Wednesday, February 18, 2009

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA - GURU (PIBG)

PERSATUAN IBU BAPA- GURU ( SEL : 1078 )
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RIMAU,
11 PERSIARAN SUNGAI SELANGOR,
SEKSYEN 32, 40460 SHAH ALAM SELANGOR.
TEL / FAKS: 03-51224148

________________________________________________________
Ruj. Kami : Bil ( 15 ) Dlm.PIBG 07/01/001
Tarikh : 17 FEBRUARI 2009/
21 SAFAR 1430H


Y. Bhg. Dato’/ Tuan / Puan / Ibu bapa / Penjaga,
SK BUKIT RIMAU.


Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA - GURU ( PIBG ) KALI KE- 5 DAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2008, SK BUKIT RIMAU

Perkara di atas dirujuki.

2. Adalah dimaklumkan bahawa majlis di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 28 FEBRUARI 2009 ( SABTU )
Masa : 8.30 pagi.
Tempat : Dewan Sri Rimau, SK Bukit Rimau.


3. Dengan segala hormatnya Y. Bhg. Dato’/ Tuan / Puan dijemput hadir ke majlis dan mesyuarat tersebut.

4. Sekiranya Y. Bhg. Dato’/ Tuan / Puan mempunyai cadangan/usul, diharapkan agar dapat dinyatakan dalam borang jawapan yang disertakan dan dikembalikan kepada guru kelas anak Dato’/ Tuan/ Puan pada atau sebelum 26 FEBRUARI 2009 ( KHAMIS ).

Sekian, terima kasih.

PIBG
“ PENCETUS IDEA BERJIWA GEMILANG “


Saya yang menjalankan tugas,

1 comment:

supibg said...

Semua ibu bapa/penjaga dijemput hadir...
Setakat 23/2 seramai 285 orang memaklumkan kehadiran...