18 Okt.2008 - Lawatan ke Putrajaya ( Cruise n Learn) dan kilang coklat Beryl's. Unit Bimbingan & Kaunseling di bawah Program Masih Ada Yang Sayang dan pemenang program anjuran pusat sumber telah mengadakan lawatan sambil belajar. 'Cruise n Learn',murid-murid didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang Putrajaya. Sepanjang 45 minit belayar dengan 'Cruise Kelah', murid dapat melihat keindahan Putrajaya serta maklumat tentang aspek senibina bangunan-bangunan di Putrajaya.
Kilang Coklat Beryl's pula menayangkan maklumat tentang kepentingan koko dan cara-cara membuat coklat. Murid kemudian dibawa ke galeri pembuatan coklat.Bagaimanapun galeri yang dilawati tidak membenarkan gambar-gambar dirakamkan.
2009 !~Jika murid-murid SKBR ingin menyertai lawatan sambil belajar, sertailah pertandingan-pertandingan anjuran pusat sumber.
3 comments:
melepas hamba nak join....nak wat cam ne....................rejeki tak dak..
Insya Allah , Tahun hadapan kita ke Melaka Bandar Warisan Sejarah
boleh berkenalan dengan makwe yang pegang buah kuning tu tak?
Post a Comment