Thursday, December 4, 2008

Isu Yuran, Derma PIBG & Pakej Bayaran Tambahan Sekolah

Isu bermula sewaktu pembentangan Belanjawan 2008 (07-09-2007), Y.A.B. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengumumkan bahawa yuran sekolah rendah dan yuran sekolah menengah telah dimansuhkan. Semua rakyat amat gembira dengan kenyataan itu. Esoknya, YB Menteri Pelajaran pula menegaskan bahwa:

“Ibu bapa kini tidak boleh memberi alasan kewangan untuk tidak menghantar anak masing-masing ke sekolah selepas kerajaan menyediakan pendidikan secara percuma mulai tahun depan.” (Utusan Malaysia: 08-09-2007)

Sekolah memang memerlukan wang untuk keperluan kertas peperiksaan, MSSM, kegiatan kokurikulum & sukan. Malahan insurans perlindungan takaful murid RM1.50 memang wajib dikumpul sebelum akhir Januari setiap tahun, ada surat pekeliling berkaitannya, iaitu SPI Bil. 3/95.

Maka, pihak sekolah diarah oleh KPM untuk membuat permohonan memilih salah satu pakej dari Pakej Bayaran Tambahan untuk dibayar oleh ibu bapa, dengan persetujuan Jawatankuasa PIBG. Pemilihan nilai bayaran pakej itu berbeza mengikut jenis sekolah, lokasi serta latar sosio ekonomi ibu bapa. Yuran yang dimansuh ialah kadar yuran runcit asas iaitu RM9.00 (Sek. Men) dan RM4.50 (Sek. Ren.). Diganti oleh Pakej Bayaran Tambahan (PBT).
Baru-baru ini, Menteri Pelajaran dalam sidang akhbarnya mengumumkan bahawa mulai tahun 2009, sebarang kutipan bayaran tambahan oleh PIBG tidak lagi dibuat pada awal tahun. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Awal Penggal Persekolahan 2009 memutuskan bahawa bayaran tambahan tersebut akan dikutip pada pertengahan tahun setelah mendapat persetujuan mesyuarat PIBG.

2 comments:

SKSD said...

ntah ape2ntah...sedangkan bayar pada bulan januari pun ade yang tangguh sampai akhir tahun...inikan plak bayar pd pertengahan tahun....lagi ler....sampai thun dpan asyik ckgu minta dan merayu pada budak...memeningkan kepala je..wallahualam..

SKSD said...

ntah ape2ntah...sedangkan bayar pada bulan januari pun ade yang tangguh sampai akhir tahun...inikan plak bayar pd pertengahan tahun....lagi ler....sampai thun dpan asyik ckgu minta dan merayu pada budak...memeningkan kepala je..wallahualam..