Thursday, June 4, 2009

MOHON SUMBANGAN PELAKSANAAN PROGRAM DAN FASILITI


AKTIVITI PIBG


Melalui,

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau
Seksyen 32, 40460 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan/ Puan,

MOHON SUMBANGAN PELAKSANAAN PROGRAM DAN FASILITI SK BUKIT RIMAU
Sukacita dimaklumkan perkara di atas dirujuki.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, bilangan pelajar di SK Bukit Rimau telah bertambah secara mendadak pada tahun 2009. Oleh itu, keperluan bagi pelaksanaan pelbagai program, aktiviti dan fasiliti sekolah turut bertambah.

3. Sehubungan itu, kami memohon sumbangan dari pihak tuan agar dapat membiayai program dan fasiliti di SK Bukit Rimau dimana PIBG sebagai ucapan terima kasih akan mengiklankan perniagaan pihak tuan melalui persembahan multimedia semasa program sekolah yang akan dilangsungkan kelak atau membantu pihak tuan menyebarkan iklan bercetak yang disediakan oleh perniagaan pihak tuan sendiri.

4. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

PIBG
‘PENCETUS IDEA BERJIWA GEMILANG’

Yang benar,

NOOR PAIZAL MOHAMED ZAINURI
Yang Dipertua,
PIBG SK Bukit Rimau
(012-2778922)

No comments: