Tuesday, May 25, 2010
PENYAMPAIAN HADIAH PANITIA BAHASA INGGERIS
26 MEI 2010~ aKAN BERLANGSUNG Penyampaian Hadiah Panitia Bahasa Inggeris.
PERJUMPAAN PEMBINA LAMAN WEB SEKOLAH
24 Mei 2010 - Jam 10 pagi, satu perjumpaan telah dibuat antara AJK PIBG En Mior Mohamad Salleh, En Badrol(Pensyarah ADTEC), telah dibuat bagi memberi penjelasan kepada AJK lantikan sekolah menguruskan website sekolah pada masa akan datang. Satu lagi perjumpaan akan dibuat pada 26 Mei 2010 jam 10 pagi di pusat sumber sekolah.
AJK yang terlibat diminta berada di PSS.
MAJLIS PENUTUPAN & PENYAMPAIAN HADIAH MINGGU PSS
Friday, May 21, 2010
Wednesday, May 19, 2010
Sunday, May 16, 2010
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan
Petikan Ucapan:-
Ditanya mengenai syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru, Muhyiddin berkata beberapa syor jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, akan dilaksanakan secepat mungkin.
"Beberapa perkara yang saya sebutkan (dalam ucapan) akan dilaksanakan seberapa segera, itu antara sebahagian daripada perkara yang dikenalpasti jawatankuasa berkenaan," kata Muhyiddin.
Antara syor yang dikemukakan jwatankuasa berkenaan yang akan dilaksanakan segera antaranya, mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar.
"Pada masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hampir 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kebersihan, keceriaan, keselamatan dan sebagainya.
"Pengecilan jumlah jawatankuasa akan dapat mengurangkan bebanan guru dan dapat memberi peluang kepada mereka untuk menumpukan perhatian kepada tugas hakiki," katan Muhyiddin.
Syor lain ialah mengkaji bilangan peperiksaan di sekolah dan ujian di peringkat sekolah yang dilihat terlalu banyak, menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dan penyediaan kurusus-kursus yang bersesuaian untuk golongan pendidik.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi.
- Bernama

Saturday, May 15, 2010
SELAMAT HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010
Dengan segala hormatnya surat daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM bil.KP(BPSH-SPKD)601/01(76) bertarikh 5 Mei 2010 adalah dirujuk.
Semua sekolah dikehendaki mengadakan aktiviti gotong royong perdana pada tarikh dan masa yang sama, iaitu pada 15 Mei 2010 jam 8.30 pagi. Lokasi yang dicadangkan adalah bilik guru, ruang makan guru di kantin, meja guru di bilik darjah dan seumpamanya yang menjadi medan utama lokasi guru untuk bekerja dan berbincang di sekolah.
PENYAMPAIAN HADIAH PANITIA BAHASA MELAYU
CERAMAH TEKNIK JAWAB SOALAN SAINS DAN BM
12 Mei DAN 13 Mei 2010~Bertempat di Dewan Peperiksaan SKBR, berlangsung Ceramah Teknik Jawab Soalan Sains dan Bahasa Melayu.En Johari memberikan ceramah untuk mata pelajaran Sains manakala En Mohd Ihsan pula memberikan ceramah untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Ceramah berbermula jam 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang,
Tuesday, May 11, 2010
MINGGU PSS & PANITIA SERTA HARI BUKU/HAK CIPTA
Minggu Pusat Sumber& Panitia mata pelajaran merupakan aktiviti tahunan Pusat Sumber SK Bukit Rimau. Program ini dijalankan selama seminggu dan disambut serentak dengan Hari Buku dan Hak Cipta .
Bertemakan “Buku Menjana Minda Kreatif”, pelbagai aktiviti dirancang dan akan dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang kepentingan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Pelajar juga diharapkan dapat menggunakan PSS pada waktu rehat bagi memperkayakan minda dan menggunakan masa lapang dengan cara yang betul.
Sunday, May 9, 2010
MINGGU PUSAT SUMBER & PANITIA MATA PELAJARAN
10 ~ 14 Mei 2010 - Berlangsung Minggu Pusat Sumber & Panitia Mata Pelajaran.
Antara Aktiviti:
Pusat Sumber -pagi
Cikgu Soraya Nita/Cikgu Fiszura/Pn Hjh Laila/Ustazah Mariamah
Eksplorasi Minda Harian(tahun 4,5 dan 6-TERBUKA)
Minda Kreatif(Tahun 6)
Bengkel Perkongsian Ilmu(Tahun 4 dan 5)
(HADIAH MENGIKUT TAHAP)
Pusat Sumber - petang
Cikgu Sivadeepan
Mewarna Poster (Tahun 2)
Mencipta Folio (Tahun 3)
(HADIAH MENGIKUT KELAS)
Matematik
Cikgu Nur Hashimah Abd Rahman / Semua guru yang mengajar Matematik (Tahun 1,4,5 dan 6)
The Shape
Find The Way
Cross Number-Puzzle
Tiger Family
Cross Number-Puzzle
Quiz
(HADIAH MENGIKUT KELAS)
Sains
Cikgu Marina/Cikgu Md Latif/Cikgu Norzihayati
Cikgu Salina/Cikgu Nurul Zuraini
Cikgu Zalila/Cikgu Shahriszal
Cikgu Khairunisa/Cikgu Hasmizar
Tahun 1-Mewarna
Tahun 2-Mewarna
Tahun 3-Teka Silang Kata
Tahun 4,5 dan 6 -Pertandingan Buku Skrap
(HADIAH MENGIKUT KELAS)
B.Inggeris
Cikgu Salwa/Semua guru yang mengajar BI
Tahun 1-Beautiful Handwriting
Tahun 4-Make New Words
Tahun 5-Crossword Puzzle
Tahun 6-Solving Riddles
TAhun 6-Treasure Hunt(TERBUKA)
11 Mei 2010-8.00pagi-8.45pagi
12 Mei 2010-8.00pagi-9.30pagi(TREASURE HUNT)
BM-RUJUK POST SEBELUM INI

Saturday, May 8, 2010
Friday, May 7, 2010
PROGRAM PPDa BERSAMA PETRONAS ANJURAN JPNS
Monday, May 3, 2010
KLANG VALLEY JUNIOR GOLF CIRCUIT 2010 UNDER 12
Sunday, May 2, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)