Sunday, November 18, 2007

TAKLIMAT PERSEKOLAHAN DAN SISTEM PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN

16 NOV 2007 - Surat makluman diedarkan kepada semua murid yang hadir.
Antara kandungan surat ini ialah:
Hari pertama persekolahan 2008 akan bermula pada 3 Januari 2008.(Khamis)
*Ibu bapa dan murid prasekolah diminta hadir untuk taklimat pada 31 Disember 2007(Isnin) jam 8.30 pagi.
**Ibu bapa dan murid Tahun 1 serta murid baru sekolah ini diminta hadir untuk taklimat dan pembayaran pakej bayaran tambahan pada 2 Januari 2008 (Rabu) jam 8.30pagi.
***Ibu bapa dan murid Pendidikan Khas Tahun 2 hingga Tahun 6 dikehendaki hadir untuk pembayaran pakej tambahan mulai 3 Januari 2008(Khamis)

Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2007 KPM bertarikh 30 Oktober 2007, menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia telah memutuskan Pemansuhan Yuran Khas di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
Berkuatkuasa 1 Januari 2008 ibu bapa tidak perlu lagi membayar Yuran Khas sebanyak RM4.50 bagi setiap murid di sekolah rendah.Akan tetapi terdapat beberapa aktiviti lain yang penting termasuk beberapa perkhidmatan dan kemudahan tambahan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada murid-murid yang perlu mempunyai peruntukan secara khusus.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dikenakan membuat pembayaran (bukannya yuran) atas perkhidmatan dan kemudahan tambahan tersebut. Pihak sekolah telah memilih Pakej B, iaitu dengan mengambil kira persekitaran sekolah, pandangan guru-guru dan seterusnya telah mendapat kebenaran Pendafrat Negeri melalui PPD Klang. Berikut adalah Pakej Bayaran Tambahan Di Sekolah Rendah (Pakej B)
Jenis Bayaran
1. Kokurikulum - RM3.00
2. Kertas Ujian Bulanan - RM8.00
3. Sukan Tahunan Sekolah - RM8.00
4. Kegiatan Agama/Moral - RM8.00
5. Skim Perlindungan Diri - RM1.50
6. MSSM - RM2.00
JUMLAH = RM30.50

Yuran RM4.50 - dimansuhkan
Yuran UPSR - PERCUMA

##Pembayaran tambahan ini hendaklah dibayar kepada guru kelas anak tuan/puan.

SELAMAT BERCUTI

No comments: