Tuesday, February 15, 2011

Gotong Royong & Majlis Ramah Mesra Kuarters Guru Maulidurrasul

Alhamdulilah, kerja-kerja gotong royong selamat diadakan pada hari Selasa, 15hb Feb 2011 pam 8.30pagi sempena cuti Maulidurrasul. Ramai ahli kuarters yang hadir kerana dilaksanakan bukan pada cuti hujung minggu.Majlis gotong-royong telah diketuai oleh Ustaz Mohd Fisal -Penghulu Kuarters.
Program ini, antara lain bertujuan meningkatkan hubungan silaturrahim sesama penduduk kuarters.Memupuk semangat bekerjasama dan berusaha menerapkan nilai-nilai murni sesama penghuni kuarters.Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberi banyak faedah dan kebaikan kepada semua pihak khususnya warga kuarters.
Program akan datang juga akan dirancang bukan pada cuti hujung minggu supaya semua ahli kuarters dapat berkumpul seperti hari ini. Program tamat pada jam 1.30 tengah hari.

No comments: