10 Okt 2008 - Ustaz Mohamad Fuad telah hadir untuk memberikan ceramah. Murid-murid Tahap 2 terlibat dengan Program Mekar(Menangani Emosi Kanak-kanak Awal Remaja) ini.
8 Oktober 2008-Majlis Sambutan Hari Raya telah diadakan di Dewan Sri Rimau jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Semua guru dan AJK PIBG hadir dalam majlis berkenaan. Ucapan tahniah kepada PIBG SKBR
16 Sept. 2008 - Majlis akan berlangsung di Tapak Perhimpunan SKBR. MAjlis dijangka berakhir pada jam 9.00 pagi. Penyampaian hadiah akan diadakan pada hari ini.
27 & 28 Ogos 2008- SK Bukit Rimau menjadi Johan Kategori Luar Bandar & Tokoh Nilam Sekolah Rendah Daerah Klang mengalahkan Johan Kategori Bandar. Pertandingan peringkat negeri akan diadakan di Kem Permatang Pasir, Jugra pada 13 hingga 16 Oktober 2008.
28 Ogos 2008 - Gabungan 4 buah sekolah iaitu SK Bukit Rimau, SK Bukit Kemuniang, SJKC Khee Beng dan SJKT Ladang Emerald di SK Bukit Rimau. Program ini dikendalikan oleh JK RIMUP yang diketuai oleh En Hasmizar Sahaili.