Sunday, January 28, 2018

UJIAN SARINGAN PERTAMA DALAM TALIAN UKM1 TAHUN 2018

Assalamualaikum wbrt dan selamat sejahtera..

UJIAN SARINGAN PERTAMA DALAM TALIAN UKM1 TAHUN 2018

Dimaklumkan bahawa Ujian Saringan UKM1 bagi tahun 2018 akan bermula dari 01 Februari dan akan berakhir pada 31 Mei 2018. Ujian ini merupakan saringan pertama untuk mencari murid pintar dan berbakat bagi menyertai program-program berikut:

1. Murid beragama Islam berusia 8 tahun - 11 tahun (Tahun 2 - Tahun 5 pada tahun 2018) untuk Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM, Universiti Sains Islam Malaysia (PPCS@USIM Disember 2018).

2. Murid beragama Islam berusia 11-12 tahun (Tahun 5 & 6 pada tahun 2018) untuk Program Muhayyam Al Abrar Kolej PERMATA Insan bagi pemilihan ke Kolej PERMATA Insan Ambilan Tahun 2019.

3. Murid pelbagai agama berusia 9-15 tahun Tahun 3 hingga Tingkatan 3 pada tahun 2018 untuk program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM Universiti Kebangsaan Malaysia (PPCS@UKM Disember 2018).

4. Murid berusia 11-15 tahun (Tahun 5 hingga Tingkatan 3 pada tahun 2018) untuk kemasukan ke Kolej PERMATApintar UKM ambilan tahun 2019.

Ujian tersebut terbuka kepada semua murid berusia 8 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman sesawang http://ukm1.permatapintar.edu.my. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi daripada laman sesawang tersebut.
Sekian, terima kasih.

No comments: