Monday, July 4, 2011

JULAI BULAN MEMBACA

Kempen dan Program Bulan Membaca Peringkat Sekolah akan diadakan bermula pada 4 Julai 2011.Majlis Perasmian & Penutupan akan diadakan serentak pada minggu terakhir bulan Julai.
Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui sambutan Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan “Mari Membaca Bersama”.
Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan ilmu telah dilaksanakan di seluruh negara sepanjang bulan Ogos yang berlangsung sehingga ke tahun 2000.
Program ini telah diubah kemudiannya pada bulan Julai dari tahun 2001 hingga 2005 bagi mengelakkan pertindihan dengan sambutan bulan kemerdekaan.
Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya.
Bermula daripada tahun 2001, bulan Julai diistiharkan sebagai Bulan Membaca Kebangsaan bagi menggantikan bulan Ogos (Sebelum 2001, Bulan Membaca Kebangsaan ialah pada Ogos)

No comments: