Sunday, August 23, 2009
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
WARGA SKBR MEMOHON SERIBU KEMAAFAN DAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA
Al Fath: 12
Menurut Ibnu Abbas RA: Ayat ini melarang mukmin berburuk sangka terhadap mukmin yang lain.
Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.
Allah melarang mukmin mencari-cari rahsia orang lain, lalu didedahkan keburukan hasil intipan itu. Kita semestinya berpuas hati dengan tindak tanduk zahir dari seseorang. Lalu kita berikan pujian dan sanjungan sewajarnya terhadapnya ataupun sebaliknya mencela seseorang hendaklah berdasarkan amalan zahirnya umpamanya ia seorang yang melakukan maksiat secara terang terangan seperti pemabuk atau penjudi, bukan atas dasar apa yang tersembunyi.
Oleh sebab inilah kita dilarang keras memasuki rumah atau bilik orang lain tanpa izin dan kebenaran penghuninya.
Rasulullah SAW. bersabda: "Ada tiga perkara yang mesti ada pada umatku: Thiyarah (beranggapan sesuatu boleh membawa sial), hasad (dengki) dan suu'uzzan (buruk sangka).
Seorang sahabat bertanya: Ya Rasulallah, bagaimanakah caranya agar ketiga-tiga perkara itu dapat kami hindarkan? Lalu jawab baginda SAW.: Jika kamu ada perasaan dengki maka segeralah beristighfar (taubat) dan jika kamu berburuk sangka (pada seseorang) maka janganlah kamu selidiki atau mengintip intip dan jika kamu thiyarah maka hendaklah kamu teruskan (pekerjaan itu). (HR Thabarany dari Harits Bin Nu'man)
Dan janganlah sebahagian kamu menggunjing (mengumpat) sebahagian yang lain.
Maksudnya: Jangan hendaknya kita menyebut keburukan orang lain yang dia benci jika mengetahuinya. Larangan "menyebut" disini bukan hanya terbatas pada ucapan lisan tetapi juga termasuk dalam bentuk isyarat. Dan maksud "yang dia benci" disini mencakupi tentang agamanya, dunianya, akhlaknya, rupanya, hartanya, anaknya, isterinya, suaminya, khadamnya, pakaiannya, perhiasannya dan lain-lain.
Menurut Al Hasan: Mengumpat ada tiga bentuk, iaitu:
Al Ghibah:
Menyehut ke’aiban atau kecacatan seseorang yang ‘aib itu memang ada pada diri orang tersebut.
Al Buhtan:
Menyebut ke’aiban atau kekurangan seseorang yang ‘aib itu tidak ada pada orang itu (hanya direka-reka saja).
Al Ifk:
Menyebut ke’aiban atau keburukan seseorang hasil daripada apa yang didengarnya melalui mulut orang lain.
Para ulama sependapat bahawa kesemua jenis mengumpat di atas adalah dosa besar (Al Kabaair). Selain mereka wajib taubat kepada Allah, mereka juga wajib memohon maaf kepada orang yang diumpat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment