Wednesday, July 15, 2009

GOTONG-ROYONG PIBG DAN PERASMIAN TAMAN SAKU



Ibu bapa/ Penjaga,
Pelajar SK Bukit Rimau

Melalui,

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau
Seksyen 32, 40460 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan/ Puan

PROGRAM GOTONG- ROYONG 2009 DAN PERASMIAN TAMAN SAKU

Sukacita dimaklumkan perkara di atas dirujuki.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa- Guru SK Bukit Rimau akan mengadakan program dan majlis tersebut seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 25 Julai 2009
Hari : Sabtu
Aturcara : 7.30 pagi – Ketibaan ibu bapa
: 7.40 pagi – Taklimat dan agihan tugas
: 7.50 pagi – Gotong- royong bermula
: 11.30 pagi – Majlis Perasmian Taman Saku
: 12.15 t/hari – Jamuan makan
Tempat : SK Bukit Rimau
Perasmi : Tuan Mazalan Bin Md. Nor,
Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam,

3. Sehubungan itu, kami memohon kerjasama daripada pihak tuan agar dapat hadir dengan membawa peralatan yang sesuai bagi menjayakan program dan majlis tersebut.
*kesudian tuan/puan untuk membawa potluck amat dialu- alukan.

4. Oleh itu, diharapkan agar pihak tuan/ puan dapat melengkapkan borang jawapan kehadiran yang disertakan dan dikembalikan kepada guru kelas anak Tuan/ Puan sebelum atau pada 20 JULAI 2009 (ISNIN).

5. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
PIBG
‘PENCETUS IDEA BERJIWA GEMILANG’

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………
NOOR PAIZAL BIN MOHAMED ZAINURI
Yang Dipertua,
PIBG SK Bukit Rimau
________________________________________________________________________________
Jawapan Kehadiran
Bil Nama Bilangan turut hadir
1

No comments: