Thursday, September 8, 2011

Pecutan Akhir UPSR 2011




SK Bukit Rimau, 5 dan 6 September 2011 – Seramai lebih kurang 150 orang pelajar tahun 6 menghadiri program motivasi Pecutan Akhir UPSR anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Di majlis tersebut, beberapa orang penceramah motivasi jemputan hadir bagi menyampaikan motivasi dengan penuh semangat dengan memberikan tip-tip menjana kecemerlangan dan persiapan menghadapi peperiksaan dari sudut kerohanian, fizikal dan mental.

Kejayaan yang cemerlang seorang pelajar bukan hanya setakat cemerlang dari sudut pencapaian akademiknya, ianya lebih bermakna jika ianya seiring dengan kecemerlangan akhlak dan keperibadian pelajar.

Program yang diadakan baru-baru ini bertempat di Bilik Peperiksaan SK Bukit Rimau.

No comments: