Sunday, November 18, 2007

KALENDAR PERSEKOLAHAN 2008

http://apps2.emoe.gov.my/

TAKLIMAT MURID TAHUN 1

2 Januari 2008- Murid Tahun 1 dan murid baru perlu hadir untuk taklimat dan pembayaran pakej tambahan jam 8.30 pagi.

Guru Tahun 1 - 2008
1R - Pn Zuraini Abdul Radzak
1I - Pn Nurul Afina Raiduan
1M-Pn Shahariza Hashim
1A -Cik Norkhairiah Said
1U-
(Sebarang pertukaran guru kelas Tahun 1 akan dimaklumkan kemudian)

PENDIDIKAN KHAS SKBR

Ibu bapa dan murid pendidikan khas, Tahun 2 hingga Tahun 6 dikehendaki hadir untuk pembayaran pakej tambahan mulai 3 Januari 2008(Khamis).
Penyelaras Pendidikan Khas -Pn Rosedah Abdullah

TAKLIMAT PERSEKOLAHAN PRASEKOLAH

Ibu bapa dan murid prasekolah diminta hadir untuk taklimat pada 31 Disember 2007 jam 8.30 pagi.
Guru Prasekolah - Pn Fitra Dilla Abdul Halim

TAKLIMAT PERSEKOLAHAN DAN SISTEM PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN

16 NOV 2007 - Surat makluman diedarkan kepada semua murid yang hadir.
Antara kandungan surat ini ialah:
Hari pertama persekolahan 2008 akan bermula pada 3 Januari 2008.(Khamis)
*Ibu bapa dan murid prasekolah diminta hadir untuk taklimat pada 31 Disember 2007(Isnin) jam 8.30 pagi.
**Ibu bapa dan murid Tahun 1 serta murid baru sekolah ini diminta hadir untuk taklimat dan pembayaran pakej bayaran tambahan pada 2 Januari 2008 (Rabu) jam 8.30pagi.
***Ibu bapa dan murid Pendidikan Khas Tahun 2 hingga Tahun 6 dikehendaki hadir untuk pembayaran pakej tambahan mulai 3 Januari 2008(Khamis)

Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2007 KPM bertarikh 30 Oktober 2007, menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia telah memutuskan Pemansuhan Yuran Khas di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
Berkuatkuasa 1 Januari 2008 ibu bapa tidak perlu lagi membayar Yuran Khas sebanyak RM4.50 bagi setiap murid di sekolah rendah.Akan tetapi terdapat beberapa aktiviti lain yang penting termasuk beberapa perkhidmatan dan kemudahan tambahan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada murid-murid yang perlu mempunyai peruntukan secara khusus.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa dikenakan membuat pembayaran (bukannya yuran) atas perkhidmatan dan kemudahan tambahan tersebut. Pihak sekolah telah memilih Pakej B, iaitu dengan mengambil kira persekitaran sekolah, pandangan guru-guru dan seterusnya telah mendapat kebenaran Pendafrat Negeri melalui PPD Klang. Berikut adalah Pakej Bayaran Tambahan Di Sekolah Rendah (Pakej B)
Jenis Bayaran
1. Kokurikulum - RM3.00
2. Kertas Ujian Bulanan - RM8.00
3. Sukan Tahunan Sekolah - RM8.00
4. Kegiatan Agama/Moral - RM8.00
5. Skim Perlindungan Diri - RM1.50
6. MSSM - RM2.00
JUMLAH = RM30.50

Yuran RM4.50 - dimansuhkan
Yuran UPSR - PERCUMA

##Pembayaran tambahan ini hendaklah dibayar kepada guru kelas anak tuan/puan.

SELAMAT BERCUTI

MAJLIS PERPISAHAN ANJURAN BKGKS

16 NOV 2007 - Badan Kebajikan Guru & Kakitangan sekolah mengadakan jamuan perpisahan untuk En Bahar Mohamad Sapire, En Sajahan(PAR), Pn Heldawati (GSTT)dan Cik Raylena(GSTT). En Bahar akan bertukar ke Kota Kinabalu, Sabah. En Sajahan akan bertukar ke Sg Buaya, Banting manakala Pn Heldawati dan Cik Raylena tamat kontrak sebagai guru sandaran tidak terlatih.
Warga SKBR mengucapkan TERIMA KASIH dan SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU......

TAHNIAH ...UPSR 2007

15 NOV 2007 - Keputusan UPSR 2007 diumumkan di Dewan Sri Rimau. Seramai 7 orang mendapat 5A manakala 15 orang mendapat 4A 1B.
TAHNIAH!

MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH & TAHUN 6


14 NOV. 2007 - Majlis Graduasi ini telah disempurnakan oleh En Jazlan Abdul Jalil selaku YDP PIBG SK Bukit Rimau.

LATIHAN & CERAMAH KEBAKARAN


13 NOV 2007 - J/K Keselamatan Sekolah telah mengadakan latihan dan ceramah kebakaran. Latihan dan tunjukcara menggunakan alat pemadam api telah didemonstrasikan di padang sekolah. Ceramah pula dijalankan di Dewan Sri Rimau manakala taklimat kebakaran pula di buat di bilik mesyuarat. Taklimat ini khusus kepada Guru Pen. Kanan Hel Ehwal Murid(GPK HEM) Pn Jamaliah Ab Hamid dan J/K Keselamatan yang diketuai oleh En Fahmi Hussin. AJKnya pula terdiri daripada Pn Laila, Pn Fitra, Pn Shahariza, dan Pn Roszaida.


CERAMAH AKHLAK DALAM PERGAULAN

7 NOV. 2007 - Unit Bimbingan & Kaunseling telah menjemput Ustaz Norhisam b. Ahmad untuk memberikan ceramah kepada murid-murid SKBR.

KE ARAH MINDA KELAS PERTAMA BERSAMA KUNTUM


7 Nov 2007 - Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Program Bersama Kuntum dalam usaha memupuk minat murid-murid agar minat membaca. Murid-murid SKBR telah diminta membacakan 'ikrar membaca'.


PERKHEMAHAN PPKIBP KALI PERTAMA 2007

6 Nov - Kelas Pendidikan Khas SK Bukit Rimau telah mengadakan perkhemahan kali pertama di padang sekolah. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh En Kamarul Asnan Adan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.