Tuesday, May 11, 2010

MINGGU PSS & PANITIA SERTA HARI BUKU/HAK CIPTA



Minggu Pusat Sumber& Panitia mata pelajaran merupakan aktiviti tahunan Pusat Sumber SK Bukit Rimau. Program ini dijalankan selama seminggu dan disambut serentak dengan Hari Buku dan Hak Cipta .

Bertemakan “Buku Menjana Minda Kreatif”, pelbagai aktiviti dirancang dan akan dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang kepentingan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Pelajar juga diharapkan dapat menggunakan PSS pada waktu rehat bagi memperkayakan minda dan menggunakan masa lapang dengan cara yang betul.

No comments: