Saturday, February 26, 2011
KEMAHIRAN PERPUSTAKAAN & BENGKEL EKSPLORASI MINDA
26 FEB 2011-8.00 hingga 10.00 pagi -Slot Kemahiran Perpustakaan oleh Pegawai dari Perpustakaan Negeri Selangor.Slot 10.30-12.00 tengah hari Slot Eksplorasi Minda oleh Pegawai Perpustakaan Daerah Klang.
Friday, February 25, 2011
Monday, February 21, 2011
MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS/PENGAWAS PSS/PRS/PENGGERAK PEMBACA
21 Februari 2011-Badan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya telah membuat lantikan tahun 2011. Penerima telah menerima watikah pelantikan daripada guru besar dan seterusnya membaca taat ikrar.
Tuan Guru Besar juga telah menyerahkan watikah lantikan kepada penggerak pembaca yang akan memantau guru-guru dalam Program NILAM guru 2011.Ini bakal menggegarkan SKBR dengan Anugerah TOKOH NILAM GURU yang bakal menerima anugerah pada 19 Ogos 2011.
Penggerak NILAM SKBR:
En Md Latif Md Bajuri
Pn Jamaliah Ab Hamid
En Abd Khalid Abd Hamid
Pn Rosedah Abdullah
En Hamidi Mookaiyah Abdullah
Dalam ucapan Tuan Hj Nor Azmi Rahmat, beliau meminta buku NILAM dihantar pada setiap bulan mulai 28 Februari 2011.Buku-buku yang dibaca juga perlu mempunyai pengkelasan dan dicatat dalam buku NILAM.

Sunday, February 20, 2011
PENGARAH PELAJARAN
Saturday, February 19, 2011
KARYA AGUNG/KARYA BESAR
KARYA-KARYA besar merupakan buku-buku berpengaruh yang sekurang-kurangnya membuat orang berfikir tentang dirinya, tentang lingkungannya dan alam kehidupan keseluruhannya. Karya-karya besar juga adalah buku-buku yang mengusik ketenangan dan menyedarkan kita.
"The reading of all good books is indeed like a conversation with the noblest men of past centuries who were the authors of them, nay a carefully studied conversation, in which they reveal to us none but the best of their thoughts."~Rene Descartes~

Thursday, February 17, 2011
Wednesday, February 16, 2011
Tuesday, February 15, 2011
Gotong Royong & Majlis Ramah Mesra Kuarters Guru Maulidurrasul
Alhamdulilah, kerja-kerja gotong royong selamat diadakan pada hari Selasa, 15hb Feb 2011 pam 8.30pagi sempena cuti Maulidurrasul. Ramai ahli kuarters yang hadir kerana dilaksanakan bukan pada cuti hujung minggu.Majlis gotong-royong telah diketuai oleh Ustaz Mohd Fisal -Penghulu Kuarters.
Program ini, antara lain bertujuan meningkatkan hubungan silaturrahim sesama penduduk kuarters.Memupuk semangat bekerjasama dan berusaha menerapkan nilai-nilai murni sesama penghuni kuarters.Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memberi banyak faedah dan kebaikan kepada semua pihak khususnya warga kuarters.
Program akan datang juga akan dirancang bukan pada cuti hujung minggu supaya semua ahli kuarters dapat berkumpul seperti hari ini. Program tamat pada jam 1.30 tengah hari.

Monday, February 14, 2011
Maulidur Rasul: Buktikan kecintaan kita terhadap Nabi Muhammad s.a.w
Makna Berselawat:
Makna berselawat atas Nabi Muhammad s.a.w. ialah berdoa memohon supaya Allah Taala melimpahkan rahmat menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w
Sabda Nabi SAW:
Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namuku disebut disisinya.
-HRiwayat Tirmizi
Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat
- HR Thabrani
Saturday, February 12, 2011
Friday, February 11, 2011
HARI KECEMERLANGAN 2010
TARIKH: 12 FEB 2011
MASA: 8.00 PAGI - 11.00 PAGI
TEMPAT: DEWAN SRI RIMAU
PAKAIAN
GURU - PAKAIAN RASMI/BAJU KEBANGSAAN
MURID - PAKAIAN SEKOLAH
IBU BAPA - PAKAIAN YANG BERSESUAIAN DENGAN MAJLIS RASMI SEKOLAH

