu di kawasan menurunkan murid kerana gelap pada waktu pagi
(MASTURA JAMIN/AHMAD KAMAL)(MAHAZIR MOHD NOR)
Jawapan
Akan dipohonkan kepada MBSA.
Mengadakan tempat letak kasut di pusat sumber,bilik muzik,makmal komputer kerana kasut selalu berterabur
(MASTURA JAMIN/AHMAD KAMAL)
Jawapan
Akan diusahakan.
Mencadangkan agar pintu pagar utama dibuka pada waktu pagi bagi memudahkan pelajar masuk.
(MOHD KHAIRUDIN HUSNI)
Jawapan
Pelajar dikehendaki masuk ikut laluan pintu kecil yang disediakan. Ini memudahkan kenderaan keluar masuk.
Harap guru kelas buat pemeriksaan mengejut bila berlaku kecurian. Setiap pelajar perlu letak beg atas meja dan beg diperiksa secara teliti. Dengan cara ini kecurian dapat diselesaikan dan pelajar yang mencuri akan berasa takut kerana tindakan diambil. Anak saya Sophieya, 1 Intelek kehilangan pensil box di dalam kelas akibat dicuri tapi bila diadukan kepada guru kelas, tiada apa- apa dibuat oleh guru.
(NURHIZAM SAFIE MOHD SATAR)
Jawapan
Akan diambil perhatian
Perlu ada pengawasan seorang guru selepas waktu persekolahan sesi pagi/ petang agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini
(ASZAHARI JAAFAR)
Jawapan
Akan dibincangkan. Ibubapa diminta mengambil anak tidak terlalu lewat. Murid-murid yang lewat hendaklah menunggu di pondok menunggu dalam kawasan sekolah.
Mengharapkan agar pihak sekolah mengurus pelajar dengan lebih berhemah dan tiada kata- kata kasar digunakan.
(SASHIKALA)
Jawapan
Akan diambil perhatian dan tindakan.
Pelajar tahun 4 sepatutnya pulang awal (pukul 1.00) pada hari Rabu kerana ada kokurikulum seperti kelas lain.
(NORIHAN MOHAMED)
Jawapan
Jumlah waktu pengajaran telah ditetapkan, jika balik awal tidak cukup waktu pengajaran dan pembelajaran.
Berikan 2 masa kepada B. Arab pada hari Khamis dan murid yang tidak mengambil B. Arab dibenarkan ke perpustakaan/makmal komputer supaya tidak membuang masa
(E. ESWANN)
Jawapan
Sepatutnya semua murid hendaklah mengambil Bahasa Arab.
Pengajaran B. Tamil dimulakan sejak tahun 1 dan dimasukkan dalam jadual sekolah
(KARMEGAM SUBRAMANIAM)
Jawapan
Untuk masa ini kelulusan POL hanya untuk tahun 3 – 6, dan dibuat selepas waktu sekolah.
USUL IBU BAPA
Lewatkan kehadiran pelajar pada hari Jumaat iaitu pada 2.30 petang bagi kemudahan pelajar tunaikan solat Jumaat.
(SHAROL BIN MAMAT)
Jawapan
Jika dilewatkan akan melewatkan waktu balik. Murid lewat hadir hari Jumaat (kerana solat Jumaat) sehingga 2.30 petang tidak dikenakan tindakan disiplin.
Pelajar ditempatkan di dalam kelas mengikut tahap pencapaian supaya pembelajaran lebih efisyen dan guru dapat memberikan fokus.
(NORISAH MOHAMED SUHAIMI)
Jawapan
Memang dibuat seperti dinyatakan untuk kelas terbaik dan kelas yang perlu bimbingan, kecuali beberapa kelas pencapaian sederhana dicampurkan.
Ujian bulanan diadakan setiap bulan.
(NORISAH MOHAMED SUHAIMI)
Jawapan
Telah diselaraskan 3 kali ujian bulanan dan 2 peperiksaan setahun di peringkat daerah.
Segala usul mesti mendapat persetujuan semua ahli persatuan dan bukan hanya AJK sahaja.(ROSLAN ENCHE KOB)
Jawapan
Usul / cadangan dari ahli akan dibentangkan dalam mesyuarat agung dan akan diambil tindakan oleh AJK dan sekolah.
Mesyuarat diadakan pada hari Ahad kerana terdapat ibu bapa yang bekerja pada hari Sabtu.(SHAHRULNIEZAM SHAARI)
(MOHD IDRUS MOHD NOR)
Jawapan
Telah ditetapkan dalam mesyuarat dan takwim sekolah. Akan dipertimbangkan pada masa akan datang.
Dibina tempat menunggu murid yang luas dan berbumbung bagi mengelakkan dari panas dan hujan.
(SANDARAN A/L PANDURANGAN)
Jawapan
Kawasan lapang di depan bersebelahan sekolah telah diluluskan oleh MBSA untuk kawasan parking, gazebo, taman, laluan. Dalam proses dan telah dikeluarkan Notis Sebutharga oleh MBSA.Tempat berbumbung akan cuba dipohonkan juga.
Selaraskan waktu balik tahun 4 dengan tahun 1,5,6 supaya memudahkan urusan untuk ke sekolah agama dan urusan van.
(SANUZI AHMAD) (MOHD FADLAN AHMAD)
Jawapan
Jumlah masa waktu keseluruhan mata pelajaran tidak sama. Tahun 1 – 4 juga ada tambahan matapelajaran Bahasa Arab dan Tasmik (jQAF).
Matapelajaran Matematik dan Sains diajar dalam B. Melayu.
(MOHD ZAABA MAHMOD)
Jawapan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah dasar kerajaan. Guru sebagai pelaksana.
Harga makanan di kantin diturunkan dan pastikan halal.(KAMIL SAJIDIN)(MOHD ZAABA MAHMOD)(NORMALA MD NOOR)(SITI ZALEHA YUSOF)
Jawapan
Akan dibincangkan dengan pengusaha kantin. Harga kuih telah diturunkan. Makanan dipastikan halal.
Diawalkan masa pulang bagi pelajar tahun 4 pada 1.30 dari 4 hari kepada 2 hari untuk memudahkan urusan sekolah agama.
(ROHAYAH ABDUL MANAF)
Jawapan
Tahun 4 ada tambahan mata pelajaran B. Arab dan Tasmik (jQAF) yang telah ditetapkan dalam jadual waktu. Jadi terpaksa balik jam 1.30 tengah hari.
Adakan pengawal keselamatan di pintu belakang(LIM KIM SOON)
Jawapan
Sekolah hanya diperuntukkan seorang pengawal sahaja waktu siang.
Adakan khidmat ‘Reader’, pembaca khas untuk Amal Adha semasa UPSR 2009 kerana menghidap Disleksia dan berdaftar dengan JKM. Harap diberi perhatian dan sokongan oleh PIBG kepada pelajar yang senasib.
(JAMALUDDIN HASSAN)
Jawapan
Akan dipohon dan dipanjangkan kepada pegawai peperiksaan PPD / Lembaga Peperiksaan.
Tanda nama dan lencana digantikan dari kain kepada bentuk pas dan digantung dengan tali yang terdapat nama sekolah bagi mengelakkan baju pelajar rosak.
(SAHARUDIN MD YUSOFF)
Jawapan
Bentuk pas dan digantung ada masalah lain iaitu murid kerap tertinggal / cicir dan kadang-kadang mengganggu keselesaan murid-murid. Akan tetapi akan dibincangkan untuk pertimbangan.
Maklumat sekolah disalurkan melaui SMS
(MOHD AZMI OTHMAN)
Jawapan
Akan dibincangkan. Untuk masa ini, untuk pelbagai maklumat sila buka blog sekolah, http://pusatsumberskbr.blogspot.com
Rumah sukan dikekalkan dari tahun 1 hingga 6 (ZAINAH AHMAD)
Jawapan
Memang dikekalkan.
Diharapkan pelajar tidak membawa Al-Quran dari rumah kerana bimbang tertendang atau terpijak semasa di dalam beg dan dicadangkan agar disediakan tempat khas simpanan Al-Quran sama ada di surau atau di kelas Tasmik. (AZAHARI SUANDI)
Jawapan
Akan dimaklumkan dengan guru-guru berkenaan.
Adakan baju sukan berlengan panjang bagi pelajar perempuan (IAM NURLIN IBRAHIM)
Jawapan
Telah dimaklumkan kepada pengusaha kedai buku berkenaan, Akan dijual di kedai buku tidak lama lagi (dalam proses tempahan)
Guru tahun 1 adakan kaedah yang sesuai supaya pelajar cepat membaca dengan baik.
(RASEDATUL HELMIYAH)
Jawapan
Akan dibincangkan dan diambil perhatian.
Terdapat kegiatan pelajar membuli dan meminta wang dan mengharapkan tindakan yang sewajarnya daripada pihak sekolah dan PIBG.(MOHAMAD ZAKY ARIFIN)
Jawapan
Akan diambil perhatian dan tindakan. Sila laporkan segera ke pihak sekolah untuk tindakan segera.
Mencadangkan agar persekolahan waktu petang pulang pada pukul 6.00 petang kerana 6.30terlalu lewat.
(RASEDATUL HELMIYAH AHMAD)
Jawapan
Jika balik jam 6.00 petang, murid terpaksa mula awal. Akan tetapi tidak cukup kelas kerana dalam kelas terdapat murid sesi pagi yang sedang belajar.
Makanan ringan tidak dijual dihadapan sekolah
(NORMALA MD NOOR)
Jawapan
Telah diperingatkan kepada jurujual berkenaan, dan dilaporkan ke MBSA. MBSA telah ambil tindakan.
Lanjutkan/ Ubah kesesuaian masa beroperasi kedai buku terutama bagi urusan pelajar dan ibu bapa pada masa persekolahan sesi petang.(AIDA NORDINA)
Jawapan
Akan dibincangkan dengan pengusaha kedai buku berkenaan. Untuk masa ini dibuka jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Rehat jam 1.30 tgh – 2.15 ptg.
Diadakan perjumpaan ibu bapa dan guru setiap 3 bulan bagi memudahkan ibu bapa mengetahui keadaan pelajar terutama dari segi disiplin dan jati diri.
(MOHD SAPRI MOHD TAIB)
Jawapan
Cadangan yang baik dan akan dibincangkan.
Kegiatan Kokurikulum diadakan pada hari Sabtu bagi mengelakkan pelajar ponteng sekolah agama.(ABDUL WAHID HJ MD ZIN)
Jawapan
Telah ditetapkan dan ada persetujuan dengan sekolah agama untuk diadakan pada hari Rabu.
Pertingkatkan kebersihan dan perbaiki kerosakan tandas sekolah.
(MAIMUN YUSOP)
Jawapan
Akan diambil perhatian dan tindakan.
Beri kebenaran kepada ibu bapa menghantar anak ke dalam kawasan sekolah pada hari hujan.(SARAVANAN PACKIRISAMY)
Jawapan
Ibu bapa hantar anak di kawasan tempat menunggu bas dan murid-murid boleh lalu di kawasan laluan berbumbung.
Waktu sekolah pada hari Jumaat tidak mengambil kira waktu solat Jumaat pelajar lelaki.(NARILA HASBULLAH)
Jawapan
Murid-murid yang lewat hadir hari Jumaat (kerana solat Jumaat) sehingga 2.30 petang tidak dikenakan tindakan disiplin.
Harap kedai buku tidak menjual selain alat tulis. Cth: Ben10 (EZA MARZIAH)(BADRUL HISHAM MAT DALI)
Jawapan
Akan dimaklumkan kepada pengusaha kedai buku.
Cadangan tahun lepas,pagar halangan ditingkat 4 untuk keselamatan murid tidak dilaksanakan.(EZA MARZIAH)
Jawapan
Telah dibuat pada 21 Februari 2009.
Tinted film dipasang di tingkap kelas(sebelah sahaja).(EZA MARZIAH)
Jawapan
Untuk masa ini, tiada peruntukan lagi. Semua kelas PIBG telah beri langsir.
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment