Sunday, February 28, 2010

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2010


SAMBUTAN MAULIDURRASUL PANITIA PENDIDIKAN ISLAM, SK BUKIT RIMAU

26 Feb 2010~ Berlangsung majlis sambutan Maulidur Rasul. Majlis dimulakan dengan selawat atas Nabi Muhammad SAW yang diketuai oleh Ustaz Ruhimi Hamzah. Seterusnya perarakan mengelilingi kawasan sekolah dan berakhir di dewan. Majlis diteruskan dengan ucapan En Md Latif Bajuri dan diikuti oleh ceramah oleh Ustaz Asyaipul Adli Kasmin, JU Agama dari Sekolah Menengah Kwang Hwa, Klang.
Antara intipati ceramah beliau:
IMAN ~ bergantung kepada pemakanan kita.Inilah perkara penting yang amat perlu dijaga.

Maulidur Rasul atau dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Ada kelebihan disediakan kepada orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

S E J A R A H H I D U P M U H A M M A D

USIA Abdul-Muttalib sudah hampir mencapai tujuhpuluh tahun atau lebih tatkala Abrahah mencuba menyerang Mekah dan menghancurkan Rumah Purba. Ketika itu umur Abdullah anaknya sudah duapuluh empat tahun, dan sudah tiba masanya dikahwinkan.

Pilihan Abdul-Muttalib jatuh kepada Aminah bint Wahb bin Abd Manaf bin Zuhra, - pemimpin suku Zuhra ketika itu yang sesuai pula usianya dan mempunyai kedudukan terhormat.

Sesudah itu mereka pindah bersama-sama ke keluarga Abdul Muttalib. Tak
seberapa lama kemudian Abdullahpun pergi dalam suatu usaha perdagangan ke Suria dengan meninggalkan isteri yang dalam keadaan hamil.

Begitu berita sampai kepada Abdul Muttalib ia mengutus Harith - anaknya yang sulung - ke Madinah, supaya membawa kembali bila Abdullah sudah sembuh. Tetapi sesampainya di Madinah ia mengetahui bahwa Abdullah sudah meninggal dan sudah dikuburkan pula, sebulan sesudah kafilahnya berangkat ke Mekah.
Kembalilah Harith kepada keluarganya dengan membawa perasaan pilu atas kematian adiknya itu. Rasa duka dan sedih menimpa hati Abdul Muttalib, menimpa hati Aminah, kerana ia kehilangan seorang suami yang selama ini menjadi harapan kebahagiaan
hidupnya.


Aminah sudah hamil, dan kemudian, melahirkan. Selesai bersalin dikirimnya berita kepada Abdul Muttalib di Ka'bah, bahwa ia melahirkan seorang anak
laki-laki. Alangkah gembiranya orang tua itu setelah menerima berita. Sekaligus ia teringat kepada Abdullah anaknya. Gembira sekali hatinya karena ternyata pengganti anaknya sudah ada.

Cepat-cepat ia menemui menantunya itu, diangkatnya bayi itu lalu dibawanya ke Ka'bah. Ia diberi nama Muhammad. Nama ini tidak umum dalam kalangan orang Arab tapi cukup dikenal. Kemudian dikembalikannya bayi itu kepada ibunya. Kini mereka sedang menantikan orang yang akan menyusukannya dari Keluarga Sa'd (Banu Sa'd), untuk kemudian menyerahkan anaknya itu kepada salah seorang dari mereka, sebagaimana sudah menjadi adat kaum bangsawan Arab di Mekah.

Pada hari ketujuh kelahirannya itu Abdul Muttalib minta disembelihkan unta. Hal ini kemudian dilakukan dengan mengundang makan masyarakat Quraisy. Setelah mereka mengetahui bahwa anak itu diberi nama Muhammad, mereka bertanya-tanya mengapa ia tidak suka memakai nama nenek moyang. "Kuinginkan dia akan menjadi orang yang Terpuji, bagi Tuhan di langit dan bagi makhlukNya di bumi," jawab Abdul Muttalib.

MUHASABAH DIRI:Penceramah mengingatkan..
Aku mengaku cinta dan kasihkan Rasul, …tapinya aku jarang ikut amalannya yang memohon Istighfar sekurang-kurang 70 kali sehari sedangkan dia sudah diangkat sebagai Penghulu syurga dan maksum dari segala dosa.





Monday, February 22, 2010

MESYUARAT SUKAN / MESYUARAT PIDATO PERINGKAT ZON

22 Februari 2010~ Mesyuarat Sukan telah berlangsung pada jam 12.15 tengah hari dan berakhir pada jam 2.15 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Abd Khalib Abd Hamid.
Sukan akan diadakan pada 7 Mac 2010 di Stadium Matsushita, Shah Alam dan akan bermula jam 7.00pagi. En Surendran telah berbesar hati membiayai(sponsor) obor kejohanan sukan pada kali ini.(Anggaran RM 1K-RM 2K)
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Surendran atas tajaan tersebut.

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu membincangkan persiapan SK Bukit Rimau sebagai tuan rumah peringkat Zon Pertandingan Pidato yang akan diadakan pada 23 Mac 2010. Semua guru Bahasa Melayu terlibat dalam persiapan pertandingan ini.
Antara guru-guru BM sesi pagi
Pn Faridah
Pn Norlaila(ganti)
Pn Shahariza
Pn Nor Baizura
Cik Norliza
Pn Sharirah
Pn Rusnita
Tn Hj Khairuddin
Pn Siti Rusilawati(Ketua Panitia)
Pn Roslina Abd Razak
Pn Rosnah Mohamed
dll..
Antara guru-guru BM sesi petang
Pn Suhaila (Penolong Ketua Panitia)
Pn Che Norlia
En Umar Dani
dll....

Thursday, February 4, 2010

PERKEMBANGAN STAF BAHASA MELAYU 012


5 Februari 2010 ~Berlangsung di Bilik Tayang SKBR, perkembangan Staf mata pelajaran Bahasa Melayu 012.Perkembangan Staf selama satu jam disampaikan oleh Pn Soraya Nita Othman.Fokus kepada Skema pemarkahan Bahagian C.
Kehadiran(Guru BM Tahap 2)
Pn Siti Rusilawati (Ketua Panitia BM)
Pn Rusnita Kaldin
Pn Noor Baizura
Cik Siti Norliza
Pn Roslina Abd Razak
Pn Norlaila Hj Alias
Pn Rosnah Mohamed

SUMBANGAN PIBG

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) KALI KE-6
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RIMAU

8.00 pagi : Ketibaan Dan Pendaftaran
8.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-.6
- Ucapan YDP
- Ucapan Ex-Officio.
- Pemberian Cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2009/10
- Pembentangan Dan Pengesahan Minit Yang lalu.
- Perkara Berbangkit.
- Pembentangan Laporan Aktiviti
- Pembentangan Dan Pengesahan Penyata Kewangan
- Pembubaran AJK sesi 2009/2010.
- Pelantikan Pengerusi Sementara
- Pelantikan AJK sesi 2010/2011.
- Pembentangan Usul
- Hal-hal Lain
11.30 pagi : Ucapan Pengerusi sesi 2010/2011 dan Ucapan Penangguhan
11.15 pagi : Cabutan Bertuah
11.40 pagi : Sesi bergambar AJK 2010/2011
TARIKH ~SUMBANGAN
SETIAP BULAN~ SAGUHATI PENGAWAL
1 APR 09 ~KECERIAAN BILIK KHAS& KELAS AKADEMIK
4 APR 09~ PEMASANGAN KIPAS DI BILIK- BILIK KHAS/PEMASANGAN MANGGA BARU DI PINTU PAGAR
14 APR 09 ~BOLA TAMPAR MSSD
9 MEI 09 ~PEMBELIAN KAMERA UNTUK KEGUNAAN DOKUMENTASI PROGRAM SEKOLAH
1- 15 MEI 09 ~NILAM MESRA KAMUS
11-18 MEI 09 ~PELAKSANAAN MINGGU PSS & PANITIA MATA PELAJARAN
22 MEI 09 ~SAMBUTAN HARI GURU
28 MEI 09 ~MTQ DAERAH KLANG
24 JUL 09 ~PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS
11 OGOS 09 ~SOFT BOARD BILIK MENUNGGU
1 SEPT 09 ~PEMBEKALAN TOPENG MUKA(H1N1)
17 SEPT 09 ~SUMBANGAN ANAK YATIM/ MISKIN
9 NOV 09 ~HARI GRADUASI TAHUN 6
13 NOV 09 ~PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
23 JAN 10 ~HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

USUL PIBG 2010

~AKAN DIMASUKKAN SELEPAS DIJAWAB OLEH PIHAK SEKOLAH~

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2010

5 FEBRUARI 2010~ JAM 2.30PETANG

LATIHAN MERENTAS DESA

3 Feb 2010


KEJOHANAN GOLF MSS SELANGOR 2010




Tarikh: 3-4 Feb 2010
Tempat: Perangsang Templer Golf Club Rawang
Peserta: Raeysha a/p S. Surendran
Pencapaian: Naib Johan
Kategori: Perempuan 12 Tahun