Friday, December 26, 2008

MURID SKBR TERPILIH KE MCKK




INFO: MCKK
Kemasukan ke The Malay College Kuala Kangsar terbahagi kepada kemasukan ke Tingkatan 1 dan kemasukan ke Tingkatan 4

Kemasukan ke Tingkatan 1
Syarat utama untuk memasuki tingkatan 1 pada setiap tahun pengajian memerlukan:

1) Kelayakan akademik tidak kurang dari 5 A dalam peperiksaan UPSR.

2) Mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam bidang kokurkulum.

3) Mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang ketika menuntut di sekolah rendah.

4) Pelajar yang mempunyai markah tertinggi dalam peperiksaan UPSR yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan tersenarai antara 120 orang pelajar lelaki terbaik seluruh negara akan terpilih secara automatik untuk memasuki tingkatan 1 di The Malay College Kuala Kangsar.

Semua urusan pengambilan bagi semua pelajar akan dilakukan oleh pihak Sektor Sekolah Berasrama Penuh ( Sektor SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar atau ibu bapa hanya perlu mengisi borang bagi kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan memilih jurusan sains semasa berada di sekolah rendah atau selepas mendapat keputusan PMR.Pengambilan akan dibuat secara berperingkat peringkat dari bulan Januari hingga bulan Julai bagi setiap tahun.

Thursday, December 4, 2008

Isu Yuran, Derma PIBG & Pakej Bayaran Tambahan Sekolah

Isu bermula sewaktu pembentangan Belanjawan 2008 (07-09-2007), Y.A.B. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengumumkan bahawa yuran sekolah rendah dan yuran sekolah menengah telah dimansuhkan. Semua rakyat amat gembira dengan kenyataan itu. Esoknya, YB Menteri Pelajaran pula menegaskan bahwa:

“Ibu bapa kini tidak boleh memberi alasan kewangan untuk tidak menghantar anak masing-masing ke sekolah selepas kerajaan menyediakan pendidikan secara percuma mulai tahun depan.” (Utusan Malaysia: 08-09-2007)

Sekolah memang memerlukan wang untuk keperluan kertas peperiksaan, MSSM, kegiatan kokurikulum & sukan. Malahan insurans perlindungan takaful murid RM1.50 memang wajib dikumpul sebelum akhir Januari setiap tahun, ada surat pekeliling berkaitannya, iaitu SPI Bil. 3/95.

Maka, pihak sekolah diarah oleh KPM untuk membuat permohonan memilih salah satu pakej dari Pakej Bayaran Tambahan untuk dibayar oleh ibu bapa, dengan persetujuan Jawatankuasa PIBG. Pemilihan nilai bayaran pakej itu berbeza mengikut jenis sekolah, lokasi serta latar sosio ekonomi ibu bapa. Yuran yang dimansuh ialah kadar yuran runcit asas iaitu RM9.00 (Sek. Men) dan RM4.50 (Sek. Ren.). Diganti oleh Pakej Bayaran Tambahan (PBT).
Baru-baru ini, Menteri Pelajaran dalam sidang akhbarnya mengumumkan bahawa mulai tahun 2009, sebarang kutipan bayaran tambahan oleh PIBG tidak lagi dibuat pada awal tahun. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Awal Penggal Persekolahan 2009 memutuskan bahawa bayaran tambahan tersebut akan dikutip pada pertengahan tahun setelah mendapat persetujuan mesyuarat PIBG.

Tiada Kutipan PIBG Awal Tahun

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Mulai tahun depan, sebarang kutipan bayaran tambahan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak lagi dibuat pada awal tahun, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.
Maklumat lanjut:

Yuran PIBG bayar pertengahan tahun – Hishammuddin

Friday, 28 November 2008 14:43
Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan penambahan bayaran oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak akan dilakukan lagi pada awal tahun mulai tahun hadapan. Beliau berkata keputusan yang diperolehi semasa Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2009 memutuskan ianya akan dikutip semasa pertengahan tahun.
"Melalui langkah ini, PIBG dan ibu bapa akan diberikan mandat dan peluang untuk menentukan jumlah yang akan dikutip daripada ibu bapa. Selain mengurangkan beban tanggungan ibu bapa, langkah ini selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran mengupayakan peranan dan tanggungjawab PIBG dalam membantu membangunkan sistem pendidikan negara," katanya. –Malaysia Today