Monday, November 29, 2010

PETIKAN MESYUARAT REDEPLOYMENT~Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Tiga orang guru SKBR terlibat:
1, Pn Roslina Abd Razak - KH-ke SK Bukit Kemuning
2. En Che Saipullah - Pemulihan-SK Sg Kapar Indah
3. Pn Sarimah Abd Rahman - Matematik-Sk Bukit Kemuning 2

Redeployment (penempatan semula) sangat perlu dilaksanakan terutama bagi guru-guru yang berada di sesebuah sekolah melebihi lima belas tahun agar mereka memperolehi suasana,budaya dan iklim kerja yang baru dengan harap supaya potensi guru berkenaan dapat terus dipertingkatkan lagi.Selain dari itu redeployment perlu dilaksanakan segera jika berlaku kekurangan opsyen di sesebuah sekolah apalagi jika sesebuah sekolah dalam daerah atau antara daerah mempunyai kelebihan opsyen.
Dasarnya ketetapan pelaksanaan redeployment dalam daerah akan dilaksanakan pada 16 November 2010 dan antara daerah selepas tarikh berkenaan.Keutamaan dari segi opsyen bagi proses redeployment ialah guru-guru yang mempunyai opsyen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Agama Islam.
Unit Penyeliaan Sekolah Rendah berharap proses redeployment ini tidak akan menjadi isu atau tidak perlu diisukan kerana konsep ini telah lama diperkenalkan KPM,pekeliling serta peruntukan kewangan telah ditetapkan oleh KPM.Oleh yang demikian,mana-mana guru yang terlibat dengan redeployment perlu terbuka dan bersedia menerima arahan perkhidmatan demi kepentingan peningkatan kerjaya guru itu sendiri dan impak perkhidmatan mereka bagi memajukan pendidikan anak bangsa.

Friday, November 19, 2010

TEMUDUGA SBP/SBPI ~KOUTA 20%

Temuduga yang dijalankan oleh SBP/SBPI merupakan kouta yang diberikan oleh KPM kepada pengetua sesebuah SBP/SBPI sebanyak 20%. 80% akan ditentukan oleh KPM dan keputusannya boleh diakses selepas 25 Disember 2010.

Monday, November 15, 2010

SEKOLAH MULA CUTI

17 NOV 2010 HINGGA 2 JANUARI 2011
BENGKEL PUSAT SUMBER
22-24 NOV 2010

BADAN KEBAJIKAN GURU

19 NOV 2010
JAM 2.30 PETANG
KELAB SHAH ALAM
JAMUAN AKHIR TAHUN

WALIMATUL URUS GURU SKBR ~SEJARAH KEDUA


GURU SKBR
CIKGU KHAIRUNNISA & CIKGU RAHIM
4 DISEMBER & 10 DISEMBER 2010
CIKGU NOOR BAIZURA & PASANGANNYA
4 DISEMBER 2010

HARI KANAK-KANAK 2010

16 NOV 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN MURID MISKIN

15 NOV 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS

15 NOV 2010

MAJLIS PENDIDIKAN KHAS DAERAH

11 NOV 2010

UPSR 2010



Tuesday, November 9, 2010

PEKELILING BERTARIKH 27 OKT 2010

Cuti Tambahan Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1431H

Seperti mana kita sedia maklum, Hari Raya Aidil Adha dijangka disambut pada hari Rabu 17 November 2010, di mana cuti tersebut jatuh pada minggu akhir penggal persekolahan 2010. Kementerian Pelajaran telah mengambil maklum akan isu yang timbul terutamanya bagi murid-murid Sekolah Berasrama Penuh.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Surat Makluman di bawah.KLIK

Friday, November 5, 2010

Keputusan UPSR 2010 diumumkan pada 11 November

PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada 11 November ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran pada Khamis. Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.

Pada tahun ini, seramai 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah seramai 486,321 orang manakala bakinya sebanyak 8,172 orang adalah calon sekolah swasta. - BERNAMA