Tuesday, March 18, 2008

MAJLIS PELANCARAN SEKOLAH SELAMAT


24 Mac 2008 - Majlis Pelancaran Sekolah Selamat dirasmikan oleh Tn Hj Nor Azmi Rahmat di Dataran Perhimpunan. Fokus kepada perjalanan pergi dan balik sekolah. Murid-murid diingatkan supaya menjaga keselamatan semasa pergi dan balik sekolah. Ibu bapa diharap sentiasa mengingatkan anak-anak agar menjaga keselamatan diri.
INFO
Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung masalah disiplin para pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya.
Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik.
PERANAN IBU BAPA
Ibu bapa dan penjaga menunjukkan rasa sifat kepunyaan dan bangga terhadap sekolah melalui sokongan, penglibatan dan penyertaan sebagai rakan kongsi dalam aktiviti sekolah selamat.
Contoh perkongsian adalah merupakan program keibubapaan secara sukarela contonya rondaan keselamatan, bantuan, pemantauan dan program pendidikan keibubapaan dimana ibu bapa belajar kemahiran menolong, menerima khidmat kaunseling, belajar berkenaan akibat tingkah laku keganasan di sekolah.

1. Ibu bapa sentiasa diberitahu tentang program sekolah selamat, pelan, dan prosedur tindakan dan juga peranan dan tangungjawab mereka
2. Membuat tinjauan dan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa bagi menentukan tanggapan mereka berhubung dengan keselamatan sekolah dan hubungan dengan jenayah pelajar
3. Melibatkan ibu bapa dalam pembangunan polisi sekolah selamat dan menjadi ahli dalam jawatankuasa sekolah selamat
4. Melibatkan ibu bapa sebagai tenaga pengiring (chaperones) dan membantu dalam menjalankan rondaan keselamatan dan program pengawasan jenayah
5. Mengiktiraf ibu bapa sebagai rakan dalam memastikian sekolah selamat melalui pendidikan keibubapaan dan kaunseling
6. Menggalakan ibu bapa bertanggungjawab dalam memantau tingkah laku dan permasalahan pelajar
7. Memberi khidmat kaunseling kepada ibu bapa yang anak mereka mempunyai potensi ke arah kegaganasan

1 comment:

SKSD said...

puan...nape kt gmabar tu tarikhnya 1.1.2003...rasenya aku belum masuk skbr lagi....tp...aku ade ...ishish.ish.