Tuesday, May 5, 2009

SURAT KEPADA IBU BAPA


MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA MURID-MURID SKBR

Semua ibu bapa murid-murid SKBR,
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau.

Tuan/Puan,

AKTIVITI NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak PIBG telah meluluskan peruntukan untuk menjalankan program ini bermula 1 hingga 28 Mei 2009 sempena Minggu Pusat Sumber. Bagaimanapun beberapa perkara perlu dilaksanakan.

2. Pihak sekolah memerlukan kerjasama daripada ibu bapa untuk melaksanakan program ini. Ibu bapa diminta membeli buku Rekod Bacaan NILAM yang berharga RM1.50 di Kedai Buku Sekolah. Ibu bapa juga diminta membimbing anak-anak tuan/puan menjalankan program ini Guru-guru yang terlibat untuk membimbing di sekolah ialah guru-guru Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. (Guru yang membawa murid ke pusat sumber)

3. Ibu bapa diminta membimbing murid-murid mengisi buku NILAM seperti contoh yang dipamerkan dalam blog ini (NILAM MESRA KAMUS).

4. Pastikan anak-anak tuan/puan menyerahkan buku NILAM tersebut kepada guru Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris pada 28 Mei 2009 untuk Tahun 1 dan 6.Bagi Tahun 2,3,4 dan 5 tarikh penghantaran ialah pada 15 Mei 2009.

5. Diharapkan tuan/puan dapat mengambil perhatian berkaitan hal ini.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

‘SENTIASA YANG TERBAIK’

Saya yang menurut perintah,

HJ NOR AZMI BIN RAHMAT

No comments: