Monday, April 26, 2010

MESYUARAT MALAM AMAL SKBR


24 April 2010- Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat antara AJK PIBG dan guru-guru SKBR. Mesyuarat memutuskan pada 31 Julai 2010 ini, sebuah Majlis Makan Malam Amal akan diadakan bertempat di ‘Grand Blue Wave Hotel,Shah Alam anjuran PIBG SKBR yang dilaksanakan sebagai salah satu usaha mengumpul derma bagi menyokong kewangan sekolah. Oleh yang demikian, tuan-tuan, puan-puan sekalian adalah dijemput hadir untuk bersama-sama menjayakan majlis Makan Malam Amal ini nanti.

Untuk penempahan tiket, sila hubungi
En Anil Nair
En Megat Mohd Farish
En Mohd Zul Azree bin Painan
@
wakil-wakil PIBG/Guru

…Apa pun harta yang kamu infakkan, maka (kebaikannya) untuk dirimu sendiri. Dan janganlah kamu berinfak melainkan kerana mencari redha Allah. Dan apapun harta yang kamu infakkan, nescaya kamu akan diberi (pahala) secara penuh dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan).

( Al-Baqarah, 272)

No comments: