Thursday, January 28, 2016

MINIT MESYUARAT AGUNG





MINIT MESYUARAT AGUNG

CATATAN MESYUARAT

7.1 Ucapan Yang DiPertua PIBG

7.1.1 YDP mengucapkan terima kasih atas keadiran ibu bapa.
7.1.2 YDP memaklumkan pencapaian UPSR antara 7 terbaik di Daerah Klang.
7.1.3 YDP memaklumkan beberapa program yang telah dilaksanakan pihak sekolah dengan kerjasama PIBG, antaranya:
- kelas tambahan tahun 6 yang bermula 31 Jan 2015, iaitu hari ini.
- khidmat Rela bagi kawalan keselamatan murid datang dan balik
- Program Sedekad SKBR
- program wakaf kerusi meja di kantin dan naik taraf surau serta program wakaf buku yang dilancarkan hari ini.
- penambahan kipas bagi kegunaan di Dewan Sri Rimau dan turut merancang agar pemasangan penghawa dingin.
- pemasangan projektor bagi kelas abad ke 21.
7.1.4 Beliau mencadangkan agar kutipan sumbangan persekolahan pada sesi 2015 diadakan semasa awal sesi persekolahan agar program sekolah dapat berjalan lancar.

7.2 Ucapan Guru Besar selaku Penasihat / Ex-Officio
7.2.1 Guru Besar mengalukan kehadiran ibu bapa ke mesyuarat Agung PIBG Skbr ke 11.
7.2.2 Guru Besar menjelaskan tentang kejayaan UPSR walaupun berlaku penurunan bilangan murid mendapat 5A namun kekal 7 terbaik Daerah Klang dan GPS bawah 2.0.
7.2.3 Guru Besar memaklumkan beberapa perkembanagan terkini pendidikan antaranya pelaksanaan kelas abad ke 21 serta soalan KBAT.

7.3 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-10
7.3.1 Setiausaha Kehormat membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
Cadangan pengesahan : Pn Norsiah bt Salleh
Sokongan pengesahan : Pn Zailawati

7.4 Pembentangan Laporan Aktiviti
7.4.1 Setiausaha membentangkan laporan dan sumbangan PIBG sesi 2014/2015

7.5 Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan
7.5.1 Bendahari Kehormat membentangkan laporan kewangan PIBG sehingga 31 Disember 2014.
Cadangan pengesahan : En Badrul
Sokongan pengesahan : Pn Sarani

7.6 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2014 / 2015
7.6.1 YDP mengisytiharkan pembubaran jawatankuasa PIBG sesi 2014 / 2015 secara rasmi.

7.7 Pelantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat
7.7.1 Mesyuarat bersetuju melantik Tn Hj Noor Paizal sebagai pengerusi sementara
Pencadang : Tn Hj Noor Paizal
Disokong : Sebulat suara.

7.8 Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2015/ 16
7.8.1 Yang Di pertua
7.8.1.1 En Mohd Khusyairi Bin Abdul Aziz dilantik sebagai YDP.
Pencadang : En. Reduan
Disokong : Pn Haslina

7.8.2 Naib Yang Di Pertua
7.8.2.1 En Azman Bin Zaini telah dilantik sebagai NYDP.
Pencadang : Pn Rahadi
Disokong : En Ikhwan

7.8.3 Setiausaha Kehormat ( Dilantik oleh pihak sekolah )
7.8.3.1 Akan dilantik oleh Guru Besar.

7.8.4 Bendahari Kehormat ( Dilantik oleh pihak sekolah )
7.8.4.1 Akan dilantik oleh Guru Besar.

7.8.5 Ahli Jawatankuasa ( 6 orang wakil ibu bapa, 5 orang wakil guru )
7.8.5.1 Pelantikan Barisan AJK PIBG sesi 2015/16 adalah seperti berikut :
1. En Mustafa B Kainin
2. En Rahadi B Ranom
3. En Abdul Rashid B Zakaria
4. En Abd Samad B Mat
5. En Ekhwan B Jani
6. Pn Aslina Bt Alpi

7.8.5.2 Barisan AJK PIBG dari wakil guru seramai 5 orang adalah seperti berikut.

- Akan dilantik oleh Guru Besar.
7.8.6 Juru audit
7.8.6.1 Wakil ibu bapa.
Mesyuarat bersetuju melantik juru audit wakil ibu bapa.
1. En Shashi Kumar
Pencadang : Pn Aslina Bt Alpi
Disokong : Pn Tulasi