Thursday, February 10, 2011
924 Guru Besar Terima Insentif RM7,500
PUTRAJAYA: Seramai 924 guru besar dari seluruh negara disenarai pendek untuk menerima insentif sebanyak RM7,500 seorang, sebagai ganjaran kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Bai'ah), demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata seramai 12.1 peratus guru besar berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan, yang merupakan pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal sebanyak dua peratus.
Katanya senarai pengetua dan guru-guru sekolah menengah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru akan diumumkan pada pertengahan tahun ini, dengankemungkinan awal selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.
"Jemaah Nazir sedang membuat pengesahan mengenai prestasi 924 guru besar yang disenarai pendek. InsyaAllah saya akan umumkan senarai guru-guru besar yang layak dalam masa terdekat," katanya pada majlis Perutusan Khas 2011 Kementerian Pelajaran, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Khamis.
Turut hadir kedua-dua timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud.
Muhyiddin mengumumkan Tawaran Baru itu tahun lalu sebagai satu inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, yang menawarkan ganjaran kewangan kepada guru besar dan guru-guru yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah melepasi sasaran ditetapkan kementerian.
Di bawah tawaran itu, setiap guru besar layak menerima RM7,500 seorang, lima peratus guru paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata seramai 14 orang dikenal pasti untuk menganggotai Jawatankuasa Mengkaji Kurikulum Sejarah bagi mengesyorkan kepada kerajaan cadangan-cadangan menambah baik kandungan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah rendah dan menengah.
Beliau berkata mereka terdiri daripada pakar sejarah termasuk pensyarah universiti, wakil-wakil persatuan serta individu berkelayakan dalam pengajian sejarah dan mesyuarat pertama akan diadakan dalam masa terdekat.
"Kita nak pastikan pelajar-pelajar kita memahami bukan sahaja sejarah negara tetapi juga sejarah serantau, antarabangsa dan tamadun-tamadun lain. Maka sudah sampai masa kita meneliti semula (kurikulum sejarah).
"Ini akan mengambil masa kerana kita nanti akan adakan pertemuan dengan pihak berkepentingan dan masyarakat yang berminat selepas jawatankuasa ini mengemukakan draf pandangan mereka tentang kurikulum pembelajaran sejarah akan datang," katanya.
Muhyiddin berkata tidak semestinya akan berlaku perubahan besar terhadap kurikulum sejarah sedia ada, cuma mengambil kira perkembangan baru yang mungkin perlu dimasukkan dalam kurikulum mata pelajran itu.
Mengenai penarikan semula 400,000 Buku Teks Bahasa Inggeris untuk Tahun 1 kerana mengandungi pelbagai kesalahan, Muhyiddin berkata Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengeluarkan buku teks baru bagi menggantikannya.
Beliau berkata sementara buku teks baru itu diedarkan, pembelajaran mata pelajaran itu akan diteruskan dengan menggunakan mana-mana bahagian buku lama itu yang boleh digunakan.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata secara keseluruhannya beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berpuas hati dengan pencapaian kementerian sepanjang tahun lalu yang berjaya mencapai sasaran, terutama dalam bidang Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Tawaran Baru, Program Literasi dan Numerasi (Linus) dan Prasekolah.
Beliau berkata daripada segi SBT, 30 buah sekolah lagi akan diiktiraf tahun ini, sementara saringan ketiga program Linus, iaitu program yang mengenal pasti tahap kemahiran dan numerasi murid dan melakukan usaha intervensi untuk membantu murid yang gagal menguasainya, mendapati seramai 85 peratus murid Tahun Satu menguasai literasi dan 91 peratus menguasai numerasi.
Tahun lepas menyaksikan 20 sekolah diumumkan sebagai SBT.
Daripada segi pendidikan prasekolah, seramai 701,114 murid prasekolah didaftarkan tahun lalu, iaitu pertambahan 54,700 murid berbanding 646,575 pada tahun sebelumnya, hasil daripada pembukaan kelas-kelas baru termasuk oleh pihak swasta iaitu sebanyak 625 buah.
"Tahun ini kita tetapkan sasaran lebih tinggi untuk keempat-empat perkara tersebut," katanya. - BERNAMA

Tuesday, February 1, 2011
PETUA CARA BELAJAR
Pertama - Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Kedua - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Ketiga - Gunakan masa awal pagi
Keempat - Buat nota ringkas
Kelima - Mengikut jadual sepenuhnya
Keenam - Mencuba soalan tahun lalu
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Kelapan - Sentiasa menanya kalau tidak faham
Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda

Subscribe to:
Posts (Atom)