7.8.6.2 Wakil sekolah
- Akan dilantik oleh Guru Besar.

7.9 Pembentangan Usul / Cadangan
7.9.1 En Ekhwan mohon penjelasan cara pengurusan kewangan dan kos khidmat Rela yang dilihat melebihi peruntukan sedia ada. Mesyuarat dimaklumkan PIBG mempunyai perancangan kewangan untuk 1 tahun dan kelulusan mengikut keperluan. Bagi khidmat Rela kos yang tidak mencukupi ditampung daripada akaun induk kerana hanya 35% ibu bapa yang menjelaskan bayaran tersebut.

7.9.2 En Shashi mohon penjelasan kejadian murid ditampar. Mesyuarat menjelaskan pihak sekolah telah menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru tersebut.

7.9.3 En Rajan mohon penjelasan tentang bayaran fail, buku transisi dan tanda nama murid. Mesyuarat menjelaskan tentang bayaran tersebut dan akan memastikan bayaran ibu bapa pada kadar yang sesuai. En Azman pula mencadangkan agar diberi kepercayaan kepada pihak sekolah dan PIBG untuk menguruskan kewangan tersebut.

7.9.4 En Jaya mohon penjelasan tentang murid sesi petang yang perlu berkumpul di dewan sebelum masuk ke kelas dan menyebabkan pakaian kotor. Mesyuarat menjelaskan bahawa kelas sedang digunakan oleh murid sesi pagi dan guru- guru akan ditugaskan bagi kawalan murid di dewan setiap hari.

7.9.5 En Faizal mohon agar masalah bekalan elektrik yang sering terputus di aras 1 blok Bestari diselesaikan. Mesyuarat memaklumkan tindakan sedang dan akan diteruskan untuk mengatasi masalah ini.

7.9.6 Pn Sabariah mohon agar pemantauan jualan makanan ringan di kantin diberi perhatian. Mesyuarat memaklumkan tindakan tegas dan segera akan dilaksanakan.

7.9.7 Tn Hj Noor Paizal membentangkan cadangan bertulis yang diusulkan oleh AJK PIBG 2014/15 dan mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menerima usul berikut:

1. Sumbangan PIBG dikekalkan RM50 setiap keluarga dan kutipan sumbangan diadakan pada permulaan sesi persekolahan setiap tahun.

2. Pelaksanaan kelas tambahan dan Gerak Gempur Tahun 6 diteruskan seperti tahun 2014 pada kadar:
- RM30 sebulan untuk 4 mata pelajaran
- RM30 untuk pendahuluan bagi tujuan pembelian buku kerja dan cetakan
- Sumbangan Program Tahun 6 dan Gerak Gempur sebanyak RM150 seorang murid.

3. Kelas Tambahan Tahun 5 diteruskan seperti tahun 2014 pada kadar:
- RM30 sebulan untuk 4 mata pelajaran
- RM30 untuk pendahuluan bagi tujuan pembelian buku kerja dan cetakan

4. Bayaran keceriaan RM5 setahun bagi setiap murid

5. Bayaran khidmat RELA RM 10 setahun bagi setiap murid

6. Pibg akan melaksanakan program ’Basikalthon’ untuk menambah kewangan PIBG.

7. Pemberian mandat kepada AJK PIBG 2015/16 memberi kebenaran mengutip sumbangan oleh pihak sekolah untuk program di bawah unit Kurikulum, HEM, Kokurikulum dan apa jua keperluan yang memerlukan dana tambahan.

7.10 Ucapan Penangguhan.
7.10.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua serta mantan YDP Pibg dan mengharapkan sokongan dari ibu bapa kepada Jawatankuasa yang telah dilantik. Beliau mengingatkan bahawa ilmu amat penting untuk anak- anak dan semuanya memerlukan pengorbanan ibu bapa terutama dari segi masa. Beliau berjanji akan memberi khidmat yang terbaik dan mengharapkan kerjasama semua ibu bapa untuk sama membantu.

7.10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.25 tengahari.


8. Minit disediakan oleh:
Hasmizar bin Sahaili,
Setiausaha Kehormat,
PIBG SK Bukit Rimau 2014/15


Disemak oleh : Disahkan oleh :


……………………………. …………………………..





No comments: